in

Kenangan Manis Tahun Baru Jenaka Geng Lawak di PICC

Seperti yang direncanakan, Budiey telah sambut tahun baru 2014 di luar Kuala Lumpur di mana Budiey.com menjadi Blogger Rasmi untuk Pementasan Geng Lawak di PICC Putrajaya. Budiey juga diberi 50 tiket oleh penganjur untuk dihadiahkan kepada pembaca setia blog ini. Rata-rata pembaca yang menang tiket rasa sangat teruja sebab dapat menonton persembahan lawak dari grup lawak SYJ, Kuah Jenhan, Osama, Jambu dan Sabri Yunus. Ada pembaca yang sanggup datang dari Melaka, semata-mata nak jumpa kumpulan Jambu. Kerlas!

Geng Lawak

[pullquote align=”right”]Budiey dikhabarkan, seramai 1,000 peminat hadir untuk menyaksikan persembahan Geng Lawak yang bakal menjadi signature event untuk PICC Putrajaya. Ini bermakna, Geng Lawak akan diadakan lagi di lokasi yang terletak di tengah kepesatan Putrajaya. [/pullquote]

Kalau dilihat pada jumlah yang hadir, Budiey rasa Geng Lawak untuk kali pertama ini tidaklah gagal seperti yang didakwa. Kalau lihat pada sebab, mungkin kita pun tahu, pada malam tu banyak sekali konsert percuma merata-rata dan sudah tentu menjadi tumpuan orang ramai.

Secara keseluruhannya, persembahan dari Geng Lawak tidaklah mengecewakan sebab ramai yang hadir rasa terhibur. Jenaka yang mantap dan tetap mencuit hati.

Untuk menghangatkan suasana, kumpulan muzik KL Street Drummers ditampilkan sebagai pembuka pentas persembahan pada jam 9 malam. Disusuli dengan kemunculan Sabri yang mengambil tempat sebagai pengacara.

Budiey juga rasa terhibur, sebab biasa kita tengok persembahan mereka ni dalam masa yang singkat tapi apabila diberi masa yang lebih, mereka pukul habis! Kalau kita tengok pelawak yang bertaraf otai seperti Osama sangat bijak berkomunikasi  dengan penonton dan berjaya membuatkan kami ketawa sakan. Lawak mereka juga bukannya lawak yang kosong, malah ada mesej yang ingin disampaikan.

Seperti contoh, lawak dari kumpulan Jambu memberi mesej supaya kita semua memanfaatkan masa dan umur yang diberikan supaya menggunakannya dengan cara yang betul.

Sabri Yunus sebagai pengacara berfungsi menjadi tukang cerita selain berlawak dengan menyentuh asal usul lawal bermula. Giliran SYJ yang dianggotai Shuk, Yassin dan Jihan Musa pula menjadi pembuka Geng Lawak pada tu dengan tema yang mudah iaitu berkaitan dengan warga Indonesia yang menetap di Malaysia.

Sebelum persembahan, Budiey sempat bertemu dengan Kuah Jenhan, satu nama yang agak asing dengan peminat komedi Melayu. Tapi beliau nampak begitu yakin dengan gaya lawak stand up komedi.

Osama yang dianggotai Os dan Isma Alif ternyata masih berbisa. Tema lawak mereka mudah namun tetap berjaya menggeletek hati peminat. Masa selama 30 minit yang diberikan untuk persembahan dimanfaatkan Osama sebaiknya dengan memberikan komedi yang mantap. Seperti sebelum ini, Isma Aliff juga tak kurang menghiburkan penonton dengan menunjukkan bakatnya menyanyi lagu dalam pelbagai gaya nyanyian dan bahasa.

Persembahan Jambu yang terkenal dengan gaya mereka yang spontan membuat ketawa pada malam itu sangat luar biasa. Ternyata dari segi penyokong pada malam itu, ramai yang datang semata-mata nak tengok persembahan Jambu.

Selepas persembahan, Budiey dan rakan media yang lain bersantai dulu di Viewing Deck sementara menantikan detik jam 12 tengah malam.

Ketua Pegawai Eksekutif PICC, Badlishah Ahmad juga turut mengakui tempoh promosi yang singkat antara punca persembahan Geng Lawak kurang mendapat sambutan. Perancangan dibuat dalam tempoh dua minggu dan ini tak cukup untuk mewar-warkan kepada orang ramai dan beliau akui ia satu risiko. Selain itu, persembahan malam ini juga bertindih dengan persembahan lain yang berlangsung secara percuma. Namun begitu PICC berpuas hati sebab Geng Lawak menjadi branding baru buat PICC yang sebelum ini banyak menganjurkan program  berbentuk menyuarat, seminar dan pameran sahaja.

Terbaru, Budiey dapat info, PICC Putrajaya akan mengadakan konsert mega yang menampilkan dua artis terkenal dan antarabangsa serta konsert yang menggabungkan artis tempatan dan Indonesia.

Geng Lawak

Geng Lawak

Geng Lawak

Geng Lawak

Geng Lawak

Geng Lawak

Geng Lawak

Geng Lawak

Geng Lawak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aiman Hakim Ridza Ada Ciri Lelaki Idaman Nur Fathia

Gambar Siti Nurhaliza di Sidang Media Konsert Live In KLCC