in , ,

Raja Azura & Sharifah Shahira Dalam Gedik Santai di Waktu Berbuka?

Korang berbuka di mana pada hari pertama ini? Ada yang berbuka di hotel ke? Mesti mahalkan berbuka di hotel.  Korang dah tahu di mana hotel yang paling murah untuk berbuka? Atau sekadar merasa keenakan bubur lambuk di Kampung Baru? Save budget ek? Rasanya, pakej buffet Ramadhan di hotel meningkat 20% daripada tahun lalu unjuran daripada meningkatnya harga bahan mentah. Ada hotel yang menawarkan buffet berbuka puasa setinggi RM100 untuk seorang. Mahal tu.

Satu lagi isu berbangkit pasal berbuka puasa di hotel. Saya dengar di Buletin Utama malam tadi, berbuka puasa di hotel bercanggah dengan ajaran Islam sebab ianya mengamalkan pembaziran, pergaulan bebas, tidak menutup aurat dan terlepas solat Maghrib. Apa pendapat anda?

bazar ramadan

Petang tadi, Budiey sekadar membeli lauk di Bazar Ramadan yang berdekatan dengan tempat tinggal di Bandar Baru Sentul. Ramai betul orang bersesak-sesak untuk membeli lauk pauk dan juadah berbuka sehingga susah untuk lalu lalang. Saya hanya sempat membeli ayam percik, sambal tumis petai, telur asin, ikan keli goreng, murtabak daging dan pengat pisang.

bazar ramadan

Sementara menunggu waktu berbuka, saya bersantai sambil menonton tv. Saya tertanya-tanya kenapa TV3 menyiarkan program Gedik Santai (ulangan) ketika waktu berbuka puasa iaitu selepas Jejak Rasul (Amerika)? Sesuai ke? Budiey rasa program Gedik Santai yang membicarakan tentang wanita penggoda dan pengikis atau playgirl itu tidak sesuai ditayangkan pada waktu berbuka. TV3 seharusnya peka dan semestinya memikirkan tentang kesesuaian sesuatu program itu. Tayang Jejak Rasul ulangan ke atau rakaman belanjawan pun kira okay dari program hiburan. Apa kata korang? Sesuai ke Gedik Santai yang dihoskan oleh Raja Azura dan Sharifah Shahira tu disiarkan pada waktu berbuka?

[tags]Raja Azura & Sharifah Shahira, hos gedik santai, bubur lambuk kampung baru, gambar bubur lambuk, restoran kampung baru, resepi bubur lambuk, cara buat ayam percik, recipes sambal tumis petai, telur asin, how to make daging murtabak, pengat pisang, recipes malaysian cooking, How to Budget & Save, nurul syuhada tv3 nona, raja endon mastura gossip, gambar raja endon, resepi biskut raya, fesyen terbaru baju raya, jejak rasul amerika, kuiz jejak rasul jawapan, buffet ramadan 2007 hotel, bandar baru sentul maps, playgirl, playboy, gadis pisau cukur, pengikis, hantu raya, pelakon drama susuk, gua portal news, entertainment, astro awani[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 1428H / 2007M

Buffet Ramadan Di Planet Hollywood Hanya Rm 33++