in , ,

Tak Sempat Bayar Ikat Jamin, Da’i Syed Menangis Terpaksa Tidur Lagi Di Lokap

Pendakwah selebriti, Da’i Syed menitiskan air mata apabila perlu menjalani lebih kurang tiga malam lagi di lokap kerana belum sempat membayar RM35,000 sebagai jumlah ikat jamin.

Terpaksa bermalam di lokap lagi

Memetik laporan Malaysiakini, pemilik nama Syed Shah Iqmal yang berdepan dengan tiga pertuduhan di mahkamah berbeza itu terpaksa bermalam di pusat tahanan reman sementara di Beranang, Selangor.

Tak Sempat Bayar Ikat Jamin, Da’i Syed Menangis Terpaksa Tidur Lagi Di Lokap

Menurut peguamnya Syed Amirul Syed Edros, pihak penjamin tidak dapat membayar wang ikat jamin berikutan masa yang diberikan agak singkat.

“Kita difahamkan waktu jamin dah berhenti pada waktu 2.30 petang di Mahkamah Petaling Jaya dan pertuduhan di situ juga lewat habis iaitu pada jam lebih kurang 2.00 petang,” katanya.

Tak Sempat Bayar Ikat Jamin, Da’i Syed Menangis Terpaksa Tidur Lagi Di Lokap

Tiga pertuduhan

Pagi tadi setelah selesai dua pertuduhan termasuk cabul dan seks luar tabii di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Da’i Syed terus dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk meneruskan dakwaan atas pertuduhan merogol.

Sumber: Malaysiakin

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Lirik Lagu ADAKAH KAU MENDENGAR dari ALYPH

Sambut Ulangtahun Perkahwinan Tahun Ke-7, Che Ta & Zain Saidin Bersanding Lagi