in , ,

Lawak Jenaka dalam Drama Bersiri TANYA SAMA POKOK Menghiburkan Warganet

Jangan lupa menonton drama bersiri yang unik berunsurkan komedi berjudul TANYA SAMA POKOK sebanyak 14 episod ditayangkan pada setiap hari Isnin jam 9.00 malam di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

Di tengah kita semua melawan penularan Covid-19 yang semakin meningkat, pasti ramai dari kita menghabiskan masa di rumah. Di waktu begini, ramai dari kita yang tertekan dan mencari hiburan ringan yang santai untuk menenangkan sedikit otak yang berkecamuk.

Kepada anda yang mahu menonton drama yang menghiburkan dengan babak lawak santai, apa kata tonton drama bersiri berjudul TANYA SAMA POKOK sebanyak 14 episod ditayangkan pada setiap hari Isnin jam 9.00 malam di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107). Memang tak kering gusi dan sentiasa buat kita geli hati dan ketawa dengan babak-babak serta dialog yang melucukan. Hilang stress. Ikuti kisah selanjutnya di episod 4 yang akan disiarkan nanti.

tanya sama pokok

Antara pelakon yang membintangi drama ini adalah Sabri Yunus, Angeline Tan, Sara Ali, Aloy Paradoks, Mona Allen, Fizz Fairuz dan ramai lagi.

Drama ini diarahkan oleh pengarah merangkap pelakon sendiri iaitu Sabri Yunus dan diterbitkan oleh produksi Arie Zaharie Production Sdn Bhd.  @ariezaharieproduction @knackknackstudios @tsp_petaka @sabriyunus

Ramai warganet suka menonton drama ini sebab menurut mereka, lakonan cukup bersahaja dan sangat spontan. Budiey setuju dengan pendapat ini sebab memang kita dapat lihat lakonan mereka yang natural dan bukannya dibuat-buat. Kalau kita dapat perhatikan, kesemua 12 pelakon utama yang menjadi pilihan Astro bukanlah terletak kepada populariti tetapi sebab bakat dan karektor mereka yang tersendiri ditambah lagi dengan pengarah Sabri Yunus yang sangat berpengalaman dalam bidang lakonan dan sitkom lawak yang menghiburkan serta sarat dengan mesej berguna untuk masyarakat. 

Drama bersiri ini mengupas tentang persoalan yang sering berlaku dalam masyarakat kini terutamanya mengenai politik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

COVID-19: Kedai di Mid Valley & The Gardens Ditutup Selepas Staf Didapati Positif

Gambar Hiasan

Angkara Pemandu Myvi Positif Dadah, Anggota TLDM Maut Tinggalkan 3 Anak Kecil