in ,

AG, Haiza & Muaz Makin Matang di Radio Kool FM

Sejajar dengan transformasi yang dilakukan pada awal Januari lepas, segmen pagi Kool FM yang dikendalikan oleh AG, Haiza dan Muaz kini lebih matang dalam mengorak langkah jitu bagi menyediakan pengisian yang lebih konstruktif buat para pendengar.

Kupasan isu semasa, sosial dan komuniti yang lebih berani semestinya akan menjentik minda para pendengar. Ditemani tetamu jemputan, Kool FM AG, Haiza & Muaz akan terus mengetengahkan isu semasa nasional dan dunia merangkumi topik polisi, teknologi, sukan, gaya hidup, kesihatan serta isu-isu komuniti. Dengarkan perdebatan mereka di tetuang udara dan digital pada hari Isnin hingga Jumaat, 6 hingga 10 pagi.

Ketua Program Kool FM, Raja Khairil Idris berkata sejak Kool FM berwajah baharu pada tahun 2020 ini, Kool FM AG, Haiza & Muaz lebih berani dalam mengendalikan perbincangan berkenaan isu semasa, isu komuniti. Katanya lagi, “mereka juga dilihat lebih komited dalam mendengar pendapat daripada pendengar”.

Selain itu, Kool FM AG, Haiza & Muaz telah pun menemu ramah figura-figura hebat antaranya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Hj. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri Kesihatan, YB Dato’ Sri Adham Baba, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Riad Asmat dan ramai lagi.

“Banyak pengisian yang menarik dan memberi impak kepada pendengar dapat diberikan melalui pendekatan dan temu ramah bersama tetamu jemputan”.

Tambahannya lagi, melalui pendekatan terbaharu yang dilakukan Kool FM, telah memberi impak dari segi peningkatan pendengar lebih-lebih lagi menerusi platform live streaming.  

“Pendengar Kool FM meningkat menerusi live stream pada Januari hingga Julai 2020 kepada 9,121,111 manakala di YouTube live menerusi Kool TV sebanyak 516,354”.

Webinar-Kool-(Guest-Week-1-Feed)

Webinar Kool

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga kini, pergerakan dan aktiviti masyarakat terbatas dan penganjuran acara banyak dilakukan secara atas talian. Selaras dengan keadaan itu, Kool FM mengambil inisiatif untuk menganjurkan Webinar Kool.

Webinar Kool merupakan seminar atas talian yang memfokuskan interaksi dua hala di antara panel jemputan dengan peserta yang akan membincangkan topik-topik menarik berpandukan bidang kepakaran masing-masing.

Diterajui oleh AG, Haiza dan Muaz, Webinar Kool akan dilangsungkan pada hari Selasa, 8 September, 22 September dan 6 Oktober 2020 bermula jam 12.30 tengahari sehingga 2.00 petang. Setiap sesi akan membawakan topik yang berbeza dengan panel yang berpengalaman dalam setiap topik.

Antara topik-topik yang akan dibincangkan adalah kerjaya, keluarga dan kesihatan mental serta peluang perniagaan. Panel profesional yang akan menjayakan Webinar Kool ini antaranya selebriti terkenal, Dato Hj Aznil Hj Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Riad Asmat dan ramai lagi.

Penyertaan Webinar Kool ini adalah terbuka kepada semua menerusi laman Facebook Kool FM. Dengan cara yang mudah, orang ramai boleh menyertai Webinar Kool dengan mengikuti dan memberikan tanda suka pada Facebook Kool FM. Peserta yang bertuah juga bakal memenangi wang tunai sepanjang Webinar Kool ini berlangsung.

Oleh itu, orang ramai digalakkan untuk menyertai Webinar Kool kerana pelbagai intipati dan manfaat yang akan perolehi walaupun di mana sahaja anda berada dengan menggunakan telefon bimbit atau komputer riba mereka.

Kool FM boleh didengari melalui frekuensi FM101.3 (Lembah Klang), FM90.2 (Pulau Pinang), FM93.6 (Kuala Terengganu), FM88.5 (Kota Bharu), FM107.3 (Alor Setar) dan FM104.3 (Kuching). Dengarkan juga secara streaming di www.koolfm.com.my dan secara LIVE di YouTube Kool TV.

Untuk menyertai komuniti dan mengikuti perkembangan terkini Kool FM, boleh ikuti di media sosial rasmi:

  • Facebook : Kool FM
  • Instagram : @koolfmmy
  • Twitter : @koolfmmy
  • YouTube : Kool TV
  • Whatsapp:  017 – 276 5656`

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Billy | 18

Nafi Bergaduh, Billy Kini Bergerak Solo dengan Melancarkan Single CINTA

Shuk | 19

Pengisian Istimewa Geng Pagi Hot Makin ‘Hot’