in , ,

Konsert Album Rizky Febian: Berona Day Sukses Hiburkan Peminat di Malaysia

Sang ‘Crooner’ Dari Seberang Hiburkan Peminat di Kuala Lumpur Dalam Sebuah Konsert Penuh Warna Anjuran Hitman Solutions!

Malam Kuala Lumpur penuh warna apabila dihiburkan oleh sang ‘crooner’ bersuara romantis dari seberang, Rizky Febian dalam sebuah konsert yang ditunggu-tunggu peminatnya di Malaysia, ‘AN ALBUM LIVE CONCERT: BERONA DAY RIZKY FEBIAN’ pada 3 November lalu, bermula jam 8:30 malam bertempat di Megastar Arena KL @ Sg. Wang Plaza, anjuran syarikat penganjur konsert yang tidak asing lagi, Hitman Solutions

KONSERT BERONA RIZKY FEBIAN

“Saya masih tidak boleh ‘move on’ terhadap konsert lalu dan mahu menghiburkan lagi peminat di Malaysia kerana sokongan mereka yang tidak berbelah bagi, dan buktinya pada malam Berona Day ini, penuh ‘rona’ melalui lagu-lagu yang saya sampaikan buat semua penonton,” kongsi pemilik nama sebenar, Rizky Febian Adriansyah Sutisna, 25 tahun.

KONSERT BERONA RIZKY FEBIAN

Konsert yang berkonsepkan album ini merupakan siri jelajah rangka mempromosikan album kedua Rizky berjudul ‘Berona’ yang dilancarkan pada 21 Julai tahun ini.

Album yang mengandungi 10 buah lagu baharu ini adalah hasil kolaborasi 3 pemuzik Indonesia, Gangga, Teddy Adhitya dan Basboi.

KONSERT BERONA RIZKY FEBIAN

Lebih 4000 penonton dihiburkan selama hampir 2 jam dengan 18 buah lagu kesemuanya, diantaranya Berona, Luka, Kesempurnaan Cinta, Indah Pada Waktunya, Ego, Seperti Kisah, Selaras Kata, Ragu, Terpesona, Membisu serta lagu-lagu hits Rizky yang terdahulu.

Selaku pengarah muzik bagi konsertnya sendiri, penonton berpeluang merasai sendiri warna nyanyian yang berbeza dan lebih dewasa yang disampaikan Rizky.

KONSERT BERONA RIZKY FEBIAN

Katanya, “Dari segi susunan muzik, saya sendiri yang menentukan ‘warnanya’ sesuai dengan usia saya yang semakin meningkat dengan diiringi barisan pemuzik profesional yang diterbangkan khas dari Indonesia.

“Terima kasih buat semua yang hadir pada malam ini kerana menjadikan konsert Berona Day sebuah momen berharga bagi saya yang akan saya simpan sampai bila-bila, kepada pihak penganjur, Hitman Solutions, terima kasih kerana menjadikan impian saya untuk kembali ke Malaysia menjadi realiti.

KONSERT BERONA RIZKY FEBIAN

En. Rohit Rampal, selaku Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Solutions berkata, “Konsert Berona Day ini tidak mungkin berlaku jika bukan permintaan yang tinggi terhadap Rizky yang mempunyai pengaruh media sosial kuat dikalangan penggemar muzik tempatan.

“Kami berharap dapat bekerjasama dengan lebih ramai artis-artis muda yang berkebolehan seperti Rizky, baik artist tempatan mahupun antarabangsa yang dapat mewarnai industri hiburan tanah air kita.”

KONSERT BERONA RIZKY FEBIAN

Merujuk kepada rancangannya yang akan datang, En Rohit berkata, “Hitman Solutions melihat untuk menganjur lebih kurang 21 konsert untuk artis tempatan dan antarabangsa pada tahun 2024. Terdapat banyak permintaan dari peminat-peminat serta keinginan artis antarabangsa untuk menyenaraikan Malaysia dalam senarai konsert jelajah dunia mereka.”

KONSERT BERONA RIZKY FEBIAN

Terima kasih kepada semua yang hadir dan termasuk para penaja – Era FM & Gegar.my (Radio Rasmi), RFAS MUSIC (Rekod Music Rasmi), Sunway Putra Hotel (Hotel Rasmi), Batik Air (Syarikat Penerbangan Rasmi) dan disokong oleh Tourism Malaysia.

KONSERT BERONA RIZKY FEBIAN

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Timah Muncul Dengan Single Terbaharu Bernuansa Muzik K-Pop Berjudul ‘123’ 

Gosip Pasal Pelakon Lelaki Ada Skandal, Isteri Juga Pasang Skandal