in

NCIS Season 3

NCIS – Season 5!
Tarikh Siaran: 13 April 2009
Masa / Hari : Isnin, 9.30pm

Berita baik untuk semua peminat NCIS di luar sana! Musim terbaru NCIS kini kembali menemui anda! NCIS (Musim ke – 5) akan memulakan siarannya pada 13 April 2009 jam 9.30 malam dan anda dapat menontonnya secara PERCUMA di saluran hip 8TV!

“Semestinya sebuah lagi musim yang menarik untuk peminat setia drama NCIS. Musim ke-5 ini lengkap dengan aksi-aksi yang cukup mendebarkan. Semoga anda semua terhibur!” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Episod pertama berjudul “Bury Your Dead” menampilkan ramai bintang-bintang terkenal antaranya Scottie Thompson, Brian Dietzen, Armand Assante, Webster Williams, David Dayan Fisher dan Mesrop Agjanyan.  Thompson membawakan watak sebagai  Doctor Jeanne Benoit manakala Assante memegang watak La Grenouille.  Brian Dietzen kembali sebagai Jimmy Palmer.iaitu seorang pembantu perubatan.

NCIS mengikuti perjalanan sekumpulan agen dari Naval Criminal Investigative Service (NCIS) yang diketuai oleh Agen Khas Leroy Jethro Gibbs (Mark Harmon).

Antara pelakon-pelakon lain yang terlibat dalam siri NCIS ini ialah Michael Weatherly sebagai Tony DiNozzo (Agen Khas), Cote de Pablo sebagai Mossad Lauren Holly sebagai Jenny Shepherd, Pauley Perrette sebagai Abby Sciuto (Pegawai Forensik), David McCallum sebagai Dr. Ducky Mallard dan Sean Murray sebagai Tim McGee. 

Pada musim yang lepas, kita dapat menyaksikan percintaan di antara Tony dan Jeanne yang merupakan anak perempuan kepada La Grenouille.  Adakah perhubungan mereka akan berjalan dengan lancar? Anda perlu menonton NCIS (Musim ke-5) untuk mengetahui kisah selanjutnya.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan NCIS musim ke-5 bermula 13 April 2009 jam 9.30 malam secara PERCUMA hanya di 8TV!

Anda juga dapat menonton siaran 8TV di saluran 708 Astro anda!

Anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari www.mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kereta Milik Penerbit Jangan Tegur Rempuh Pekerja Lebuh Raya

Bintang RTM Suku Akhir 3