in , ,

Selamat Hari Jadi Muid Latif!

Hari ini, tanggal 24 Februari adalah hari ulangtahun Muid Latif yang ke 29. Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Muid Latif.

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki yang melimpah ruah, dikurniakan kebahagiaan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat. Insyaallah. Budiey juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Muid kerana sudi mengundang saya ke majlis parti ulangtahun kelahirannya yang diadakan di Galeriizzu, Wisma UOA, Jalan Pinang, Kuala Lumpur pada hari ini.

401390116 3C36356194 O | 4
kredit foto: Muid Latif Flickr

Untuk pengetahuan pembaca Sensasi Selebriti, Muid Latif merupakan seorang aktivis seni, pereka, pelukis seni digital, dan dia juga seorang penari stail bebas. Dia juga seorang pengasas portal info seni grafik, Digital Malaya.

Kalau anda masih ingat, saya pernah menemubual Muid Latif secara eksklusif di blog ini. Mahu baca temubual eksklusif bersama Muid, sila klik: Singgah-singgah Blog: Seni, Kanvas & Muid Latif

Insyaallah, petang nanti saya akan ke Gallerizzu untuk berparti bersama Muid & the gang. Katanya, majlis bermula pada jam 3 petang. Menunya ayam goreng KFC (yummi yummi)… mesti happening sebab katanya Muid akan melancarkan laman webnya: http://www.moedlatif.com/

Yang istimewanya, Muid juga akan mempersembahkan bakat tarian bebasnya kepada hadirin. Anda boleh menonton tarian bebas dari Muid di laman web sini.

Jumpa di sana!

401374362 Ea605A8D38 O | 5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Awal Ashaari | 23

Sensasi, Apa Yang Sensasi Sangat Tu?

Dayang Nurfaizah | 24

Saki Baki Foto & Gambar Selebriti Anugerah Bintang Popular 2006