in ,

Filem & Drama Bersiri Korea Menarik di September di TV9

Istimewa buat tontonan peminat filem dan drama bersiri Korea, saksikan Cyrano: Dating Agency di slot Chamsarang dan empat filem hebat seperti Detective K: Secret of Virtuous Widow, Battlefield Heroes, The Grand Heist dan A Company Man menerusi slot Saranghae sepanjang bulan September ini.

Filem & Drama Bersiri Korea Menarik di September di TV9

CHAMSARANG: CYRANO: DATING AGENCY
Mulai 1 September, Isnin – Khamis, 6.30 petang, 16 episod
Pelakon: Lee Jong-Hyuk, Sooyoung, Hong Jong-Hyun, Jo Yoon-Woo, Lee Chun-Hee
Cyrano Dating yang ditubuhkan oleh Seo Byung Hoon menerima bayaran dengan menjodohkan klien mereka. Wang yang dikumpulkan itu digunakan untuk menyelamatkan sebuah teater lama. Selepas kawan baiknya terkorban dalam sebuah kemalangan, Seo Byung Hoon yang merupakan seorang pengarah teater amat derita atas kehilangan itu. Jadi, Byung Hoon akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan kru teater mendiang kawannya. Dengan kemahirannya dalam pengarahan teater, Byung Hoon menubuhkan Cyrano Dating yang merancangkan temu janji romantis untuk klien mereka.

(English Synopsis) This drama is about a dating agency that orchestrates romantic scenarios for paying clients, all in an effort to raise enough money to save an old theater. After Seo Byung Hoon loses his best friend in an accident, the once-renowned theater director suffers from guilt and decides to save his late friend’s theater troupe. Using his masterful stage skills, he forms the Cyrano Dating.

SARANGHAE: DETECTIVE K: SECRET OF VIRTUOUS WIDOW
6 September 2015, 10.00 malam
Pelakon: Kim Myung-Min, Han Ji-Min, Oh Dal-Su
Pada tahun 1793, selepas 17 tahun Raja Jeongjo ditabalkan, Joseon digemparkan dengan kes pembunuhan bersiri. Raja Jeongjo percaya pembunuhan tersebut ialah suatu konsiprasi yang telah dirancang oleh pegawai kerajaannya. Jadi, Raja Jeongjo telah memberikan tugasan sulit kepada Detektif K untuk menyiasat siapakah dalang di sebalik pembunuhan itu.

(English Synopsis) In the year 1793, 17 years after Jeongjo became the King of Joseon, a series of murders occur. King Jeongjo believes the murders may belong to a conspiracy by government officials to cover up tributary payments. King Jeongjo then gives Detective K a secret order to find out who is behind the killings.

SARANGHAE: BATTLEFIELD HEROES
13 September 2015, 10.00 malam
Pelakon: Jung Jin-Young, Lee Moon-Sik, Ryoo Seung-Ryong, Sun Woo-Sun, Yoon Je-Moon
Silla, sebuah pakatan yang sedang berkembang di Semenanjung Korea telah berpakat dengan Maharaja Tang di China untuk menyerang musuh ketatnya Goguryeo. Perancang stratefi, Kim Yoo-Shin bercita-cita untuk menyatukan Korea. Dia juga sedar akan niat sebenar China yang mahu menawan Semenanjung Korea. Jadi, Kim telah menyertai Goguryeo secara rahsia untuk menggagalkan misi kerajaan China.

(English Synopsis) Set sometime in the 7th century, “Battlefield Heroes” depicts a humorous, yet intricate battle, between the Korean kingdoms of Silla, Goguryeo and the Chinese Tang dynasty. Rising Korean power Silla aligns with the Chinese Tang dynasty to attack its bigger Korean rival Goguryeo. Strategist Kim Yoo-Shin is intent on unifying Korea, but notices the Chinese desire to control the Korean peninsula. Kim then secretly conspires to join forces with Goguryeo to thwart the Tang dynasty’s desire for expansion

SARANGHAE: THE GRAND HEIST
20 September 2015, 10.00 malam
Pelakon: Cha Tae-Hyun, Oh Ji-Ho, Min Hyo-Rin
Pada abad ke 18, ais merupakan komoditi yang lebih berharga daripada emas. Apabila pegawai kerajaan yang tamak mula memonopoli pasaran ais dan menetapkan harga jualan, 11 individu telah berpakat untuk mencuri kesemua simpanan ais milik kerajaan dalam satu malam.

(English Synopsis) In late 18th century, ice is a commodity more valuable than gold. When corrupt officials conspire to form a monopoly and fix its price, a gang of 11 professionals is formed to steal all the royal ice blocks in five storage for a night.

SARANGHAE: A COMPANY MAN
27 September 2015, 10.00 malam
Pelakon: So Ji-Sub, Lee Mi-Yeon, Kwak Do-Won, Kim Dong-Joon
Hyeong-Do ialah seorang pembunuh upahan yang bekerja dengan sebuah syarikat yang terselindung di sebalik perniagaan logam. Suatu hari, dia telah menerima tugasan yang perlu dijalankan bersama Hyun-yi. Hyeong-Do juga diarahkan untuk membunuh Hyun-yi selepas tugasan itu tamat. Sebelum Hyun-yi mati, dia berpesan kepada Hyeong-Do untuk menyerahkan wang simpanannya kepada ibunya, Su-Yeon. Jadi, Hyeong-Do telah pergi ke kampung Hyun-yi dan berjumpa dengan ibunya. Rupa-rupanya, Su-Yeon ialah bekas penyanyi popular yang menjadi idola Hyeong-Do. Hyeong-Do mula melahirkan rasa bersalah. Apabila majikan Hyeong-Do mendapat tahu bahawa Hyeong-Do telah mengingkari arahan kerana Hyun-yi masih hidup, Hyeong-Do telah diburu dan perlu dihapuskan dengan segera.

(English Synopsis) Hyeong-Do is an assassin for a company that masquerades as a metal trading company. One day, he takes on a job partnering with a man Hyun-Yi, who he is to kill afterwards. Hyun-Yi asks a favor to Hyeong-Do which is to give money to his family. Hyeong-Do visits Hyun-Yi’s home where he meets Hyun-Yi’s mother, Su-Yeon. Su-Yeon is a former singer whom Hyeong-Do admired in the past. Guilt, an unknown feeling up to this point for Hyeong-Do, begins to take over Hyeong-Do. When Hyeong-Do’s company realizes that Hyeong-Do hasn’t taken out Hyun-Yi as planned, Hyeong-Do quickly becomes their target.

Filem & Drama Bersiri Korea Menarik di September di TV9

Filem & Drama Bersiri Korea Menarik di September di TV9

Filem & Drama Bersiri Korea Menarik di September di TV9

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Jajahan JoHaRa ketika di Seremban Prima Mall

Dashing & Manchester City Football Club Lancar DASHING MCFC LIMITED EDITION