in

Harga iPhone 4 Apple di Malaysia (Unofficial)

Ramai yang bertanya kepada Budiey, berapa harga iPhone 4 yang baru dikeluarkan oleh Apple. Budiey pun tak tahu nak jawab macamana sebab sudah tentu harganya sangat lain berbeza dan Budiey jangkakan akan jauh lebih mahal dari iPhone 3GS.

Hari ini, Apple iPhone 4 telah mulai dijual di Amerka Syarikat, Perancis, Jerman, United Kingdom dan Jepun. Untuk negara kita Malaysia pula kenalah tunggu beberapa bulan sementara Maxis dan DiGi atau telcos yang lain merancang apakah pakej yang akan disediakan nanti. Harap-harap telcos yang akan membawa masuk iPhone 4 tak lah cekik darah sangat. Memang dijangkakan iPhone 4 akan laris macam pisang goreng panas! Itu dah tentu!

Namun, kalau anda mampu beli, banyak duit sangat, beli ajelah kerana iPhone 4 sangat mantap! Mungkin anda akan menjadi pengguna iPhone 4 yang pertama di Malaysia! Baru-baru ini, Budiey ada terbaca senarai harga tidak rasmi (unofficial) iPhone 4 yang akan dijual di Malaysia dalam bulan September atau Oktober 2010 nanti:

Apple iPhone 4 16GB (Black) – RM3,800
Apple iPhone 4 32GB (Black) – RM4,300

Kalau nak warna putih, kena tambah RM200!

Macamana mampu? Fuh! Biar betik! Giler mahal! Dengan harga ni boleh beli TV LCD 42 3d keluaran terbaru! Macam tak logik je harga ni. Sangat mahal!

iPhone 4 dikeluarkan secara unlocked. Jadi, ia akan supports sebarang sim card. Pemjual yang terdiri dari Maxis atau DiGi akan menukarkan simcard lama anda ke sim card terbaru yang berbentuk micro. Lebih kecil dari yang biasa untuk fit dengan iPhone 4.

Jadi, kepada yang nak beli sangat, kenalah kumpul duit dulu ya dari sekarang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Movie Day Out Pembaca Sensasi Selebriti Filem The A-Team

Fieldplayers Lancar Album Pertama