in

Senarai Program Menarik Media Prima Sempena 31 Ogos

Tanggal 31 Ogos merupakan detik paling bersejarah buat negara kita Malaysia kerana bebas daripada belenggu penjajahan. Pada tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 masih mengekalkan tema Sehati Sejiwa.

Sebagai sokongan kepada inisiatif ini, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (TV3, ntv7, 8TV, TV9) turut memeriahkan sambutan bulan Kemerdekaan Malaysia ke 59 dengan menawarkan pelbagai program yang menerapkan semangat perpaduan dan patriotik untuk tontonan seisi keluarga.

Nantikan beberapa telefilem dan program bual bicara istimewa pada bulan Ogos dan September ini.

Teroka (3)

Sehati Sejiwa Bersama Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad

TV3

Wayang: Tuah
26 Ogos 2016 (Jumaat), 1.30 petang
Seorang lelaki telah menyelamatkan Datuk Shaari dan anaknya Sahira daripada seorang penjenayah. Oleh kerana lelaki itu cedera di bahunya, Datuk Shaari membawanya pulang ke rumah. Apabila lelaki itu sedar, dia memperkenalkan dirinya sebagai Hang Tuah, pahlawan Melayu pada abad ke-15. Ketika sedang bersiar-siar di negeri Melaka, dia ternampak sebuah potret Sultan Anuar Alauddin Shah. Tuah menyatakan bahawa wajah di potret itu mirip Hang Jebat. Menurut cerita orang lain, Jebat mengamuk dan membunuh Sultan Mahmud setelah mendapat tahu bahawa Tuah dihukum bunuh dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan. Tuah menjadi marah lalu berusaha mencari jalan pulang ke zamannya untuk menyekat tindakan Jebat.
PELAKON: Jamal Abdillah, Erma Fatima, Mustapha Maarof, Faizal Hussein, Zami Ismail

Cerekarama: Kabus Hati Laila
27 Ogos 2016 (Sabtu), 9.00 malam
Kassim Bin Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Kassim, baru sahaja meninggal dunia. Arwah Abang Kassim meninggalkan isterinya Laila, dan dua orang anaknya yang bernama Ayim dan Yuni. Pada suatu hari, seorang wanita bernama Anita dengan seorang budak kecil telah muncul. Laila baru mendapat tahu yang rupa-rupanya, abang Kassim mempunyai dua keluarga selama ini. Dia terpaksa menerima Anita dan membenarkan Anita tinggal di rumahnya selama tiga hari. Laila meluahkan perasaan kecewanya kepada Hambali, kawan baik Kassim. Sejak kematian arwah abang Kassim, barulah Laila sedar yang kehidupan mereka dikelilingi hutang dunia.
PELAKON: Namron, Amirul Affendi, Sherry Merlis, Dayana Roza, Mohd Saidi Sabri

Nona
30 Ogos 2016 (Selasa), 2.00 petang
Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini yang bertemakan Sehati Sejiwa, Nona memaparkan paparan khas mengenai rakyat Malaysia yang menunjukkan semangat patriotik mereka melalui cara-cara kreatif seperti mengecat rumah mereka dengan warna Jalur Gemilang, menghias kereta mereka dengan Jalur Gemilang dan lain-lain lagi.

Teroka (1)

Sut Putih
30 Ogos 2016 (Selasa), 2.00 petang
Mengisahkan Siti, seorang jururawat yang baru tamat latihan, telah dihantar untuk berkhidmat di kawasan pedalaman. Kehadiran Siti adalah untuk membantu masyarakat yang lebih memerlukan. Meskipun Siti merupakan seorang anak orang berada, dia sanggup menempuh dugaan hidup demi mencapai impiannya untuk menjadi seorang jururawat yang berjasa kepada seluruh bangsa.
PELAKON: Zara Zya, Aidil Aziz, Syaffiq Sahli, Sharifah Shahora, Arash Mohamed, Khatijah Tan, Marisa Yasmin

Konsert Sehati Sejiwa
30 Ogos 2016 (Selasa), 11.00 malam
Konsert yang bertemakan “Bertuahnya Bumi Ini, Sehati Sejiwa”
membariskan artis – artis popular seperti Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Ella, Jaclyn Victor, Elizabeth Tan, Yasin, Tomok, Azmil, Fareez Mentor, Qody Mentor, Wanie Mentor, Sandra dan ramai lagi.
HOS: Marsha Milan, AG Hot FM, Fiza Sabjahan

Malaysia Hari Ini Merdeka
31 Ogos 2016 (Rabu), 7.00 pagi
Liputan siaran langsung di acara Perbarisan dan Perarakan Merdeka juga akan disiarkan menerusi Malaysia Hari Ini, selain temubual eksklusif bersama masyarakat awam dan tetamu jemputan yang bakal berkongsi pengalaman merdeka.

Wanita Hari Ini Merdeka
31 Ogos 2016 (Rabu), 12.02tengahari – 1.00 tengahari
Episod khas untuk Hari Kemerdekaan memaparkan temubual eksklusif bersama beberapa orang wira dan wirawati yang merupakan rakyat biasa. Mereka telah banyak memberi bantuan dan menjadi inspirasi kepada orang lain.

Kapcai Ayah 5

Teroka
31 Ogos 2016 (Rabu), 2.00 petang
Kepulangan Rohana selepas mendapat ijazah membuatkan Mahani dan Baharom, ibu bapa Rohana, menetapkan syarat ke atas bakal menantu mereka. Rohana berkenalan dengan Borhan, seorang pemuda biasa dari kampung. Walaupun tidak memegang jawatan besar, Borhan seorang yang bijak dan mempunyai ilmu yang luas. Mereka telah jatuh cinta. Pada tahun itu, kerajaan telah membuka peluang kepada rakyat untuk meneroka tanah baru supaya boleh diusahakan menjadi ladang getah. Rohana menggesa Borhan untuk merisiknya secepat mungkin kerana dia tahu yang Borhan bakal menjadi lebih sibuk setelah melibatkan diri dalam penerokaan tersebut. Tambahan lagi, Mahani dan Baharom telah merancang perkahwinan Rohana dengan seorang jejaka bernama Khalid.
PELAKON: Adi Putra, Faye Kusairi, Mahmud Ali Bashah, Jasmin Hamid, Hairi Safwan

Epok
31 Ogos 2016 (Rabu), 9.00 malam
Mengisahkan Epok yang cuba membaiki hubungan tegang antara dia dan bapanya, Pak Din, melalui sukan badminton. Dia berasa hairan akan minat dan usaha Pak Din yang bersungguh-sungguh melatihnya bermain badminton, sedangkan dia langsung tidak menunjukkan minat. Segalanya berubah apabila satu hari, guru Pendidikan Jasmani mengarahkan semua murid kelasnya untuk bermain badminton. Epok mula meminati sukan tersebut. dan dia akhirnya sedar bahawa usaha Pak Din adalah untuk menanam semangat serta kekuatan mental dan fizikal. Dengan pandangan dan keyakinan baru, Epok mula mengeratkan hubungan dengan ayahnya yang kebetulan ketika itu adalah musim Thomas Cup.
PELAKON: Adik Izuan Fitri, Eman Manan, Harris Alif, Sean Lee, Bella Dowana

Ok Bah Kalau Kau
16 September 2016 (Jumaat), 10.00 malam
Azman berkahwin dengan Laila, seorang gadis Sabah yang bukan pilihan ibunya, Puan Rahmah. Laila berusaha untuk berbaik-baik dengan ibu mertuanya itu. Rahmah juga berselisih pendapat apabila Laila banyak mengamalkan adat istiadat Sabah, terutamanya ketika Laila sedang mengandung dan terlalu banyak pantang larang yang dilakukan oleh Laila. Pada suatu hari, Puan Rahmah tiba-tiba berbaik dan menjadi rapat dengan Laila. Puan Rahmah juga semakin berminat untuk belajar budaya dan adat istiadat orang Sabah dengan Laila. Apakah muslihat di sebalik kebaikan Puan Rahmah?
PELAKON: Ungku Ismail Aziz, Nonny Nadirah, Lia Natalia, Amyza Azna, Sabhi Saddi

Cerekarama: Anak Mat Salleh Tapi Melayu
17 September 2016 (Sabtu), 9.00 malam
Mengisahkan tiga orang anak gadis kacukan Melayu-Inggeris yang membesar di luar negara dan tidak dapat menyesuaikan diri mereka setelah pulang kembali ke Malaysia. Datuk Borhan, bapa kepada ketiga-tiga gadis itu, meminta tolong daripada Nek Mah untuk mendidik anak-anaknya bergaul dengan masyarakat kampung. Ketibaan Nek Mah disambut dingin oleh mereka. Sejak mereka tinggal bersama Nek Mah, pelbagai perkara baharu yang mereka pelajari.
PELAKON: Diana Danielle, Amelia Henderson, Jelita Kako, Ridzwan Hashim, Zarina Zainuddin, Yusof Hashim, Aznah Hamid, Sasa DFKL

ntv7

Pride & Honour
31 Ogos 2016 (Rabu), 6.00 petang
Sempena Hari Kemerdekaan tahun ini, ntv7 akan memaparkan sebuah program khas untuk mengenali salah satu Pulapol (Pusat Latihan Polis) di Malaysia dengan lebih lanjut. Para penonton juga berpeluang untuk mendalami kehidupan seharian dan misi-misi yang harus dilakukan oleh seorang ahli kadet

The Swordsman
31 Ogos 2016 (Rabu), 3.30 petang
Seorang pahlawan pedang telah mengambil sekeping skrol suci yang telah dicuri oleh perpustakaan Maharaja. Skrol tersebut mengandungi butiran-butiran teknik rahsia seni mempertahankan diri yang sedang dicari-cari oleh beberapa kumpulan termasuk ahli tentera, sekolah seni mempertahankan diri, dan sekumpulan puak yang pandai menggunakan ular.
PELAKON: Samuel Hui, Cecilia Yip, Jacky Cheung, Sharla Cheung, Fennie Yuen

Legendary Amazons
16 September 2016 (Jumaat), 11.00malam
Mengisahkan Dinasti Song pada abad ke-11 semasa pemerintahan Maharaja Renzong. Maharaja tersebut telah mengabaikan segala hal ehwal negara dan lebih mementingkan hal ehwal peribadi ketika negara baginda sedang berada dalam kesusahan. Dinasti Song telah ditakluk oleh ahli-ahli tentera negara musuh dan apakah yang akan berlaku seterusnya?
PELAKON: Richie Jen, Cecilia Cheung, Cheng Pei-pei, Liu Xiaoqing, Kathy Chow

8TV

National Day Parade (Siaran Langsung)
31 Ogos 2016, Rabu, 7:30 pagi
Sebuah rancangan yang dibawakan secara langsung dari studio yang dihoskan oleh empat orang pengacara 8TV – Orange, Natalie Baki dan Gary. Rancangan khas ini akan menerangkan mengenai negara Malaysia, unit beruniform, badan korporat dan lain-lain lagi. Di samping itu, para penonton juga berpeluang untuk menyampaikan ucapan-ucapan Hari Kemerdekaan mereka melalui program berita dan panggilan siaran langsung ke studio.

Kapcai Ayah 3

Mission, I’m Possible
31 Ogos 2016, Rabu, 3.00 petang
Menampilkan 2 pengacara yang telah diberikan misi untuk mencari beberapa mercu tanda di Kuala Lumpur melalui sekeping gambar dari tahun 1960-an. Kedua-dua pengacara tersebut akan membawa para penonton ke tempat-tempat bersejarah dan memahami latar belakang sejarah tersebut dengan lebih lanjut.

The Print of Malaysia
16 September 2016 (Jumaat), 5.00 petang
Program khas ini akan menjelajahi negeri Sarawak yang terkenal dengan kecantikan dan keunikan sejarah, alam semulajadi, makanan, dan budaya. Pengacara program ini akan menghadapi beberapa cabaran dalam menjayakan pengembaraan mereka di negeri yang terbesar di Malaysia.

TV9

Superstra
25 Ogos 2016 (Khamis), 9.30 malam
Norman merupakan seorang pelakon tambahan yang ingin menjadi pelakon terkenal. Dia telah berlakon dalam sebuah produksi sebagai pelakon tambahan bersama-sama dengan kawan baiknya, Johan. Di lokasi penggambaran, Norman bertemu dengan seorang pelakon tambahan wanita bernama Illyana dan mereka menjadi rapat. Pelbagai insiden berlaku di lokasi penggambaran, termasuklah perselisihan pendapat antara Norman dan pelakon utama drama tersebut, Amin. Norman terasa terkilan apabila mereka diasingkan dari pelakon utama ketika waktu rehat utama. Keadaan ini membuatkan Norman berusaha untuk mengambil hati pengarahnya supaya dia akan diberi watak penting dalam drama itu.
PELAKON: Anas Ridzuan, Johan As’ari, Mira Amnas, Mustaqim Bahadon, Aziz M. Osman dan Afdlin Shauki

Skrin di 9: Kapcai Ayah
29 Ogos 2016 (Isnin), 8.30 malam
Haikal bangga dapat membonceng motosikal bersama ayahnya ketika dia masih kecil. Namun, perasaan itu mula hilang, walaupun motosikal itu masih menjadi pengangkutan tetap ayahnya. Jamil sangat sayangkan motosikalnya walaupun luarannya sudah buruk. Baginya, dia akan menggunakan khidmat motornya itu selagi boleh. Haikal yang semakin dewasa mula lupa akan jasa motosikal itu kepadanya, dan berasa malu sekiranya Jamil menunggang motosikal tersebut. Akhirnya, Haikal sedar bahawa motosikal tersebut yang menjadi penyelamat hidup ketika dia berada di saat genting.
PELAKON: Hasnul Rahmat, Marissa Yasmin, Saharul Ridzwan, Hanna Aqeela

Din Sardin
30 Ogos 2016 (Selasa), 10.30 malam
Kisah Din Sardin, seorang mat rempit yang telah jatuh cinta dengan seorang pegawai JPJ wanita bernama Cik Ta. Ketika Din mengambil ujian memandu kereta, Cik Ta merupakan pegawai bertugas yang akan menguji Din. Mungkin jodoh tak ke mana, Cik Ta juga merupakan pegawai yang menyaman Din ketika dia ditangkap atas kesalahan lalu lintas. Dapatkah mat rempit seperti Din Sardin menambat hati Cik Ta, si pegawai JPJ itu?
PELAKON: Izzue Islam, Mira Filzah, Niena Baharun, Amir Pelawak, Delimawati, Kazar Saisi

Skrin di 9: Cinta 3 Rasa
19 September 2016 (Isnin), 8.30 malam
Tiga orang gadis berbangsa Melayu, Cina dan India yang bercita-cita ingin menjadi isteri kepada seorang CEO perbankan yang bujang terlajak. Jejaka itu sangat cerewet dan hanya ingin yang terbaik mengikut seleranya. Mereka bertiga mula bertungkus lumus untuk menyediakan pelbagai jenis juadah mengikut etnik masing-masing, demi memenuhi selera jejaka tersebut.
PELAKON: Fezrul Khan, Uqasha Senrose, Sharifah Sakinah, Lia Natalia, Ebby Yus

Layar 9: Beca Ayah
15 September 2016 (Khamis), 9.30 malam
Mengisahkan Pak Ndak dengan beca tercintanya. Anaknya, Rahim merupakan seorang pengurus berjaya yang memahami betapa bermaknanya beca itu kepada ayahnya. Beca itu telah mengeratkan hubungan dalam kalangan keluarga dan jiran-jiran mereka, malah beca itu juga menyebabkan Rahim lebih menghargai isteri dan anaknya. Rahim juga mula menyedari erti sebenar kemerdekaan.
PELAKON: Kazar Saisi, Aidil Aziz, Nur Risteena Munim, Rykarl Iskandar

Pada masa yang sama, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (TV3, NTV7, 8TV & TV9), turut mengambil inisiatif mengadakan peraduan gambar tercantik dan telahpun berrmula dari 1 Ogos 2016 yang lalu sehingga 5 September 2016, bertemakan “Artistic Expressions of Malaysians”. Peraduan gambar tercantik ini dibawakan khas oleh penaja utama, Huawei.

Kenapa anda perlu menyertai peraduan ini? Peraduan #cantiknyaMalaysia menawarkan Ganjaran Hadiah Lumayan Untuk Kreativiti Anda!

Peraduan ini bertujuan untuk memupuk nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk dan memberi peluang keemasan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menikmati keindahan negara kita yang tercinta melalui kaedah yang paling kreatif dan artistik.

Sesiapa yang ingin menyertai peraduan ini boleh memuatnaikkan gambar-gambar menarik seperti panorama, makanan dan minuman, dan apa-apa sahaja yang mempunyai kaitan dengan Malaysia mengikut kekuatan imaginasi, kepekaan dan persepsi masing-masing.

Setiap gambar yang dimuat-naikkan ke laman media sosial (Instagram, Facebook dan Twitter) perlu mempunyai hashtag #cantiknyaMalaysia dan #huaweibestwei. Gambar-gambar tersebut juga haruslah mempunyai kapsyen tidak melebihi 30 patah perkataan.

Hanya lima pemenang dipilih dan gambar-gambar yang dimuat-naikkan oleh mereka akan ditukarkan ke bentuk video animasi 2.5D, setiap peserta juga akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 dan telefon bimbit pintar oleh Huawei.

Apa yang lebih mengujakan, gambar-gambar tersebut juga akan dipamerkan di medium-medium lain seperti televisyen, media cetak dan media elektronik. Kesemua video animasi 2.5D juga akan digunakan sebagai promo televisyen.

Marilah kita sama-sama menikmati kecantikan negara Malaysia di samping menunjukkan semangat patriotik menerusi peraduan gambar tercantik – #cantiknyaMalaysia! Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my atau www.tv9.com.my.

Jangan lupa juga untuk menyaksikan barisan program menarik yang telah disediakan khas buat anda semua sempena bulan Kebangsaan ini.

Sut Putih (2)

Pulau Mabul, Semporna, Sabah (3)

Makanan Melayu Tempatan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telefilem KABUT Angkat Kisah Pemuda Mualaf

Kesinambungan Dokumentari Khas Hari Kebangsaan GARIS WAKTU 2