in , ,

Selepas Jadi Hos GV9, Elly Mazlein Kini Jadi Penyampai Radio Era FM

Rezeki Selepas Jadi Hos Gegar Vaganza, Elly Mazlein Jadi Penyampai Radio Era FM! Tahniah Buat Kak Lina Pom Pom!

Rezeki Selepas Jadi Hos Gegar Vaganza, Elly Mazlein Jadi Penyampai Radio Era FM

Selepas bergelar hos Gegar Vaganza musim ke-9, rezeki pelakon dan pengacara Elly Mazlein melimpah ruah apabila bergelar penyampai di radio Era FM bermula minggu hadapan.

Berita tersebut diumumkan menerusi Instagram rasmi di Era FM semalam, mengucapkan selamat datang buat Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina.

“Welcome on board Kak Lina Pom Pom. Secara rasminya hari ini Kak Lina Pom Pom dah jadi family ERA guys. Bermula next week, Lina Pom Pom akan mengendalikan #CartaERA40 ! Habis semua job orang dia nak caras eh,” tulis perkongsian itu.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah buat Kak Lina serta meluahkan rasa syukur dengan rezeki diberikan buat pengacara itu.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan mereka akan mendengar radio Era selepas ini disebabkan Kak Lina dan pasti akan terhibur mendengar celotehnya ketika memandu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AZRI ISKANDAR

Azri Iskandar & Dr Azra Rancang Nikah Semasa Cuti Sekolah Hujung Tahun Ini

NASH

Nash Tak Minum Ais, Amal Senaman Pijak Rumput Sejak 10 Tahun Lalu