in

Movie Day Out Pembaca Sensasi Selebriti Filem The A-Team

Salam buat semua pembaca budiman,

Mahu menonton filem The A Team bersama pembaca Budiey.com? Jika anda berani dan mahu menyertainya, ayuh… Budiey dengan ini ingin menjemput pembaca Sensasi Selebriti yang berminat untuk menyertai Movie Day Out Sensasi Selebriti – The A-Team

The A Team adalah filem aksi hebat lakonan Liam Neeson, Bradley Cooper, Sharlto Copley dan Quinton Jackson.

FILEM yang mengangkat siri TV ke layar perak sudah lama termasuk dalam agenda Hollywood. Walaupun penonton pasti membandingkan versi TV dengan filem, ia masih menjadi pertaruhan produser untuk meraih kutipan box-office. Bagi peminat siri aksi popular, The A-Team yang pernah ditayangkan dari 1983 hingga 1987, mereka kini mampu menyaksikan cerita itu dalam sebuah filem yang sungguh hebat dan mendebarkan.

Berbeza dengan versi TV, filem penuh aksi arahan Joe Carnahan ini menampilkan gandingan Liam Neeson sebagai Hannibal, Bradley Cooper (Leftenan Templeton Peck), Jessica Biel (Charisa Sosa), Quinton Jackson (BA Baracus) dan Sharlto Copley (Murdock).

Filem ini padat dengan aksi, lagak ngeri serta penggunaan imej janaan berkomputer (CGI) yang cukup mengagumkan. Antara babak paling menarik ialah pertempuran dengan helikopter, kereta kebal menjunam ke tasik dengan payung terjun serta babak letupan akhir di kapal kontena.

Bila? Hari Sabtu ini, 26 Jun 2010, Jam 4 petang

Waktu Tayangan: 4.20 petang

Yuran Sensasi Selebriti: RM5 sahaja untuk seorang

Di mana? Pawagam TGV, Suria KLCC

Kategori: PG13

Runtime: 130 minit

BAGAIMANA CARANYA?

Apa yang korang perlu buat ialah:

  1. Jadi pemanggil terawal. Sila hubungi Budiey di talian 019 6249479 sekarang! Tiket masih ada!
  2. Oleh kerana, sebelum ini, ramai yang bagi nama tapi tak hadir pada hari Movie Day Out, Budiey terpaksa meminta pembaca yang buat panggilan supaya BANK-IN yuran Sensasi Selebriti melalui MAYBANK2U. Nombor akaun akan diberikan semasa panggilan dibuat. Sila hantar resit bayaran Maybank2U kepada 
  3. Selepas buat bayaran, barulah nama anda akan disenaraikan. Maaf atas segala kesulitan.

Segala SMS yang dihantar tidak akan dilayan. Siapa cepat dia dapat!!!

Kepada semua yang hadir, anda akan diberikan juga goodie bag tajaan Mas Beautee. Ada masalah jerawat yang serius? Ada penawarnya. Dapatkan info lanjut di laman web ini: http://masbeautee.blogspot.com

Kepada pembaca bertuah, kita jumpa HARI SABTU ini ya!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Lancar Servis Iklan MyDeals

Harga iPhone 4 Apple di Malaysia (Unofficial)