in ,

Showcase Afgan L1VE TO LOVE di Kuching Sarawak

ERA mempersembahkan Afgan ‘L1VE TO LOVE’ di Kuching pada 14 September 2014. Afgansyah Reza, seorang penyanyi solo terkenal berasal dari Indonesia berusia 25 tahun. Beliau lebih dikenali sebagai Afgan akan berada di Kuching untuk mempromosikan album terbarunya ‘L1VE TO LOVE, LOVE TO L1VE’ dengan single terbarunya ‘Katakan Tidak’ akan menghiburkan peminatnya di The HILLS Shopping Mall, Aras Concourse pada pukul 2 petang.

Peminat yang teruja untuk bertemu Afgan secara dekat dan peribadi berpeluang untuk memenangi jemputan sesi beramah mesra dan mendapatkan pass ‘Rockzone’ dari ERAfm Sarawak. Anda perlulah menjadi pemanggil pertama melalui di 082 420961 apabila penyampai ERA memainkan isyarat memanggil dan peserta haruslah memberi kata laluan “Afgan LIVE TO LOVE” untuk mendapatkab pass “Rockzone” dan menyanyi satu lagu Afgan untuk memenangi jemputan sesi beramah mesra beserta pass “Rockzone” pada hari tersebut. Di samping itu melalui jam bonus, ERA fm Sarawak akan memberikan akses eksklusif untuk makan malam bersama Afgan kepada satu pemenang bertuah.

Manakala bagi pendengar ERA di Sabah, mereka juga berpeluang untuk menyaksikan showcase Afgan di Kuching. Pemenang akan menerima penerbangan dan penginapan akan dibiaya penuh selama 2 hari, 1 malam perjalanan ke Kuching, autograph album, menghadiri sesi beramah mesra serta makan malam eksklusif bersama Afgan melalui “ERA MeleTOP”. Pendengar perlu menjadi pemanggil pertama melalui talian 088 485 024 dan menjerit ‘Saya mau jumpa Afgaaaaaaaaan ….!’ yang paling lama untuk memenangi perjalanan ke “Afgan L1VE TO LOVE” showcase di Kuching.

Selain memenangi melalui ERAfm, The Hills Shopping Mall dan Stesen One Café akan memberi ganjaran kepada pelanggan dengan jemputan sesi beramah mesra & pass ‘Rockzone’ juga. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.facebook.com/hillsmall.kch, www.facebook.com/station1kuching atau hubungi Hills Shopping Mall at 082 253309.

Bukan itu sahaja, peminat Afgan juga akan turut dihiburkan dengan persembahan daripada Syamin seorang penyanyi baru yang berasal dari Sarawak. Syamin kini tampil dengan single pertamanya yang berjudul “Lagi dan Lagi”. Lagu dan lirik oleh komposer terkenal Malaysia Ajai, sebuah nama yang cukup besar dalam industri hiburan tanahair. Acara ini disokong oleh Leema, Drink The Music dengan kerjasama The Hills Shopping Mall, SRC, Station One Café dan Orang Kampong.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai showcase “Afgan L1VE TO LOVE” di Kuching, sila layari fbsarawak.era.fm, fbsabah.era.fm dan dengarkan ERAfm Sarawak & Sabah.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Filem Lelaki Harapan Dunia Berjaya di Festival Filem Antarabangsa

Peraduan Menang Tiket Siri Jelajah WWE LIVE in KL