in

Sekitar Jajahan JoHaRa ketika di Seremban Prima Mall

Johan, Haniff dan Ray telah berjaya dalam misi mereka menawan lebih ramai pendengar selepas menarik kira-kira 3,000 orang hadir ke lokasi pertama jajahan, Seremban Prima Mall Sabtu lalu. Acara yang bermula tepat jam 3 petang itu dimulakan dengan aktviti menjawab kuiz berkenaan JoHaRa dan KFC Ayam Masak Merah Jumbo Rice di mana para penonton dapat membawa pulang hadiah istimewa daripada stesen radio tersebut.

Apa yang istimewanya tentang Jajahan JoHaRa ini, permainan signature bagi JoHaRa pagi ERA seperti Ayat Penyata dan Soal Menyoal yang kerap dimainkan pada setiap pagi di corong radio turut diadakan dimana para penonton bertuah berpeluang untuk bermain permainan tersebut bersama-sama penyampai radio pilihan mereka.

Jajahan JoHaRa bersama KFC di Negeri Sembilan turut dimeriahkan dengan persembahan artis-artis popular seperti Drama Band, Azhael, Awi Rafael dan LawaNieGang dengan dendangan beberapa buah lagu hits mereka. Warga Seremban sangat sporting apabila mereka turut bersama-sama menyanyikan lagu bersama artis kegemaran.

Para penonton yang tidak berganjak dari tempat mereka sejak mula tidak melepaskan berpeluang untuk mengambil autograf, beramah mesra dan merakamkan gambar kenangan bersama-sama Johan, Haniff dan Ray sejurus selepas acara berakhir. Bagi tiga penyampai radio ini pula, mereka amat teruja untuk mendekati para peminat mereka memandangkan ini merupakan kali pertama aktiviti seumpama ini diadakan.

Bagi yang terlepas peluang untuk ke Jajahan JoHaRa di Seremban, jangan risau kerana JoHaRa akan menawan lokasi kedua di Kerian Sentral Mall, Perak jam 3 petang pada 5 September ini. Trio penyampai radio ini akan turut disertai oleh Ayda Jebat, Elizabeth Tan, Sleeq dan Ir Radzi. Jadi, jangan lepaskan peluang ini dan ingat temujanji bersama Johan, Hanif dan Ray di Kerian Sentral Mall pada hujung minggu ini jam 3 petang hingga 6 petang!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aspirasi Merdeka RTM 2015

Filem & Drama Bersiri Korea Menarik di September di TV9