in

Peraduan Menang Tiket Siri Jelajah WWE LIVE in KL

Peminat sukan gusti tempatan bakal disajikan kehadiran beberapa bintang World Wrestling Entertainment (WWE) buat julung kali sejak 2002, apabila dua persembahan dijadual berlangsung Oktober ini. Antara bintang bertaraf Superstar WWE yang akan menghangatkan Stadium Putra Bukit Jalil pada 10 dan 11 Oktober adalah John Cena, Bray Wyatt dan Wyatt Family, The Shield dan Intercontinental Champion Bad News Barrett.

Ternyata, aksi pada Mac 2002 meninggalkan kesan mendalam kepada penggemar gusti tempatan menyebabkan penganjur, Malaysia Major Events dan Astro Malaysia Holdings Berhad membawanya semula secara langsung untuk peminat di negara ini.

The Miz

Pada hari Sabtu lalu, Budiey berpeluang untuk bertemu secara face to face dengan The Miz atau nama sebenarnya, Michael Gregory Mizanin, 34, yang bakal membuat penampilan sulungnya di negara ini di hadapan kira-kira 10,000 penonton dari seluruh dunia yang dijangka akan menyaksikan perlawanan tersebut. Budiey sangat super-excited.

The Miz cakap kat Budiey yang dia mengakui sangat teruja dan sudah bersedia untuk memberikan aksi bertenaga di hadapan para peminatnya.

The Miz yang terkenal dengan gerakan Skull-Crushing Finale dan Figure-Four Leglock sedang mempertingkatkan latihan sebagai persediaan bagi siri jelajah ini.

Menurutnya, aspek pemakanan antara perkara yang diberi keutamaan selain latihan fizikal yang dijalankan secara berterusan setiap hari.

Tambahnya, dia kerap mengambil makanan yang mempunyai banyak kandungan protein dan mengamalkan senaman secara konsisten bagi ketahanan fizikal. Sambil mengakui tumpuan lebih terarah kepada John Cena, The Miz memberitahu, siri jelajah selama dua hari itu akan dipenuhi dengan aksi lasak, hiburan dan bertenaga daripada kesemua ahli gusti terkenal dunia.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Astro Henry Tan, fenomena WWE yang menjadi kegilaan masyarakat di Malaysia sejak 10 tahun lalu menyaksikan negara ini sekali lagi diberi penghormatan menganjurkan sukan hiburan lasak itu.

Peraduan Menang Tiket Siri Jelajah WWE LIVE in KL

“Astro gembira dapat bekerjasama dengan WWE untuk membawa masuk hiburan bertaraf dunia WWE Live kepada peminatnya di rantau Asia Tenggara. Peminat WWE pasti disajikan aksi menarik. Acara ini melambangkan komitmen kami terhadap usaha mempopularkan sukan gusti lebih dekat dan menjalinkan kerjasama lebih erat dengan WWE,” katanya semalam. Turut hadir, bekas bintang WWE era 80-an Ricky Steamboat yang kini dilantik jurucakap untuk mempromosi sukan itu di seluruh dunia. WWE Live dijangka menarik pelancong rantau Asia Tenggara dengan jumlah perbelanjaan dianggarkan mencecah sekitar RM33 juta sepanjang dua hari persembahan itu berlangsung.

Tiket akan mulai dijual 31 Mei ini dan boleh dibeli daripada www.ticketpro.com.my atau hubungi talian 03-78807999. Harga tiket bermula serendah RM128 hingga RM1,230.

Peraduan Menang Tiket Siri Jelajah WWE LIVE in KL

Peraduan Menang Tiket SIRI Jelajah WWE LIVE

[dropcap]R[/dropcap]amai pembaca yang tak sabar untuk memenangi tiket dari Budiey.com. Okay, jangan risau, Budiey ingin memberi peluang kepada anda khususnya peminat sukan gusti. Budiey ada 6 tiket untuk diberikan kepada 3 orang pembaca Budiey.com (setiap pembaca yang menang akan dapat dua keping tiket) dengan hanya menyertai peraduan di bawah ini. Good luck buat semua ya!

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook & Twitter milik anda, sila berikan komen apa sahaja berkenaan SIRI Jelajah WWE LIVE  di ruangan komen yang disediakan. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

2. Sila LIKE Fanpage Budiey.com : www.facebook.com/budieydotcom , Follow Twitter : @Budiey & Instagram: Budiey & hashtag #BudieyDotCom

3. Sila cipta slogan kreatif anda dan ada 3 perkara wajib anda perlu buat:

  1. Tulis slogan anda itu pada ruangan komen di entri blog ini.
  2. Hantar slogan itu ke emel budiey.
  3. Akhir sekali anda WAJIB juga tweet slogan paling kreatif yang anda reka itu di Twitter anda dengan tag @budiey

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #WWEKUALALUMPUR. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Tweet Slogan: Saya mahu ke #WWEKUALALUMPUR bersama @budiey kerana…. (tidak lebih dari 140 huruf)

4. Sila cipta slogan paling kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter anda dengan hashtag yang diberikan.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #WWEKUALALUMPUR. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu ke #WWEKUALALUMPUR bersama Budiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:

Saya mahu ke Siri Jelajah WWE LIVE  kerana…. (tidak lebih daripada 30 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menang Tiket Konsert Siri Jelajah WWE LIVE

Tarikh tutup peraduan:

30 September 2014

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
  3. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  4. Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
  5. Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dengan slogan paling kreatif untuk memenangi tiket yang ditawarkan
  6. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  7. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  8. Keputusan juri adalah muktamad.
  9. Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
  10. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Blog Sensasi Selebriti.
  11. Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Astro kerana sudi memberi hadiah tiket kepada pembaca Budiey.com.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Peraduan Menang Tiket Siri Jelajah WWE LIVE in KL

The Miz

Peraduan Menang Tiket Siri Jelajah WWE LIVE in KL

The Miz

The Miz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Showcase Afgan L1VE TO LOVE di Kuching Sarawak

Peraduan Menang Tiket VIP ke Stadium Manchester City