in

Aspirasi Merdeka RTM 2015

Menampilkan konsep agak berbeza dengan menerapkan elemen kemerdekaan menerusi muzium khusus bagi generasi muda, Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Radio RTM bersama-sama Jabatan Muzium Malaysia & Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM) menganjurkan program “Aspirasi Merdeka RTM 2015”. RTM Terap Elemen Kemerdekaan Menerusi Muzium Khusus Bagi Generasi Muda Dalam Program “Aspirasi Merdeka RTM 2015” di TV1.

Kesinambungan daripada Program Jelajah Merdeka RTM yang telah diadakan pada tahun lepas (2014) dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu, program “Aspirasi Merdeka RTM 2015” mengetengahkan usaha berterusan RTM memperlihatkan kesungguhan RTM mengajak orang ramai terutama golongan muda untuk menghargai sejarah perjuangan sehingga membawa kepada kemerdekaan negara.

Aspirasi Merdeka Rtm 2015

Menariknya program bagi mewujudkan semangat patriotik dan semangat cintakan negara dikalangan orang ramai terutama golongan muda ini bakal menemui penonton pada 5 September ini, pukul 11.30 malam menerusi saluran TV1.

Pada tahun ini, format penganjuran telah diubah dengan penjenamaan semula nama program tersebut bagi mendapatkan lebih impak terhadap sambutan Hari Kebangsaan dan sambutan bulan kebangsaan.

Ia turut melibatkan tiga (3) lokasi muzium iaitu Muzium Sungai Lembing, Pahang pada 9 Ogos lalu, Muzium Perak, Taiping (15 Ogos 2015) dan Muzium Rakyat, Melaka (22 Ogos 2015). Begitu juga tujuh (7) stesen radio Nasional dan 3 stesen radio negeri iaitu PAHANGfm, PERAKfm dan MELAKAfm.

Antara pengisian aktiviti Aspirasi Merdeka adalah Pengkisahan Sejarah, Pertandingan Melukis Potret Merdeka, Treasure Hunt dan Pertandingan Jigsaw Puzzle yang disertai pelajar-pelajar sekolah peringkat Menengah Rendah antara tingkatan 1 – 3 yang terpilih di sekitar lokasi berlangsungnya program.

Turut mengisi aktiviti adalah persembahan daripada artis jemputan antaranya Indah Ruhaila, Encik Mimpi, Nerves Cugat, Nadia Hasnan dan Ippo Hafiz.

Selain itu juga di setiap lokasi terdapat persembahan khas seperti tarian kebudayaan seperti : Muzium Sg Lembing, Pahang – Persembahan tarian pelbagai bangsa oleh pelajar sekolah, Muzium Perak, Taiping – Persembahan Akustik dan Muzium Rakyat Melaka – Persembahan Dondang Sayang.

Sambutan terhadap penganjuran program di setiap lokasi sangat menggalakkan bukan hanya dari kalangan pelajar-pelajar yang menyertai aktiviti malah kehadiran orang ramai yang mengetahui mengenai program ini melalui hebahan yang telah dibuat menerusi stesen radio.

Melalui aktiviti yang dilaksanakan dapat memberi kefahaman kepada para peserta untuk mengetahui mengenai sejarah pejuang-pejuang negara dan usaha para pemimpin terdahulu bagi mencapai kemerdekaan. Seterusnya penganjuran program ini bagi mendekati pendengar muda pelbagai kaum di peringkat sekolah menengah untuk mengenali stesen radio RTM secara lebih berkesan.

Bersama-sama menyemarakkan semangat kecintaan negara menerusi program ini hanya di TV1.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Aspirasi Merdeka Rtm 2015

Aspirasi Merdeka Rtm 2015

Aspirasi Merdeka Rtm 2015

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu SETIA Elizabeth Tan & Faizal Tahir Trending di Youtube Malaysia

Sekitar Jajahan JoHaRa ketika di Seremban Prima Mall