in , ,

Erra Fazira & Fahrin Ahmad Dipilih Jadi Pengacara FFM25

Hari ini berlangsungnya,  Sidang Media Senarai Pencalonan Akhir Pengumuman Festival Filem Malaysia ke-25 yang diadakan di Auditorium Mini P.Ramlee di FINAS.

Sebelum pengumuman senarai pencalonan, ada beberapa info tentang Festival Filem Malaysia Ke 25 yang Budiey terima iaitu pertama sekali, FFM25 akan diadakan di PICC Putrajaya pada 2 Mac 2013 ini, Hari Sabtu jam 8 malam. Keduanya, FFM25 akan dihoskan oleh Fahrin Ahmad dan Erra Fazira. Wow, tahniah!

Kedua-dua mereka memang banyak pengalaman dalam dunia pengacaraan dan mereka Budiey percaya memang boleh jadi pengacara. Cuma pada malam itu kena ada pengisian dan skrip yang betul agar program berjalan lancar dan tiada apa masalah yang boleh buat penonton rasa bosan. Erra Fazira kini giat jadi pengacara dalam program Primadona dan Fahrin Ahmad pula ada mengacara program TV untuk RTM.

Erra Fazira sempat memberi respon di Twitternya:

“Suspennya nak hosting ffm dgn @fahrinahmad… Fahrin, awak jgn buli saya!! Saya budak baru belajar…! Kang saya silat …”

Dan, Fahrin Ahmad telah beri respon pada Twitter @Budiey:

Tq @Budiey ! @ErraFaziraWC tetiap minggu mengacara ‘Primadona’ .. Saya ni, dah lama tak mengacara.. Silap2 EF buli FA.. :s

Apa-apa pun yang berlaku nanti, Budiey percaya dengan kehebatan aura Fahrin Ahmad dan Erra Fazira dapat menambat hati peminat untuk terus menatap kaca TV sepanjang FFM25 berlangsung. Karisma mereka dan pengalaman mereka pasti akan diaplikasi dengan semaksima mungkin.

Sekali lagi tahniah buat Fahrin Ahmad dan Erra Fazira. Selamat maju jaya buat anda berdua.

Erra Fazira

Erra Fazira

Fahrin Ahmad

Fahrin Ahmad

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Anuar Zain di Konsert Anuar Zain Tiga Dekad

Pengumuman Senarai Pencalonan Akhir Festival Filem Malaysia Ke 25