in , ,

Timah Muncul Dengan Single Terbaharu Bernuansa Muzik K-Pop Berjudul ‘123’ 

Penyanyi Remaja Mahir Bahasa Mandarin Kemelayuan Terbitan Rocketfuel Entertainment Muncul Dengan Single Terbaharu!

Penyanyi serta pelakon remaja berbakat besar yang mahir berbahasa Mandarin dan bintangnya dicungkil melalui rancangan realiti pertandingan kanak- kanak Ceria Megastar Ministar, Fatimah Noryyah Mohd. Noor Kosygin atau lebih mesra disapa Timah, 16 tahun, muncul dengan single ketiga berjudul ‘123’ hasil garapan komposer terkenal Iqie Hugh bersama Aniq Iffat, dan diterbitkan oleh label hiburan popular tanah air, Rocketfuel Entertainment

Ditanya mengapa lama pelantun lagu ‘Eleh He Eleh’ ini tidak muncul dengan mana-mana single, “Sebenarnya lagu 123 ini telah pun direkodkan pada awal tahun sejurus selepas Hari Raya, tetapi berdepan dengan beberapa halangan, namun akhirnya lagu ini dapat juga dilancarkan pada bulan Oktober ini. 

Timah Muncul Dengan Single Terbaharu Bernuansa K-Pop Berjudul ‘123’

“Saya teringin untuk menyanyikan sebuah karya seakan-akan K-pop namun masih ada kemelayuannya, dengan melodi yang tidak terlalu berat, lebih santai dan boleh didengar oleh setiap lapisan umur, jadi abang Iqie dan Aniq berjaya merealisasikan impian saya. 

“Lagu ini menceritakan tentang perasaan seorang remaja yang tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan orang yang disukainya, ibarat mengira waktu untuk berjumpa seperti satu, dua, tiga! 

Proses rakaman yang berlangsung di World Peace Studio berlangsung selama dua jam, katanya, “Sangat mudah bekerjasama dengan abang Iqie, dia sungguh profesional dalam pekerjaannya, dan ‘team’ Rocketfuel Entertainment turut membantu menaikkan semangat saya. 

“Rakaman MV (video muzik) turut dilakukan bersama ‘team’ Rocketfuel dan saya seronok melakukannya, ia menceritakan tentang seorang gadis yang sedang menikmati makanan di sebuah restoran, tiba-tiba muncul seorang ‘prince charming’ membawa hidangan beserta sekeping nota, dan kalau hendak tahu apa kesudahannya kena tonton di YouTube nanti. 

Sebagai artis muda, perjalanan seni Timah masih jauh dan banyak yang perlu ditimba, katanya, “Saya selalu percaya diri, jangan takut dan membiarkan kekurangan mengatasi diri, sepanjang berada dalam industri ini, saya memperoleh banyak sokongan dari keluarga serta ‘family’ saya di Rocketfuel, mereka banyak membantu dalam pelbagai perkara. 

Ulas Pn. Syakireen Othman, selaku Ketua Muzik & Kandungan Rocketfuel Entertainment, “Sebagai seorang artis muda yang masih lagi bersekolah, Timah dilihat mampu membahagikan masa di antara pelajaran dan juga kerjaya seninya dengan baik. 

“Selain berbakat, dia juga berkebolehan menyanyi dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik, serta mahir bertutur dan bernyanyi dalam Bahasa Mandarin yang merupakan satu kelebihan baginya untuk pergi lebih jauh dalam industri hiburan negara. 

“Semoga Timah akan terus berkembang dalam dunia seni dan saya yakin bahawa beliau mempunyai potensi untuk menjadi salah satu artis terkemuka pada masa hadapan. 

Akhiri Timah: “Saya berharap agar lagu ini mendapat sambutan oleh semua yang mendengarnya dan terutamanya di kalangan peminat-peminat muzik K-pop di malaysia. 

Lagu ‘123’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. 

Manakala lirik video single ini boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Rocketfuel Network

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penulis Skrip Drama Surat Dari Tuhan Bersuara Isu Skrip Melampau

Konsert Album Rizky Febian: Berona Day Sukses Hiburkan Peminat di Malaysia