in , , ,

Irama Malar Segar Dalam Dimensi Legenda Tema SUKMA RINDU

Platform terbaik bagi menarik golongan muda untuk mengenali penyanyi lama yang pernah menggemparkan industri muzik tanah air diketengahkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi slot Dimensi Legenda yang disiarkan setiap Ahad, pukul 9.00 malam menerusi saluran TV1.

RTM nyata sentiasa menyatakan penghargaan diberikan kepada penyanyi lama dan turut menyatukannya dengan penyanyi baharu setiap minggu dengan tema dan artis yang berbeza. 

Justeru minggu ini, 9 September 2018, program diterbitkan Ain Sabrina On, Unit Hiburan TV RTM tampil dengan tema Sukma Rindu, hiburan santai gabungan lagu-lagu Melayu asli, zapin, inang, joget, dondang sayang, keroncong dan deli untuk semua penonton. 

SUKMA RINDU- dimensi legenda

Irama Malar Segar Dalam Dimensi Legenda Tema SUKMA RINDU di TV1  

Dirakamkan pada 11 Julai lalu di Studio 1, Wisma TV Angkasapuri, legenda yang terlibat membuat persembahan Aspalela Abdullah, Dato’ Andre Goh, Dato’ Yusni Hamid, Ana Bintang RTM dan Asmidar. Persembahan turut diiringi oleh Penari Kumpulan Malay World Cultural Paradise.

Bersama pengacara Raja Azura, lagu-lagu malar segar yang masih diingati adalah Joget Penghibur, Permata Saadah, Ibunda Tercinta, Selamat Tinggal Bungaku, Bunga Hati, Mas Merah, Nak Dara Rindu, Dondang Sayang Mambo, dan Penawar Rindu.

Penonton turut dihiburkan dengan persembahan lagu Yaladan, Ubek Den Denai, Disebut Jangan Dikenang Jangan, Empat Dara dan Bergending Dang Ding. 

Istimewanya ia menyelitkan segmen Memori Untukmu khas kepada dua nama besar dalam industri iaitu legenda Allahyarham Datin Orkid Abdullah dan Dato’ Sharifah Aini.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Brie Larson Takes Flight as Captain Marvel on this Week’s EW Cover

Pinkfong Baby Shark Live Musical di Malaysia