in ,

Peraduan Premiere With Budiey – Filem JUMANJI: WELCOME TO THE JUNGLE

Dalam semua pembaca Budiey.com, penghujung tahun 2017 menyaksikan begitu banyak sekali filem yang menarik akan berada di pawagam. Maklumlah musim cuti sekolah. Inilah peluang ibu bapa bawa anak-anak mereka bercuti dan makan angin menghilangkan tekanan.

Premiere With Budiey dimulakan dengan beberapa filem aksi yang menarik antaranya JUMANJI: WELCOME TO THE JUNGLE yang menampilkan pelakon hebat Dwayne Johnson, Jack Black, Kevin Hart, Karen Gillan, Nick Jonas dan Bobby Cannavale sebagai teraju utama.

JUMANJI: WELCOME TO THE JUNGLE merupakan filem bergenre aksi pengembaraan garapan dari pengarah tersohor, Jake Kasdan. Filem ini adalah adaptasi dari filem yang pernah dihasilkan pada tahun 1990 dengan judul yang sama iaitu JUMANJI: WELCOME TO THE JUNGLE yang diadaptasi daripada karya dari seorang penulis bernama Chris Van Allsburg. Dulunya, filem ini dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Robin Williams. Haa, masih ingat?

JMNJ_INTL_FNL_1SHT_LK4

Filem ini menggandingkan penerbit tersohor, Matt Tolmach dan William Teitler untuk mengatur alur cerita yang dibuat oleh Chris McKenna & Erik Sommers dan Scott Rosenberg & Jeff Pinkner. Filem JUMANJI: WELCOME TO THE JUNGLE ini dibintangi oleh Dwayne Johnson, Jack Black, Kevin Hart, Karen Gillan, Nick Jonas dan Bobby Cannavale sebagai teraju utama.

Setelah 22 tahun, akhirnya filem JUMANJI diterbitkan semula untuk mengubat rindu peminat.

Bagi anda masih ingat, filem yang diadaptasi daripada buku Chris Van Allsburg sangat popular di tahun 1995 di tahun 80-an dan Budiey percaya pastinya filem ini tidak asing lagi bagi korang yang menggemari filem lakonan Robin Williams.

Jika anda masih ingat, filem ini mengisahkan tentang sebuah papan permainan kuno yang dapat membawa pemain ke dunia yang lain. Filem ini dihasilkan untuk memberi penghormatan kepada pelakon asal filem JUMANJI iaitu Robin Williams yang meninggal pada 11 Ogos 2014. Berbeza dengan filem asal, filem kali ini disuntik dengan elemen humor yang boleh membuatkan kita terhibur menontonnya.

Sudah tentu korang akan teruja nak menantikan premiere kali ni kan? Jadi stay tuned okay. Banyak filem yang menanti untuk ditonton sepanjang penghujung tahun 2017 ini.

Budiey kira ramai peminat filem ini mahu menonton kisah menarik kali ini. Dengan itu, Budiey dengan kerjasama Sony Pictures Malaysia mahu mengajak anda menghadiri Tayangan Premiere Filem JUMANJI: WELCOME TO THE JUNGLE yang akan diadakan di TGV 1 Utama pada 18 Disember 2017.

Kepada yang nak tonton filem arahan Jake Kasdan yang paling dinantikan ini, anda juga boleh menonton filem ini yang akan berada di pawagam mulai 21 Disember 2017.

Untuk kalian yang menyukai filem aksi yang mendebarkan ini pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

Sinopsis Filem JUMANJI: WELCOME TO THE JUNGLE

Dalam sebuah cerita Jumanji yang baru ini, empat orang telah menjumpai sebuah permainan konsol video game ditempat mereka dihukum. Mencoba untuk memainkannya, mereka berempat ditarik kedalam permainan tersebut dan menjadi karakter (avatar) yang dipilih.

Spencer (Alex Wolff) menjadi Dr. Smolder Bravestone (Dwayne Johnson), Bethany memilih avatar lelaki, Professor Shelly Oberon (Jack Black), Fridge (Ser’Darius) menjadi Moose (Kevin Hart) dan Martha menjadi karakter bernama Ruby Roundhouse (Karen Gillan).

Di sana mereka bukan hanya bermain, tapi harus bertahan untuk hidup dengan mengalahkan permainan dan kembali ke dunia nyata. Hal yang mereka harus lakukan ialah menjalani cabaran besar yang sangat berbahaya dalam hidup mereka dengan menemukan jejak dari Alan Parrish (Robin Williams) tinggalkan 20 tahun lalu semenjak terjebak dihutan tersebut atau mereka harus terjebak dihutan Jumanji untuk selamanya.

In the brand new adventure Jumanji: Welcome to the Jungle, the tables are turned as four teenagers are sucked into the world of Jumanji.

When four high-school kids discover an old video game console with a game they’ve never heard of – Jumanji – they are immediately drawn into the game’s jungle setting, literally becoming the avatars they chose: gamer Spencer becomes a brawny adventurer (Dwayne Johnson); football jock Fridge loses (in his words) “the top two feet of his body” and becomes an Einstein (Kevin Hart); popular girl Bethany becomes a middle-aged male professor (Jack Black); and wallflower Martha becomes a badass warrior (Karen Gillan). What they discover is that you don’t just play Jumanji – you must survive it. To beat the game and return to the real world, they’ll have to go on the most dangerous adventure of their lives, discover what Alan Parrish left 20 years ago, and change the way they think about themselves – or they’ll be stuck in the game forever…

Selain hadiah tiket menonton, Budiey juga ingin memberikan barangan merchandise filem ini kepada anda yang bertuah:

Jumanji T-shirt

3 X Limited Edition ‘Jumanji: Welcome to the Jungle’ T-Shirt

Jumanji_Stainless Steel Flask

3 x Limited Edition ‘Jumanji: Welcome to the Jungle’ Stainless Steel Flask

Jumanji_Compass_v1_Web

3 x Limited Edition ‘Jumanji: Welcome to the Jungle’ Compass Keychain

Jumanji_DogTags_v1_Web

3 x Limited Edition ‘Jumanji: Welcome to the Jungle’ Dog Tag

Jumanji_MagnetFrame_v1_Web

3 x Limited Edition ‘Jumanji: Welcome to the Jungle’ Magnet Frame

Jumanji_WaterBottle_v1_Web

3 x Limited Edition ‘Jumanji: Welcome to the Jungle’ Water Bottle

Peraduan Premiere With Budiey – Filem JUMANJI: WELCOME TO THE JUNGLE

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 120 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

18 Disember 2017 (Hari Isnin)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

8.30 malam

Tempat:

TGV 1Utama

Anda ingin hadir ke acara santai ini? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere JUMANJI: WELCOME TO THE JUNGLE – Budiey.com di TGV 1Utama.

Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan? Pemenang dipilih berdasarkan slogan PALING KREATIF.

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #jumanjiMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menang hadiah dan seterusnya dapat menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

3. Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua orang pelakon utama filem JUMANJI: WELCOME TO THE JUNGLE

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Premiere With Budiey menonton filem JUMANJI: WELCOME TO THE JUNGLE kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Premiere With Budiey Filem JUMANJI: WELCOME TO THE JUNGLE

Tarikh tutup peraduan:

17 Disember 2017

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Sony Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup mendebarkan ini mulai 21 Disember 2017.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel Sony Pictures : www.youtube.com/SonyPicturesMalaysia

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

1193687 - Jumanji
Jumanji_1193687
Jumanji
1193687 - Jumanji

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SHEILA MAJID

Kos Sara Rakyat Hidup Meningkat, Datuk Sheila Majid Luah Rasa Tak Puas Hati di Twitter

Peraduan Premiere With Budiey Filem BLEEDING STEEL