in

Adeep Nahar Terus Cemerlang di Minggu Kedua Konsert Gema Gegar Vaganza 2

Adeep Nahar terus cemerlang di minggu kedua apabila sekali lagi mengungguli carta undian. Mempersembahkan lagu malar segar, ‘Hijau’ nyanyian Datuk Zainal Abidin, beliau merupakan bintang GGV musim kedua yang pertama mendapat standing ovation daripada barisan juri dan juga penonton.

Konsert Gema Gegar Vaganza 2

Paduan suara dan penghayatan yang bagus oleh kumpulan Brothers dalam mempersembahkan lagu Kekasih Awal Dan Akhir nyanyian Datuk Jamal Abdillah pula, berjaya meletakkan mereka di tangga kedua dengan jumlah peratusan sebanyak 77%. Mengekori rapat kumpulan Brothers adalah pasangan duo Heliza dan Hazwani yang memberi kejutan kerana berjaya menyuntik nafas baharu dalam mempersembahkan lagu Standing In The Eyes Of The World.

Kumpulan Rabithah pula berada di kedudukan tercorot sekaligus tersingkir daripada pentas GGV. Meneruskan bahang pertandingan pada musim ini, minggu ketiga GGV yang bertemakan ‘Bukan Biasa Biasa’, bakal menyaksikan kumpulan Devotees mendendangkan lagu Pada Syurga Di Wajahmu nyanyian penyanyi lagenda, Nash Lefthanded dan kumpulan Mestica pula mendapat lagu Insan nyanyian Yantzen sebagai lagu tugasan minggu ini.

Pasangan Heliza & Hazwani bakal diuji dengan lagu yang cukup hits masa kini, Jampi nyanyian Hael Husaini manakala bintang yang semakin mendapat perhatian ramai, Fitri Haris pula bakal membawakan lagu Yang Terindah nyanyian Achey. Antara lagu lain yang akan dipersembahkan pada konsert mingguan minggu ini adalah Kau Ilhamku, Gemuruh, Ku Pohon, Syurga di Telapak Kaki Ibu, Tanpa dan Perjalanan.

Saksikan kesemua 10 bintang GGV musim kedua meneruskan perjuangan mereka pada minggu ini.

Siaran Langsung Konsert Gema Gegar Vaganza musim kedua (Minggu Ketiga) berlangsung pada 14 April 2018 (Sabtu) di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Music Playlists to Check Out on Spotify this April

Kuching Lokasi Butik Francais Ke-4 Siti Khadijah