in , ,

Gambar Sekitar Party Kostum Tolong Awek Aku Pontianak

Alhamdulilah, Party Kostum Tolong Awek Aku Pontianak yang dirancang oleh Tayangan Unggul dengan kerjasama blog Budiey.com telah pun berlangsung semalam di Menara Kuala Lumpur pada jam 2 petang.

Di kesempatan ini, Budiey ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih buat semua 110 orang pembaca budiey.com yang sudi hadir. Bukan senang nak cari pembaca macam korang ni memandangkan korang sanggup korban masa rehat di hujung minggu. Korang memang happening sangat-sangat. Tak sangka korang semua berusaha sedaya upaya untuk mengenakan pakaian mengikut tema. Mula tu, Budiey ingat ke korang semua yang datang tu mahu pakai ala kadar aje, tapi tup tup semalam, terkejut jugak sebab semua pakai kostum yang sesuai dan berkarakter.

Sambutan yang diterima amat menggalakan. Tahniah buat semua yang menjayakan Party Kostum Tolong Awek Aku Pontianak.

Untuk menghargai korang semua yang bertungkus lumus mencari kostum, nah Budiey siarkan gambar korang satu persatu ya.

4 hari lagi, filem Tolong Awek Aku Pontianak akan mulai ditayangkan di pawagam, jadi… pakat ramai-ramai tonton filem ni sebab citer ni memang kelakar giler.

Kepada semua pembaca yang hadir, jangan lupa korang boleh upload foto-foto yang korang ambil di fanpage budiey.com, sila layari:

www.facebook.com/budieydotcom

Kepada pembaca yang masih belum lagi follow Budiey, jangan teragak-agak, jom pakat ramai-ramai follow Budiey di twitter ya. Follow @budiey

www.twitter.com/budiey dan juga kalau nak follow twitter Tayangan Unggul follow @TayanganUnggul, silalah follow sebab ada macam-macam event dan juga pass menonton wayang akan diberikan kepada korang semua.

Party Kostume TAAP

Tak lupa nak ucap banyak-banyal terima kasih kepada Dollah Cantek yang sudi jadi hos party. Pengalaman banyak mengajar Dollah Cantek camna nak handle crowd, tambah-tambah bila crowd yang happening macam korang. Lagi senang.

Party Kostume TAAP

Antara selebriti yang datang awal di Menara KL semalam ialah siapa lagi kalau bukan Nurul Abdul Wahab yang memegang watak sebagai pontianak yang sangat jahat dalam filem Tolong Awek Aku Pontianak. Baju yang dipakai ditaja oleh Ika Fancy. Thanks ya!

Party Kostume TAAP

Eh ni Ugly Betty Malaysia ke ni? Hehe, kalau nak tahu, inilah dia Farina AF yang turut hadir memeriahkan party kostum. Farina menghiburkan pembaca yang hadir dengan single terbaru beliau yang berjudul YANG BENAR. Terima kasih Farina ya. Dilampirkan ucapan Farina yang Budiey petik dari Twitter beliau @Annefarina7: Thank you sekali to @Budiey & tayangan unggul @AfdalShahzdCLNK jemput farina utk memeriahkan lg suasana majlis party costume TAAP! Goodie bag sgt best! Siap ada bju tidur colour pink! I lovee the book. Thank you again, @Budiey. Jgn lupa panggil lagi yer.

Party Kostum Tolong Awek Aku Pontianak

Turut sama meriuhkan suasana ialah seramai 20 orang geng sempoi dari Keicar Mania yang mempromosikan filem dengan menampal sticker filem Tolong Awek Aku Pontianak di pintu kereta mereka.

Najwa Latif

Persembahan dimulakan dengan show akustik, Si Gadis Youtube iaitu Najwa Latif. Mendendangkan sebuah single terbaru beliau, CINTA MUKA BUKU.

Shyla Amzah

Shila Amzah, yang turut mendendangkan lagu single terbarunya yang ditulis dan dicipta sendiri oleh beliau, PATAH SERIBU.

Farawahida

Farawahida menghiburkan pembaca dengan lagu terbaru beliau, JANGAN TANYA AKU LAGI.Walaupun terpaksa bergegas ke Johor sebab ada show kat sana pada petang itu juga, Farawahida tetap meluangkan masa bagi memeriahkan suasana. Thanks ya.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Pembaca Budiey.com di Party Kostum Tolong Awek Aku Pontianak

Terima Kasih Mstar Online Siar Berita Party Costume TAAP