in ,

Raja Azura Bersedia Tersingkir Awal Gegar Vaganza 4

Malam ini, khabarnya ada satu atau dua bintang akan disingkirkan dalam Konsert Gegar Vaganza musim ke-4. Ramalan netizen meramalkan yang akan tersingkir malam ini ialah Raja Azura memandangkan beliau berada di tempat terakhir minggu pertama.

Raja Azura sudah bersedia jika namanya menjadi peserta pertama diumum tersingkir dari pentas Gegar Vaganza musim keempat (GV4). Raja Azura atau lebih dikenali Kak Engku berkata, dalam pertandingan sebarang kemungkinan boleh terjadi dan dia bersedia jika tidak berjaya meneruskan perjuangan dalam rancangan itu.

“Saya sentiasa bersedia dan selalu ingatkan diri tentang adat pertandingan ada kalah dan menang.

“Saya sedar kemampuan diri dan mengakui kehebatan 11 peserta yang lain. Andai jodoh di pentas ini singkat, saya reda sahaja,” katanya kepada mStar Online.

Selain Raja Azura, 11 lagi penyanyi yang turut bertanding ialah Liza Hanim, Elyana, Syura, dan Haida. Manakala peserta lelaki pula Aqasha, Hazami, Ferhad, Tia (Jinbara), Lan (Kristal) dan Firman dari Indonesia. Sementara itu, Raja Azura tidak mahu terlalu memikirkan soal penyingkiran dalam pertandingan ini.

Sebaliknya, penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Dan Bunga Berguguran memaklumkan dia hanya mahu melakukan yang terbaik sepanjang beraksi di GV4.

“Saya tak nak fikir sangat tentang penyingkiran, sekarang ini hanya mahu buat yang terbaik dan persembahan yang memuaskan hati.

“Sekurang-kurangnya kalau tersingkir, orang kata tersingkir dalam keadaan terhormat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Raja Azura memaklumkan dia mengikuti kelas vokal bagi mengasah semula kemampuan suaranya sebelum menyertai GV4.
“Dah lama sangat tak menyanyi, 20 tahun saya tinggalkan bidang ini, jadi kena asah semula suara. Alhamdullilah, tiga hari saya hadiri kelas vokal bersama Cikgu Syafi dan belajar sikit-sikit tentang vokal. Selepas ini bolehlah buat show nyanyian pula. Kalau ada yang nak offer job, bolehlah ya!,” selorohnya.

Gegar Vaganza 4 bakal bersiaran secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Ia turut boleh ditonton di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anuar Zain, Faizal Tahir, KRU Dan Akim & The Majistret Jayakan KONSERT EMOJI UiTM

Rody Kristal Bertunang Dengan Penjaga Gol Skuad Futsal Niena Azman