in ,

Kuching Lokasi Butik Francais Ke-4 Siti Khadijah

Jenama telekung premium nombor satu Malaysia, Siti Khadijah (juga dikenali sebagai SK), kini membuka butik kedua Sarawak di Majma Mall, Kuching selepas yang pertama di Miri. Butik francais Siti Khadijah ke-4 yang terkini dimiliki oleh usahawan wanita Puan Asma Dalila Haji Zakaria.

“Siti Khadijah membawa satu misi yang jelas, iaitu bukan sahaja mahu memperkenalkan jenama SK di mata dunia semata-mata, tetapi juga sebagai satu sumber inspirasi kepada sesiapa sahaja, khususnya pemerksaan kaum wanita yang mahu memulakan perniagaan,” menurut ucapan Mohammad Munzir Aminuddin, Pengarah Pemasaran SK ketika di Acara Pembukaan Rasmi Siti Khadijah Majma Mall, Kuching yang dirasmikan oleh YAB Datin Patinggi Dato’ Hajah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang.

Puan Asma Dalila Haji Zakaria, Pemilik Francais Siti Khadijah Majma Mall Kuching

Bersempena Acara Pembukaan Rasmi Butik Siti Khadijah Majma Mall yang berlangsung selama tiga hari dari 6 April – 8 April 2018, promosi eksklusif telah ditawarkan seperti hadiah istimewa buat 100 pembeli terawal, diskaun sehingga 15% dan cabutan bertuah produk SK bernilai RM1000.

Tambah Munzir, “Pengasas SK, Hajah Padzilah iaitu ibu saya bermula dengan 200 pasang telekung dan menghadapi beberapa kegagalan sebelum berjaya diterima oleh pengguna sehingga kini. Namun tiada apa yang mustahil dalam kehidupan ini, asalkan kita berusaha bersungguh-sungguh dan tidak berputus asa. Jika tiada ilmu dalam perniagaan, jangan jemu untuk menimba ilmu-ilmu baru tentang perniagaan.”

Menurut YAB Datin Patinggi Dato’ Hajah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang, “Dengan pembukaan cawangan baru Butik Siti Khadijah ini, diharapkan dapat menjadi sumber inspirasi kepada usahawan baru yang ingin memulakan sesebuah perniagaan, khususnya kepada usahawan wanita dan suri rumah. Jadikan Pengasas Siti Khadijah, Puan Padzilah sebagai sumber rujukan dan contoh. InsyaAllah, tidak mustahil suatu hari nanti anda akan berjaya seperti perniagaan Siti Khadijah. Apa yang penting, jika mahu berjaya, jangan sesekali putus asa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang yang anda ceburi.”

Keistimewaan telekung Siti Khadijah yang diklasifikasi sebagai telekung premium kerana penggunaan fabrik berkualiti tinggi seperti spun polyester berteknologi Jepun dengan rekaan inovatif fleksibel di bahagian wajah – mudah regang di dahi dan dagu tanpa perlu dipin atau memakai anak tudung. Ini menjadikan telekung SK unik berbanding telekung sedia ada di pasaran. Manakala perincian minimalis seperti renda menambah seri si pemakai namun masih kekal ringkas mengikut syarak.

Pelanggan di Kuching, Sarawak kini boleh membeli-belah telekung, pakaian dan aksesori yang sesuai untuk pemakaian ibadah harian, Umrah dan Haji di Butik Siti Khadijah cawangan Kuching beralamat di Lot K1, Tingkat 1, Majma’ Tuangku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jalan P.Ramlee 5/5A, 93400 Kuching, Sarawak beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

“Follow” di Instagram: @telekung.sitikhadijah dan
“Like” Facebook Telekung Siti Khadijah.

MENGENAI SITI KHADIJAH
Siti Khadijah (SK) merupakan jenama telekung nombor satu Malaysia dengan keunikan dan rekaan inovatif di bahagian wajah.

Telekung ialah pakaian istimewa wanita di Kepulauan Melayu yang dipakai setiap kali bersolat dan sinonim dengan budaya Melayu. SK memperkenalkan rekaan yang dipatenkan fokus kepada potongan unik bahagian wajah dengan kombinasi fabrik berkualiti tinggi untuk memastikan keselesaan ketika beribadah. Material mudah regang sesuai untuk setiap bentuk dan saiz wajah wanita. Koleksi telekung SK menawarkan empat unik rekaan wajah yang berbeza dengan rekaan telekung biasa. Material yang digunakan hanya daripada fabrik kualiti terbaik seperti kapas, spun polyster, rayon dan sutera dengan sentuhan perincian renda yang disulam indah.

Selain daripada telekung, SK turut menawarkan koleksi pakaian khas untuk jemaah Umrah dan Haji. Antara produk lain yang ditawarkan termasuklah hijab, sarung lengan, abaya, baju kurung tradisional dan pelbagai aksesori.

Sejak 2009, Siti Khadijah dinamakan sebagai jenama isi rumah di Malaysia dan berkembang luas dengan lebih 29 cawangan sekitar Malaysia dan dua cawangan di Indonesia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adeep Nahar Terus Cemerlang di Minggu Kedua Konsert Gema Gegar Vaganza 2

Meet Raf Yaakob Vivo’s Football Icon