in , ,

Kos Sara Rakyat Hidup Meningkat, Datuk Sheila Majid Luah Rasa Tak Puas Hati di Twitter

MUNGKIN sudah tidak tahan melihat dan mendengar keluhan rakyat mengenai kos sara hidup yang kini membebankan rakyat, Sheila Majid meminta agar ‘kegemilangan’ Malaysia dikembalikan.

Dia berbuat demikian menerusi satu ‘posting’ di laman Twitter miliknya.

“Makanan semakin mahal, ringgit sudah lemah, kos sara hidup meningkat dan kerja kekurangan. Rakyat jadi penat dan marah kerana terbeban dengan hutang yang bukan milik mereka. Berhentilah memberi alasan dan menuding jari. Fokus untuk cari jalan penyelesaian supaya negara dapat kembalikan era kegemilangan. Mengecewakan,” luahnya.

Statusnya mendapat sebanyak 4,312 ‘retweet’ dan 2,551 like.

Sheila Majid Bersuara

Bagaimanapun, terdapat beberapa netizen yang mempertikaikan tindakannya itu serta meminta agar dia buat ‘homework’ sebelum menulis status.

“Ringgit lemah? sila update okay. Sekarang ringgit makin pulih stabil dan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya,” tulis PPTU The Return.

Dalam pada itu, ada juga netizen lain yang menyokong tindakannya menyuarakan masalah yang membelenggu rakyat seperti Kamal Aziz.

“Kita perlukan suara ini daripada para selebriti. Jangan berdiam diri dan takut dengan ‘larangan’ dan bersuara kepada pemimpin,” tulisnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Usop Mentor Tidur Tak Lena Akaun Instagram Digodam

Peraduan Premiere With Budiey – Filem JUMANJI: WELCOME TO THE JUNGLE