in

Maxis Lancar Servis Iklan MyDeals

Pada 22 Jun 2010 lalu, Budiey ada menghadiri satu pelancaran MyDeals anjuran Maxis di Sultan Ballroom, Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. MyDeals adalah satu program pengiklanan yang disebarkan melalui platform telefon bimbit. MyDeals adalah pertama kali beroperasi di Asia.

Ini pastinya akan memberi keuntungan kepada pengguna Maxis yang akan meningkat sehingga 42.5 juta menjelang 2014. Platform mobile ini akan menawarkan satu peluang yang lebih besar untuk setiap servis iklan. Budiey difahamkan perkhidmatan yang ditawarkan itu termasuk interaktif myDeals tidak akan dikenakan sebarang caj.

Buat julung-julung kalinya, Maxis Bhd. (Maxis) memperkenalkan perkhidmatan pengiklanan menerusi telefon mudah alih yang dikenali sebagai myDeals kepada pelanggannya.

Tawaran terbaru itu direalisasikan menerusi usahasama dengan firma dari Austria, Out There Media (OTW) yang merupakan peneraju pasaran global dalam bidang pengiklanan menerusi medium mudah alih.

Ketua Pegawai Operasi Maxis, Jean-Pascal van Overbeke berkata, pengiklanan menerusi telefon mudah alih itu memiliki keunikan tersendiri di mana ia perlu mendapat kebenaran pengguna.

“Program ini membenarkan pelanggan menentukan sendiri jenis iklan dalam mana-mana segmen yang mahu diterima, menerima maklumat terkini daripada segmen, informasi serta promosi terkini,” katanya pada majlis pelancaran myDeals.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif OTM, Kerstin Trikalitis dan Ketua Bahagian Produk, Peralatan dan Inovasi Maxis, T. Kugan.

Di pelancaran ini, beberapa syarikat ternama seperti BMW, Malaysia Airlines, COlgate-Palmotive dan Panasonic sudah pun menjadi bersedia untuk menggunakan Maxis sebagai platform MyDeals untuk iklan mereka. Setakat ini ada 12 buah syarikat yang dah join MyDeals.

Pengiklanan itu dilaksanakan menersui teknologi pasaran pengiklanan mudah alih pelbagai saluran Out There Media yang berpangkalan di Vienna yang dikenali sebagai “Mobucks”.

Ketua pegawai operasi Maxis Jean-Pascal van Overbeke berkata dengan Malaysia menyasarkan untuk mempunyai 42.5 juta pelanggan mudah alih menjelang 2014, industri pengiklanan mudah alih kini menikmati pertumbuhan yang kukuh.

Sektor pengiklanan mudah alih global dianggarkan berkembang kepada AS$16 bilion menjelang 2015.

Penggunaan mudah Internet mudah alih kian meningkat dengan telefon pintar bimbit menyediakan potensi hebat untuk pasaran ini, kata van Overbeke kepada pemberita pada majlis pelancaran itu.

Dengan perkhidmatan baharu ini, beliau berkata para pengiklan boleh menyampaikan pengiklanan yang disasarkan kepada audien sasaran dan mendapat maklum balas yang lebih berkesan.

“Bagi perniagaan pula, myDeals ialah perkhidmatan lengkap yang menyediakan teknologi pasaran pengiklanan mudah alih Out There Media dengan rangkaian moden Maxis beserta gabungan perkhidmatan perundingan kedua-kedua pihak,” tambah beliau.

Pada masa ini, 12 rakan niaga telahpun menyertai perkhidmatan baharu ini termasuk Malaysia Airlines, Colgate-Palmolive, Panasonic dan BMW.

“Dianggarkan yang pelanggan Maxis dan Hotlink menggunakan myDeals akan terus meningkat seiring dengan bertambahnya penggunaan peranti mudah alih untuk banyak fungsi lain,” kata van Overbeke.

Maxis juga turut meninjau peluang untuk menawarkan perkhidmatan pengiklanan bersepadu dengan rangkaian tanpa sempadan mudah alih, tanpa wayar dan jalur lebar kediaman serta akses IPTV (Televisyen Protokol Internet).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Heliza Bersama Peminat di Beijing, China

Movie Day Out Pembaca Sensasi Selebriti Filem The A-Team