in ,

Gambar Siti Nurhaliza di Sidang Media Konsert Live In KLCC

Penyanyi nombor satu negara akhirnya telah mengumumkan secara rasmi tentang konsert amal Dato Siti Nurhaliza Live in KLCC – Where The Heart Is di satu majlis sidang media yang berlangsung pada jam 3 petang tadi di pejabat Simply Siti yang terletak di Tingkat 5, Menara Atlan, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Konsert Dato Siti Nurhaliza Live in KLCC Where The Heart Is

Seperti mana yang diwar-warkan, Konsert Dato Siti Nurhaliza Live in KLCC – Where The Heart Is yang akan diadakan pada 7 dan 8 Februari 2014 di Planery Hall, Kuala Lumpur Convention Centre jam 8 malam. Yayasan Nurjiwa merupakan penganjur utama konsert ini dengan kolaborasi padu bersama Siti Nurhaliza Production dan juga Simply Siti Sdn Bhd.

[pullquote align=”right”]Konsert ini adalah sebuah konsert amal yang sangat ekslusif sebagai pembuka tirai tahun 2014.[/pullquote]

Konsert Where The Heart is yang akan berlangsung selama 2 jam akan menampilkan Dato Siti Nurhaliza menghiburkan peminat peminat dengan lagu lagu popular beliau, secara solo yang pertama bagi tahun 2014 untuk sebuah konsert amal ekslusif dengan semua hasil jualan tiket konsert yang bakal disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa bagi tujuan kebajikan.

Dato Siti Nurhaliza memberi peluang terbuka dan bersedia menjawab apa saja soalan daripada peminatnya ketika di konsert ini. Selain penonton akan didendangkan dengan lebih 14 buah lagu hitsnya, persembahan beliau akan diselang seli dengan sesi berinteraksi bersama para peminat dengan lebih dekat.

konsert siti

Kepada peminat bintang terkenal ini, jangan lupa untuk mendapatkan tiket-tiket untuk konsert ini kerana apa yang Budiey tahu, tiket adalah terhad dan boleh didapati pada harga RM800, RM 518, RM388, RM238, RM118, RM88 dan boleh didapati secara online melalui www.redtix.airasia.com bermula 13 Januari 2014.

Untuk pembelian secara koporat, anda boleh hubungi Cinta Shafiyana dari SimplySiti di talian 03-21638383.

Selain itu, ada tawaran istimewa di mana 100 pembeli yang pertama yang membeli barangan SimplySiti berjumlah RM150 keatas di www.Simplysiti.com.my sebelum 1 Febuari 2014, akan mendapat tiket percuma untuk ke Dato Siti Nurhaliza Live in KLCC – Where The Heart Is.

Gambar Siti Nurhaliza di Sidang Media Konsert Siti Nurhaliza Live In KLCC

Konsert Dato Siti Nurhaliza Live in KLCC Where The Heart Is-03

Konsert Dato Siti Nurhaliza Live in KLCC Where The Heart Is-02

Konsert Dato Siti Nurhaliza Live in KLCC Where The Heart Is-01

Konsert Dato Siti Nurhaliza Live in KLCC Where The Heart Is-05

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kenangan Manis Tahun Baru Jenaka Geng Lawak di PICC

Konsert Dato Siti Nurhaliza Live in KLCC Where The Heart Is