in ,

Pengisian Istimewa Geng Pagi Hot Makin ‘Hot’

Trio pagi di Hot FM, Geng Pagi Hot (GPH) yang diterajui Shuk, Shuib dan Fizie berazam untuk menampilkan pengisian yang lebih hangat kepada pendengar setia stesen radio tersebut.

Dengan menumpukan elemen muzik, hiburan dan pengisian gaya hidup terkini, pihak pengurusan Hot FM telah mengatur strategi terbaik untuk memastikan pengisian Geng Pagi Hot menepati citarasa para pendengar. 

Bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi, para pendengar bakal disajikan dengan pelbagai segmen menarik dan bermanfaat. Sketchah GPH, sketsa pendek menampilkan topik-topik kehidupan seharian yang disampaikan secara ringan tetapi masih menyelitkan elemen gurauan yang positif buat pendengar.

Penampilan Fatimah Abu Bakar atau lebih mesra dipanggil Teacher Fati mewarnai segmen English Hot, dimana setiap hari trio GPH akan mempelajari cara untuk bertutur dalam bahasa inggeris dengan betul bersama Teacher Fati.

Pengisian Istimewa Geng Pagi Hot Makin 'Hot'

Dua karektor istimewa di GPH iaitu Kak Ello dan Sapie juga akan disajikan setiap hari menerusi segmen yang tersendiri.  

Kak Ello yang merupakan favourite girl GPH, akan berkongsi gosip terkini dunia hiburan dengan gaya lucu dan bersahaja. Manakala Sapie pula merupakan karektor yang berasal dari utara tanah air akan memberikan tips dan petua harian berguna kepada para pendengar. 

Di bulan September nanti, para pendengar juga berpeluang untuk mengenali Shuk, Shuib dan Fizie dengan lebih mendalam dengan mengikuti pengisian istimewa GPH, dimana mereka bertiga akan diberikan masa 5 hari untuk lebih mengenali antara satu sama lain.

Pengisian istimewa seperti ini diharap dapat mendekatkan lagi para pendengar dengan personaliti GPH sekaligus mewujudkan kemesraan dalam perhubungan stesen radio tersebut bersama pendengar setia.

Ketua Program Hot FM, Ainul Farhana Razali berkata keserasian Shuk, Shuib dan Fizie menjadi kekuatan segmen Geng Pagi Hot. “Sudah hampir 2 tahun kami mengekalkan trio GPH ini dan bagi merancakkan lagi pengisian GPH, mereka bakal diberi cabaran 5 Hari Mengenalimu sempena ulang tahun Shuib pada 12 September. Aktiviti ini bertujuan untuk menguji erti persahabatan dan chemistry antara mereka dengan harapan agar boleh dijadikan contoh baik kepada pendengar” 

“Selain itu, bagi meraikan Hari Malaysia pada 16 September, GPH berkolaborasi dengan pelajar-pelajar muzik dari Victoria Institution dengan memberikan nafas baru buat lagu patriotik Setia dalam usaha memupuk semangat patriotik dikalangan pendengar.  Penampilan istimewa penyanyi popular, Siti Sarah dan Syamel juga akan memberi lebih warna kepada lagu tersebut”

“Hot FM juga sering mencari peluang untuk terus kekal relevan melalui perkembangan trend semasa, bukan sahaja melalui halwa telinga pendengar, malah, dari segi kandungan digital yang ditonton oleh pendengar setia Hot FM. Sebagai contoh, drama TV3 yang baharu ini trending dengan jumlah tontonan sebanyak 12 juta bagi kesemua episod 7 Hari Mencintaiku 2 itu di mana Geng Pagi Hot mengambil kesempatan untuk bersama-sama menghasilkan kandungan digital dan tetuang udara bersama pelakon hebat 7 Hari Mencintaiku 2; iaitu, Syukri Yahya, Liza Abdullah, Wan Sharmila, Shazwan Zulfikli & Wafarina. Berdasarkan kepekaan Hot FM tentang trend semasa itu, kandungan digital Hot FM, seperti, sketsa pendek dan video TikTok bersama mereka telah mendapat jumlah tontonan melebihi hampir 5 juta tontonan di semua platform digital Hot FM! Dengan itu, Hot FM dan Geng Pagi Hot akan sentiasa mengikuti perkembangan terkini dengan menghasilkan kandungan yang lebih segar”.

Hot FM Duit Dari Kayangan

Selain itu, Hot FM juga bakal menampilkan kempen menarik buat pendengar dengan menawarkan wang tunai berjumlah sehingga RM20,000 menerusi Hot FM Duit Dari Kayangan. Jangan lupa untuk terus dengarkan Geng Pagi Hot, setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi untuk peluang menang sebahagian daripada wang tunai yang ditawarkan. 

Untuk kempen kali ini, Kiki Kayangan masih memainkan peranan penting sebagai puteri dari kayangan yang turun ke bumi untuk menawarkan wang tunai buat pendengar setia Hot FM.

Antara langkah yang perlu dilakukan untuk menyertai Hot FM Duit Dari Kayangan adalah dengan mendengar Hot FM sepanjang hari dan nantikan nyanyian atau sajak dan sebagainya yang akan disuarakan oleh Kiki Kayangan.

Kemudian, pendengar perlu tunggu isyarat memanggil dan telefon Hot FM di 03-77108822 untuk teka apakah tajuk lagu dan siapakah penyanyi dengan betul, berdasarkan snipet audio yang disuarakan oleh Kiki Kayangan sebentar tadi. 

Pendengar juga boleh siap siaga dengan mendengarkan Hot FM mulai  7 September hingga 2 October 2020 untuk peluang menyertai Hot FM Duit Dari Kayangan setiap Isnin hingga Jumaat di Geng Pagi Hot, Shuk, Shuib & Fizie (6 pagi – 10 pagi), Jam Hot, Deen & Haziq (4 petang – 8 malam) dan Mega Hot, Zetty (8 malam – 12 tengah malam). 

Hot FM boleh didengari menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang, 88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang; 104.5FM Ipoh; 90.1FM Johor Bahru dan Singapura; 92.4FM Kuantan; 105.1FM Kota Bharu; 87.7FM Kota Kinabalu; 94.3FM Kuching; 104.3FM Melaka; 99.5FM Seremban; 90.5FM Taping; 105.0 Kuala Terengganu. 

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Hot FM secara live streaming di www.hotfm.com.my dan Youtube Hot TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 dan Twitter @hotfm976 dan Whatsapp 017-302 8822

Pendengar juga boleh muat turun aplikasi Hot FM di Apple app store, Google play dan Huawei App Gallery.

Hot FM, Muzik Paling Hangat!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AG, Haiza & Muaz Makin Matang di Radio Kool FM

Nikmati Menu Masakan Arab & Timur Tengah di Restoran Hadramawt Palace Bukit Bintang