in

Pengumuman Senarai Pencalonan Akhir Festival Filem Malaysia Ke 25

[dropcap]P[/dropcap]ada jam 12.30 tengahari ini, Budiey dijemput untuk hadir di Sidang Media Senarai Pencalonan Akhir Pengumuman Festival Filem Malaysia ke-25 yang diadakan di Auditorium Mini P.Ramlee di FINAS. Fuh, akhirnya. Itu pun setelah melalui onak duri ranjau di mana penetapan tarikh penganjurannya dah dibuat dua kali. Sering bertukar dan dibatalkan di minit awal. Acara Pengumuman Pelancaran dan Malam Anugerah FFM25 diadakan serentak dengan Majlis Pelancaran Insentif Produksi Filem Malaysia oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamarudin Siaraf.
Pengerusi Finas, Datuk Md. Afendi Hamdan berkata, tidak akan berlaku sebarang perubahan tarikh malam anugerah selepas ini.

“Finas, memang kalau boleh, hendak laksanakan tahun lalu tetapi disebabkan pertukaran pengurusan, jadi…tak perlulah dipanjangkan. Tak akan ada perubahan tarikh selepas ini. Lambat pun ada hikmah dan tidak ada konspirasi untuk melambat-lambatkan FFM25 ini,”

Senarai pencalonan akhir Festival Filem Malaysia ke 25 bakal diumumkan dalam satu majlis pada tengahari ini turut diserikan dengan kehadiran ramai selebriti yang tercalon dalam FFM25 selain produksi penerbit dan pengedar filem yang berjaya tersenarai. Sama-sama kita nantikan.

Sebelum itu, ada beberapa info tentang Festival Filem Malaysia Ke 25 yang Budiey terima iaitu pertama sekali, FFM25 akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Putrajaya pada 2 Mac 2013 ini, Hari Sabtu jam 8 malam. Keduanya, FFM25 akan dihoskan oleh Fahrin Ahmad dan Erra Fazira.

Erra Fazira sempat memberi respon di Twitternya:

“Suspennya nak hosting ffm dgn @fahrinahmad… Fahrin, awak jgn buli saya!! Saya budak baru belajar…! Kang saya silat …”

Dan, Fahrin Ahmad telah beri respon pada Twitter @Budiey:

Tq @Budiey ! @ErraFaziraWC tetiap minggu mengacara ‘Primadona’ .. Saya ni, dah lama tak mengacara.. Silap2 EF buli FA.. :s

Filem manakah yang bakal dinobatkan sebagai Filem Terbaik? Budiey dengar, antara filem yang dikatakan bakal memberikan saingan sengit termasuk filem Bunohan, Songlap, Ombak Rindu, SAM dan 29 Februari. Budiey harapkan filem Bunohan diangkat jadi Filem Terbaik #FFM25. Tak pun filem Songlap, tak gitu?

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh pula berkata, pihaknya teruja atas kerjasama dengan RTM bagi siaran malam anugerah tersebut.

“Astro teruja atas kerjasama dengan RTM untuk FFM. Kami seronok dapat sama-sama memikul tanggungjawab.”

Sementara itu, ketika dibangkitkan persoalan tarikh berlangsungnya FFM26 pula, pihak Finas akan berbincang bagi menentukan sama ada melangsungkannya pada tahun ini atau tahun depan.

Sebanyak 18 anugerah perdana bakal disampaikan pada malam anugerah yang mengangkat tema Merayakan Perak Mengilhamkan Emas itu.

Dari senarai 70 buah filem yang bertanding, sebanyak 28 filem tercalon dalam FFM25 untuk merebut 23 anugerah utama dan 12 anugerah cipta. Filem manakah yang berjaya bolosi pencalonan?

Filem manakah yang bakal memperolehi pencalonan terbanyak? Filem manakah yang bakal mencipta kejutan? Pelakon manakah yang akan terpilih dalam senarai akhir persaingan merebut trofi Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik?

Malam Anugerah #FFM25 akan dipancarkan secara langsung pada jam 9 malam menerusi MUSTIKA HD, ASTRO RIA & RTM2. Itu bagus, at least ada definisi tinggi yang membolehkan kita menonton gambaran jelas acara ini nanti.

Bermakna ada dua anugerah filem yang diadakan pada bulan depan, #FFM25 pd 2 Mac & @AIFFA2013 pd 28 – 30 Mac. Kedua-duanya didokongi oleh FINAS, pastinya. Semoga kedua-dua acara ini berjalan dengan lancar.

Budiey akan kemaskini entri ini dengan senarai penuh pencalonan FFM25, orait, Tunggu!

Tahniah buat filem Songlap terbitan Grand Brilliance yang berjaya mendominasi 15 pencalonan dalam #FFM25. Pecah rekod!

Filem terbitan KRU Studios & Show Bizz Productions yang berjaya membolosi pencalonan ialah 29 Februari, Cinta Kura-Kura dan Hantu Kapcai

Tahniah buat pengarah @nizamzakaria yg dicalonkan dalam kategori Pengarah Harapan Terbaik di #FFM25

Anugerah Cipta Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik #FFM25: Husyairi Husain, Syafie Naswip, Amerul Affendi, Bront Palarae & Omar Abdullah

Anugerah Cipta Pelakon Pembantu Wanita Terbaik #FFM25: Normah Damanhuri, Fauziah Nawi, Lisa Surihani, Nabila Huda & Lana Nordin

Anugerah Perdana – Filem Terbaik #FFM25: Bunohan, Songlap, Ombak Rindu, SAM dan 29 Februari. Congrats!

Peminat Aaron Aziz tengah keliru dan bengang kenapa nama Aaron Aziz tercicir & tiada dalam senarai pencalaonan #FFM25. Siapa nak jawab ni?

Cakap pasal FFM25 ni, siapa yang mahu pass masuk? siapa nak? Okay sabar ya, Budiey akan usahakan untuk dapatkan pass penonton untuk anda pembaca setia budiey.com

Apa-apa pun, dengan penganjuran FFM25 ni, kita sama-sama dapat support our national film industry, semoga terus maju ya. Filem pun kenalah bermutu dari masa ke semasa seiring dengan peredaran zaman.

Pencalonan FFM25 kali ini dikatakan antara yang terbaik sepanjang penganjuran. Terserah pada anda di pihak mana anda berada.

Anugerah Perdana:

Filem Terbaik
1. Bunohan
2. Songlap
3. Ombak Rindu
4. SAM
5. 29 Februari

Filem Bukan Bahasa Melayu Terbaik
1. Seefood
2. Kepong Gangster
3. Ah Beng The Movie
4. Petaling Street Warriors
5. Ghost Buddies

Pengarah Terbaik
1. Dain Said (Bunohan)
2. Effende Mazlan / Fariza Azlina Ishak (Songlap)
3. Syafiq Yusof (S.A.M.)
4. Osman Ali (Ombak Rindu)
5. Saw Teong Hin (Hoore! Hoore!)

Pelakon Lelaki Terbaik
1. Faizal Hussein (Bunohan)
2. Pekin Ibrahim (Bunohan)
3. Zahiril Adzim (Bunohan)
4. Shaheizy Sam (S.A.M.)
5. Shaheizy Sam (Songlap)

Pelakon Wanita Terbaik
1. Maya Karin (Ombak Rindu)
2. Sara Ali (Songlap)
3. Vanidah Imran (Untuk Tiga Hari)
4. Nadiya Nisaa’ (Jiwa Taiko)
5. Farah Nazirah (Hoore Hoore)

Sinematografi Terbaik
1. Songlap
2. Ombak Rindu
3. Hoore Hoore
4. Misteri Jalan Lama
5. 29 Februari

Lakon Layar Terbaik
1. Songlap
2. Bunohan
3. Untuk Tiga Hari
4. 29 Februari
5. Seefood

Cerita Asal Terbaik
1. Bunohan
2. Songlap
3. Hantu Gangster
4. 8 Jam
5. Misteri Jalan Lama

Penyunting Terbaik
1. 29 Februari
2. Songlap
3. Hoore Hoore
4. SAM
5. Hantu Kapcai

Skor Muzik Asal Terbaik
1. Bunohan
2. Songlap
3. 29 Februari
4. Hoore Hoore
5. Misteri Jalan Lama

Anugerah Cipta:

Filem Pendek Terbaik
1. Strangers
2. Guang
3. Sanzaru
4. Pasport Ekspres
5. Leman

Filem Animasi Terbaik
1. The Best Recipe
2. Tooth
3. Fruitema-Kepala Tua & Lampu Ajaib
4. Ninja VS Pirate
5. Toi-Toi

Pengarah Harapan
1. Syafiq Yusof (SAM)
2. Ghaz Abu Bakar (Hantu Kapcai)
3. Nizam Zakaria (Cinta Kura-Kura)
4. Goh Aun Hoe (Seefood)
5. Teng Bee (Kepong Gangster)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
1. Amerul Affendi (Bunohan)
2. Husyairi Hussain (Bunohan)
3. Bront Palarae (Jiwa Taiko)
4. Syafie Naswip (Songlap)
5. Omar Abdullah (Songlap)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
1. Normah Damanhuri (Songlap)
2. Lisa Surihani (Ombak Rindu)
3. Fauziah Nawi (Hoore Hoore)
4. Nabila Huda (Jalan Kembali)
5. Lana Nordin (Chow Kit)

Penataan Seni Terbaik
1. Bunohan
2. Songlap
3. 29 Februari
4. Seefood
5. Misteri Jalan Lama

Penataan Bunyi Terbaik
1. 29 Februari
2. Bunohan
3. Hoore Hoore
4. Songlap
5. Hantu Kapcai

Lagu Tema Terbaik
1. Jagalah Diri (29 Februari)
2. Idola (Hoore Hoore)
3. Ombak Rindu (Ombak Rindu)
4. We Are Gangster (Hantu Gangster)
5. Pencinta Terbaik (Cinta Kura Kura)
6. 7 Petala Cinta (7 Petala Cinta)

Pelakon Harapan Lelaki
1. Izzue Islam (29 Februari)
2. Akim Ahmad (Hoore Hoore)
3. Hazami Azmi (Apa Celop Toqq)
4. Shahrizal Jaszle (Azura)
5. Iedil Putra (Ngorat)

Pelakon Harapan Wanita
1. Farah Nazirah (Hoore Hoore)
2. Jojo Goh (29 Februari)
3. Neelofa (Azura)
4. Mon Ryanti (Keramat)
5. Shima Anuar (Sumpahan Keramat)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
1. Muhammad Izzam Shafiq (Chow Kit)
2. Nadzirah Rosi (Chow Kit)
3. Tee Jing Chen (Hantu Gangster)
4. Muhammad Naim Daniel Baharin (29 Februari)
5. Afiq Izzudin (Alamak Toyol)

Pereka Kostum/Busana Terbaik
1. Misteri Jalan Lama
2. 29 Februari
3. Songlap
4. Chow Kit
5. Hantu Gangster

Poster Terbaik
1. 8 Jam
2. Seefood
3. Cinta Kura Kura
4. Bunohan
5. Hantu Air

Tahniah buat semua filem dan pelakon serta pengarah yang tercalon. Semoga sukses milik anda. Jumpa kalian di FFM25 pada 2 Mac ini.

Perasmian #FFM25 pula akan berlangsung pada 27 Februari ini dan 11 Anugerah Cipta akan disampaikan pada majlis perasmian itu.

Sekarang ini, Budiey menantikan pula siapakan artis yang akan buat persembahan di #FFM25, korang rasa siapa yang patut buat perform?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Erra Fazira & Fahrin Ahmad Dipilih Jadi Pengacara FFM25

5 Sebab Mengapa Perlu Beli Rumah Di Ken Rimba