in

Salam Ramadan & Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Tarawih sibuk di sana-sini,
Berkumandang Kalam hingga dinihari,
Ramadan indah yang dinanti,
Kini bersama kita lagi.

Menahan lapar hingga ke petang,
Dahaga dirasa dari pagi,
Dengan nafsu kita berperang,
Agar teguh diri dan hati.

Iman kuat perisai diri,
Taqwa pula senjata hati,
Banyaklah berdoa pada Ilahi,
Agar ibadah ini diberkati.

ramadan

Diam tak diam, fajar Ramadan telah bermula. Menjengah 1 Ramadan ini, Budiey kira pintu gerbang terbuka luas untuk memberi peluang kepada kita menerokai erti kehidupan dengan lebih mendalam. Ambil peluang bulan yang mulia ini untuk mempertingkatkan amal ibadah kita. kerana bulan Ramadan adalah sebaik-baik bulan untuk melipatgandakan pahala untuk segala amal kebaikan kita, Insya-Allah. Di awal Ramadan ini, elok kiranya kita berfikir dan mena’kul apakah tujuan sebenar kita dihidupkan dalam dunia yang fana ini. Bermula dengan ditiupkan ruh, dihidupkan sebagai bayi, dibesarkan sebagai seorang remaja, kemudian dewasa dan terus bongkok tua. Akhirnya, ditelan bumi jua. Hidup kita di dunia ini sebenarnya penuh dengan likuan yang teramat singkat untuk dilalui. Semoga kita semua bersabar menjalani ibadah puasa serta jangan lupa untuk mengenang orang yang susah. Semoga kedatangan Ramadan menginsafkan kita semua.

Kepada semua pembaca yang beragama Islam, sekali lagi Budiey dan warga kerja Sensasi Selebriti ingin mengucapkan Selamat Berpuasa & Menyambut Ramadan Al Mubarak. Selamat berterawikh dan semoga amalan kita diberkati Allah. Jangan lupa niat puasa ya. Jangan korek hidung, telinga dan rongga-rongga selainnya. Elakan daripada berjimak di siang hari dan mengeluarkan air mani secara sengaja kerana ianya membatalkan puasa. Sekian saja tazkirah saya kali ini… hehehehe…

Jam 5 pagi tadi Budiey bersahur dengan burger Big Mac dan sedikit nasi berlaukkan daging goreng kicap. Korang bersahur dengan apa ya? Apa pula juadah berbuka untuk hari pertama nanti? Mmm… nampaknya tahun ini saya rasa harga juadah dan lauk pauk di Bazar Ramadan akan naik lagi. Jadi, berjimat cermat lah ya.

[tags]Senarai Buffet Ramadan Tahun 2007, salam berpuasa, ibadah puasa, zikir ramadan, program ramadan, pantun ramadan, puisi ramadan, artis berpuasa ragam, ahlan wasalah ya ramadan, fasting, muslim calendar, gambar anak bulan, niat puasa, waktu berbuka puasa dan imsak, jakim, berkat ramadan, murtad, rukun puasa, perkara yang membatalkan puasa, cara solat terawih, asmaul husna, mp3 ayat al-quran, muatturun al quran aplikasi java, lagu-lagu ramadan, mp3 lagu ramadan, lagu raya mp3 torrent, ucapan puasa blog, Senarai Buffet Ramadan Tahun 2007, salam berpuasa, ibadah puasa, zikir ramadan[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Britney Spears join Emmy Awards, Emmy Awards, Emmy Awards, Emmy Awards, Britney Spears Crap!

Lindsay Lohan & Michael Lohan Reunite