in , ,

Samsung Galaxy A15 & A15 5G Rasmi di Malaysia, Harga Bermula RM999

Harga jualan peranti baharu Samsung Galaxy A15 dilihat mula disenaraikan menerusi laman web penjual tempatan DirectD.

Selain Samsung Galaxy A25 5G, peniaga tempatan DirectD turut mengumumkan harga Samsung Galaxy A15 dan A15 5G iaitu masing-masing RM999 dan RM1199. Samsung Galaxy A15 menggunakan cipset MediaTek Helio G99 manakala Samsung Galaxy A15 5G menggunakan cipset MediaTek Dimensity 6100+.

SAMSUNG A15

Kedua-dua peranti mempunyai banyak persamaan ciri tertentu yang termasuk skrin Super AMOLED sebesar 6.6″ beresolusi FHD+, tetapi kelebihan pada versi 5G yang menyokong kadar segar semula 90Hz. Gabungan memori dan storan disediakan pula sebesar 8/256GB. Diikuti juga dengan bateri 5,000mAh, kamera utama 50MP OIS + 5MP + 2MP dan kamera swafoto 13MP. 

Daripada segi hayat bateri, Samsung Galaxy A15/5G mempunyai bateri 5,000mAh terbina dalam yang menyokong pengecasan pantas 25W dan dilengkapi dengan port USB-C. Daripada segi fotografi, Samsung Galaxy A15/5G dilengkapi tiga kamera belakang iaitu kamera utama 50MP, sudut ultra lebar 5MP dan kamera kedalaman 2MP.

Satu-satunya perbezaan ketara diantara peranti ialah cip Helio G99 digunakan pada Galaxy A15 manakala Dimensity 6100+ pula melengkapi variasi 5G.

Bahagian hadapan dilengkapi kamera swafoto 13MP. Kepada yang berminat untuk mendapatkannya, sila layari laman rasmi DirectD.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Saya Akan Calonkan Lagu Yang Saya Nyanyi Pada Tahun Depan,” – Amylea

Pengalaman Samsung One UI 6 Yang Lebih Baik Lebih Banyak Pilihan