in , , ,

Sambut Ulangtahun Perkahwinan Tahun Ke-7, Che Ta & Zain Saidin Bersanding Lagi

Ulang tahun perkahwinan merupakan hari yang paling bermakna buat pasangan suami isteri. Ini kerana ia adalah hari keramat dimana bersatunya dua hati yang saling mencintai dalam ikatan perkahwinan yang sah.

Tanggal 11 Disember merupakan tarikh istimewa bagi pasangan artis, Rozita Che Wan atau Che Ta dan suaminya Zain Saidin dimana mereka telah diijabkabulkan sebagai suami isteri.

Bagi memperingati hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-7, Che Ta dan Zain menyambutnya dengan melakukan ‘photoshoot’ ala-ala pengantin baru.

Sambut Ulangtahun Perkahwinan Tahun Ke-7, Che Ta & Zain Saidin Bersanding Lagi

Pelakon berusia 47 tahun itu telah memuat naik beberapa posting ‘photoshoot’ di laman Instagram miliknya. Ternyata seperti tahun-tahun sebelumnya, mereka mengenakan busana pengantin dan bersanding sekali lagi.

Selain itu, pelakon drama bersiri Kiah Pekasam itu turut mencoretkan ucapan romantis ditujukan khas buat suaminya sebagai tanda penghargaan dan kesyukuran atas perkahwinan mereka berdua.

Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-7 Che Ta dan Zain Saidin! Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan seterusnya ke syurga.

Sambut Ulangtahun Perkahwinan Tahun Ke-7, Che Ta & Zain Saidin Bersanding Lagi
Sambut Ulangtahun Perkahwinan Tahun Ke-7, Che Ta & Zain Saidin Bersanding Lagi
Sambut Ulangtahun Perkahwinan Tahun Ke-7, Che Ta & Zain Saidin Bersanding Lagi
Sambut Ulangtahun Perkahwinan Tahun Ke-7, Che Ta & Zain Saidin Bersanding Lagi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tak Sempat Bayar Ikat Jamin, Da’i Syed Menangis Terpaksa Tidur Lagi Di Lokap

Bob Lokman Bersyukur, Pembedahan Membetulkan Degupan Jantung Berjaya