in ,

Peraduan Menang Tiket VIP ke Stadium Manchester City

Jika anda semua mengikuti live update Budiey di Instagram & Twitter bulan Ogos lalu, pastinya rata-rata dah tahu, baru-baru ini, Budiey telah dihantar ke Manchester, United Kingdom oleh Dashing – rakan rasmi Manchester City untuk melawat Stadium Eltihad Manchester City. Siapa yang tak seronok bila dapat peluang macam ni yang mungkin sekali seumur hidup macam tu kan?

Pastinya, lawatan Budiey di Manchester bersama tiga orang lagi media ada misi dan tujuan tersendiri. Tujuan kami dihantar adalah untuk menikmati peluang seumur bertaraf VIP. Terima kasih banyak Dashing!

Dashing kini memberi peluang kepada pengguna setia untuk merasai layanan VIP sambil menonton aksi Manchester City.

Dashing

Budiey kira, terbang nun jauh lebih 14 jam ke Manchester dirasakan cukup berbaloi dan puas hati kerana kami dapat melihat sendiri dengan mata sendiri dan view lebih dekat apa yang istimewanya Stadium Eltihad, di mana ia menjadi stadium yang menjadi kubu kuat anak buah Manuel Pellegrini.

Nak tahu macamana nak dapatkan hadiah gempak ni? Okay, Budiey cadangkan, anda baca dulu artikel ni sampai habis, okay?

[pullquote]Peluang ini terbuka kepada semua pengguna Dashing, khususnya peminat bola sepak gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City. Budiey dikhabarkan, seramai 20 orang pemenang akan mendapat layanan VIP ini. Bestnya![/pullquote]

Sebagai permulaan, untuk pengalaman yang hebat ini, seramai dua orang pemenang utama Peraduan Dashing akan diumumkan pada 7 September untuk menyaksikan perlawanan tumpuan dunia antara Manchester City menentang Manchester United. Fuh! Best giler.

Selain itu, pemenang akan diberi peluang melawat ke Stadium Eltihad, tiket penerbangan pergi balik, penginapan percuma dan lebih istimewa dapat menyaksikan perlawanan di suite Mancunian.
Dua lagi pemenang bagi menyaksikan perlawanan Manchester City dan Manchester United akan diumumkan pada 5 Oktober 2014.

Semasa Budiey di Manchester City, peluang ini tidak dapat direalisasikan kerana kami hanya berpeluang untuk menjejakkan kaki di Stadium Eltihad sahaja. Namun, pengalaman ini pastinya akan diingati sepanjang hidup. Memang satu kenangan yang cukup berharga. Masuk ni, Budiey dah melawati empat Stadium di England. Rasa sangat bertuah sebab selalu dapat peluang keemasan macam ni.

Bagi perlawanan Manchester City menentang Arsenal pula, lapan pemenang akan diumumkan pada 9 November (empat pemenang) dan 14 Disember (empat pemenang). Dan akhirnya, lapan pemenang bertuah yang akan diterbangkan untuk menonton perlawanan Manchester City menentang West Ham di Stadium Etihad akan diumumkan pada 18 Januari (empat pemenang) dan 28 Februari 2015 (empat pemenang).

Peraduan Menang Tiket VIP ke Stadium Manchester City

Bagaimana Cara Untuk Menang Peraduan Ini?

[dropcap]B[/dropcap]agi menyertai peraduan ini, para pengguna hanya perlu membeli mana-mana barangan Dashing atau Elite dari mana-mana kedai dalam negara. Anda boleh sertai peraduan ini dengan hanya membeli satu produk Dashing (harga bermula dari RM5.10) atau Elite (harga bermula dari RM3.50). Tiada sebarang had penyertaan bagi seorang peserta dengan hanya menaip (DASHING) jarak (amaun resit barangan DASHING atau ELITE) jarak (nombor kad pengenalan 12 digit) jarak (nama) dan SMS ke 36266.

Contoh DASHING 310814 RM5.10 880808105588 Adam Affendi

Setiap resit melayakkan peserta untuk satu SMS saja. Peserta dikehendaki untuk menyimpan resit asal sehingga pengumuman pemenang.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari: www.facebook.com/dashingformen atau hubungi talian bantuan 03-8023 8311.

Di sini, Budiey ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dashing kerana sudi menjemput Budiey bagi melihat sendiri kehebatan Manchester City dari dekat. Kalau korang nak tahu, Dashing kini menjadi pasport kepada peminat bola sepak untuk merasai sendiri kehangatan kancah EPL.

Tidak syak lagi, Dashing telah menjadi satu jenama penjagaan diri lelaki khususnya di kalangan peminat bola sepak di Malaysia. Malah Dashing adalah jenama yang memahami penjagaan lelaki dan keperluan gaya hidup semasa.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Tiket Siri Jelajah WWE LIVE in KL

Program Istimewa TV3 Meraikan Ulangtahun Malaysia Ke-51