in ,

Ucapan Selamat Tahun Baru 2015 Dari Siti Nurhaliza

Setiap kali tibanya tahun baru, pastinya Budiey tak ketinggalan untuk merakam ucapan istimewa dari selebriti secara eksklusif untuk saluran Youtube Budiey.com. Baru-baru ini, Budiey sempat bertemu dengan penyanyi terkenal Dato’ Siti Nurhaliza di belakang pentas Anugerah Industri Muzik. Tahniah atas kemenangan album Fragmen. Satu kejayaan juga buat semua yang terlibat dalam menjayakan album ini. Segala kerja keras anda semua akhirnya berbaloi dengan anugerah ini.

Setiap kali tiba bulan Januari, Budiey pasti akan teringatkan tarikh lahir Dato’ Siti Nurhaliza iaitu 11 Januari. Haa, cuba teka berapakah umur Siti Nurhaliza pada tahun ini? Haaa, siapa boleh jawab?

Bersama Dato' Siti Nurhaliza @Ctdk Sejurus Selepas Pementasan Tahajjud Cinta Sitah Junjungan Di Istana Budaya.  Berada Di Istana Budaya Malam Ni Untuk Menyaksikan Pementasan Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta Di Malam Prebiu Media.  Diarahkan Oleh Eirma Fati

Bersama Dato’ Siti Nurhaliza @ctdk sejurus selepas pementasan TAHAJJUD CINTA SITAH JUNJUNGAN di Istana Budaya. Berada di Istana Budaya untuk menyaksikan Pementasan Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta di Malam Prebiu Media yang diarahkan oleh Eirma Fatima.

Budiey tak sabar untuk melihat sambutan peminat sempena hari jadi Dato’ Siti Nurhaliza. Pasti banyak hadiah yang akan diberikan. Apakah hadiah-hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada CTDK ya? Budiey tengah cari hadiah apa yang patut diberikan kepada beliau. Hadiah tu biarlah ada sentimental value la sikit, tak nak la yang biasa-biasa. Nak yang rare, barulah ada memoriablelistas sikit.

Jadi sempena dengan kedatangan tahun baru 2015, nah ini dia ucapan untuk korang semua. Layan.

Jangan lupa untuk subscribe Youtube Channel Budiey.com. Layari: www.youtube.com/budiey27

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keputusan Pemenang Program Gegar Vaganza Musim Pertama

Kontrak Cinta Antara Zara Zya & Azlee Khairi