in , ,

Jom Ikuti Pertandingan COBRA 10S Ke-50 2023 Pada 11 & 12 November Ini

COBRA, yang merupakan pusat kepada ragbi 10s telah diasaskan dan diperkenalkan pada tahun 1967.

Para pengasas Kelab tersebut, yang merupakan diantaranya pemain-pemain ragbi terkemuka, merasakan perlunya satu formasi, di mana formasi tersebut dapat membuka lebih banyak ruang buat pemain untuk bergerak, terutamanya bagi pemain Malaysia yang bersaiz lebih kecil dan sering dirempuh berbanding dengan pemain dari Pasukan Komanwel yang bertapak di dalam negara ketika itu.

Jom Sertai Pertandingan COBRA 10S Ke-50 2023 Pada 11 & 12 November Ini

Mereka juga merasakan bahawa format 7s tidak mempamerkan permainan ragbi yang sebenar.

Pada tahun-tahun sebelum ini, kelab dan pasukan tempatan dari Pasukan Komanwel, yang berasas di Malaysia dan Singapura turut serta mengambil bahagian. Pasukan Rejimen Infantri New Zealand yang beraksi telah mendominasi perlawan selama bertahun-tahun.

Pada tahun 1992, COBRA 10s telah dinaikkan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Selama bertahun-tahun, format 10s yang unik ini telah mendapat perhatian dan menjadi popular di kalangan ragbi tempatan serta antarabangsa.

Banyak pasukan luar negara yang terkemuka telah meletakkan COBRA 10s sebagai acara kekal di dalam kalendar mereka.

Jom Sertai Pertandingan COBRA 10S Ke-50 2023 Pada 11 & 12 November Ini

Ramai pemain Piala Dunia serta pemain ujian telah turut mengambil bahagian.

COBRA juga telah memperkenalkan dan menganjurkan kejohanan sampingan 10a antarabangsa untuk peringkat sekolah sejak 2003 dan untuk bahagian Wanita sejak 2017.

Objektif penganjuran COBRA 10s adalah:-

  • Mempromosikan sukan ragbi di kalangan badan-badan sukan di Malaysia dan negara ASEAN
  • Memaparkan ragbi bertaraf dunia kepada peminat tempatan dengan lebih mudah
  • Meningkatkan kualiti ragbi di Malaysia dengan mengambil bahagian seiring dengan pasukan antarabangsa
  • Membangunkan ragbi dari peringkat muda
  • Menggalakkan persefahaman dan penghargaan antarabangsa
  • Mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan sukan

Sepanjang enam dekad yang lalu, lebih daripada 40 negara telah menyertai kejohanan ini.

Kami menjangkakan COBRA 10s ke-50 ini akan menjadi satu lagi paparan menarik bagi ragbi peringkat teratas.

Jom Sertai Pertandingan COBRA 10S Ke-50 2023 Pada 11 & 12 November Ini

PENYERTAAN

COBRA 10s ke-50, yang akan dihoskan pada 11 dan 12 November 2023, akan juga turut merangkumi pertandingan untuk wanita.

Sembilan pasukan dari enam negara akan mengambil bahagian bagi kejohanan Lelaki. Negara yang diwakili ialah:

a. Australia

b. Fiji

c. New Zealand

d. Papua New Guinea

e. Afrika Selatan

f. Malaysia

Lima pasukan termasuk dua dari Singapura pula akan menyertai kejohanan Wanita.

Kejohanan tersebut akan diadakan di Padang Astaka Petaling Jaya, gelanggang yang tidak asing lagi buat COBRA.

Jom Sertai Pertandingan COBRA 10S Ke-50 2023 Pada 11 & 12 November Ini

SEKATAN DAN SOKONGAN KERAJAAN

Pada tahun ini, kelab tersebut amat bertuah kerana telah mendapat sokongan serta geran dari Kementerian Belia dan Sukan. Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh juga akan turut hadir untuk merasmikan majlis penyampaian hadiah bagi kejohanan tersebut. Justeru itu, ianya dapat meningkatkan lagi kedudukan kejohanan ke taraf yang lebih berprestij.

“Kementerian Belia dan Sukan berbesar hati untuk turut bersama COBRA kerana kejohanan ini bukan sahaja akan meningkatkan taraf dan kualiti ragbi di Malaysia tetapi juga dapat meningkatkan profil ragbi Malaysia di peringkat global.” – YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, Malaysia.

Sehubungan itu, kejohanan ini juga telah mendapat sokongan tetap dari Majlis Olimpik Malaysia, Kesatuan Ragbi Malaysia dan Kesatuan Ragbi Selangor.

Kami juga berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, RELA dan agensi-agensi lain atas sokongan mereka.

SOKONGAN DARIPADA SEKTOR SWASTA

COBRA juga amat bertuah serta berbesar hati dengan sokongan yang diberikan oleh beberapa entiti swasta selama ini.

IJM Corporation Berhad telah menjadi penaja utama sejak kejohanan antarabangsa pertama pada tahun 1992. Selain itu, Newfields dan Lebuhraya Pantai Barat juga telah menjadi sebagai penaja tetap kami. 

Malaysia Airlines, yang juga turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan kejohanan ke peringkat antarabangsa sejak tahun sembilan puluhan, sekali lagi menawarkan tambang istimewa yang menarik untuk kami.

Tahun ini, kami dengan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan Sideline dan Peri Formworks dalam COBRA.

Kelab tersebut juga berterima kasih kepada Crystal Crown Hotel di atas tawaran harga diskaun untuk bilik mereka. Ini membuatkan ramai penyokong dari luar negara dapat bersama untuk turut hadir menyaksikan perlawanan.

“Dengan penuh rendah diri, kami amat terharu kerana dapat meneruskan legasi COBRA kebanggaan kami dengan menjadi tuan rumah kepada 10s serta sebahagian daripada kejohanan edisi ke-50 keemasan ini. Kami mengalu-alukan rakan antarabangsa kami ke perlawanan ragbi yang hebat pada hujung minggu ini dan kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja kami dan Kementerian Belia dan Sukan atas sokongan mereka terhadap kami ” – Darryll Sinnappa, Presiden Kelab Ragbi COBRA.

KEJOHANAN

Kejohanan ini akan dimainkan secara format pusingan robin (round-robin) pada hari pertama diikuti dengan pusingan kalah mati pada perlawanan berikutnya.

Kumpulan dan jadual kejohanan adalah seperti yang dilampirkan. Sila layari www.cobrarugby.com.my untuk maklumat lanjut.

AKTIVITI SOKONGAN

Selaras dengan objektif untuk mempromosikan ragbi, Kelab tersebut akan menawarkan klinik kejurulatihan kepada sekolah-sekolah pada minggu sebelum kejohanan berlangsung.

Satu bengkel juga akan diadakan buat pegawai rasmi dan pengadil perlawanan mengikut jadual yang ditetapkan oleh Kelab tersebut. Bengkel ini yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan serta pendedahan buat pegawai rasmi perlawanan tempatan akan dikendalikan oleh pegawai rasmi yang telah mendapat pencapaian sijil ragbi dunia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pesanan Terakhir Arwah Bad Indigo Sebelum Menghembus Nafas

ALVIN CHONG

Mahu Dikenali Sebagai ALVN, Bakat Alvin Chong Diiktiraf Jadi Ikon Fesyen