in ,

Lirik Lagu Liyana Jasmay Cinta Bersatu

Muzik video lagu terbaru dari pelakon Liyana Jasmay telah pun siap. Yeay, dan sempena dengan itu, satu pelancaran dalam talian akan dibuat secara besar-besaran. Budiey juga akan turut menyiarkan video klip terbaru ini pada 30 Mac ini ya.

Video Muzik Cinta Bersatu adalah arahan Ghaz Abu Bakar yang merupakan kerjasama yang ke3 antara Liyana Jasmay dan Ghaz Abu Bakar selepas Aku Tak Percaya Cinta dan Aku Jatuh Cinta.

Di kesempatan ini, Budiey ingin mengucapkan Selamat Bertunang kepada pelakon dan penyanyi diminati ramai, Liyana Jasmay yang akan melangsungkan majlis pertunangan pada 28 Mac ini di kediamannya.

Semoga Liyana Jasmay terus bahagia bersama kekasih dan bakal tunang tersayang hingga ke akhir nanti.

Lagu Cinta Bersatu ini seolah-olah dikhusus dibuat untuk majlis pertunangan beliau.

Lirik Lagu Cinta Bersatu

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu
Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu
Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku
Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku
Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu
Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

Lagu & Lirik : Tilu

Liyana Jasmay

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Liyana Fizi & Couple di My Acoustic Affair

Rumah Mawi Kena Rompak