in , ,

Haqiem Rusli Tunggu Masa Ke Pejabat Agama, Siapa Bakal Isteri Masih Dirahsiakan

Penyanyi popular, Haqiem Rusli seakan-akan memberi bayangan dan hint yang mana dia bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Tapi dengan siapa masih biarlah rahsia.

Persiapan untuk mendirikan rumahtangga khabarnya sedang dibuat dan berjalan dengan lancar. Anda masih ingat, penyanyi dan pencipta lagu, Haqiem Rusli mengumumkan sesuatu pada bulan Mei lalu? Ya, Haqiem mengumumkan bakal bernikah pada tahun ini. Makluman yang dibuat di Instagram Live jam dua pagi itu ternyata telah mengejutkan ramai peminat. Jadi, apa perkembangan ekoran dari situ? Bilakan Haqiem Rusli akan umum siapakah bakal isteri beliau?

`Persiapan Sebelum Nikah

Terbaru, Haqiem berkata segala persiapan untuk majlis pernikahan sudah pun siap. Dia dikhabarkan bakal bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya dalam tempoh terdekat.

Haqiem Rusli Tunggu Masa Ke Pejabat Agama, Siapa Bakal Isteri Masih Dirahsiakan

“Ya saya sudah pun menjalani kursus perkahwinan, sudah menjalani ujian HIV dan melengkapkan segala borang yang diperlukan. Hanya tunggu masa hendak ke pejabat agama saja,”

– Haqiem Rusli

Siapa Bakal Isteri Haqiem Rusli?

Haqiem walau bagaimanapun tidak mendedahkan siapakah gerangan wanita tersebut. Haqiem menegaskan dia hanya akan memperkenalkan pemilik hatinya menjelang hari nikah nanti.

Menurut penyanyi ini lagi, dia memang merancang untuk mengadakan majlis secara kecil-kecilan jika keadaan mengizinkan. Namun dia tidak dapat memastikan sama ada mendapat kebenaran atau pun tidak.

Cipta Lagu Buat Bakal Isteri

Penyanyi berbakat besar ini turut berkongsi telah mencipta sebuah lagu khas buat bakal isterinya nanti. Secara metaforanya, lagu berjudul ‘Hitam Saksi Putih’ itu ditulis mengenai dirinya yang banyak melakukan kesalahan dan sudah diputihkan oleh bakal isteri.

“Saya ada menggubah sebuah lagu baharu untuk bakal isteri berjudul Hitam Saksi Putih.

“Secara metaforanya, lagu ini ditulis mengenai diri saya sendiri yang melakukan banyak kesalahan (hitam) dan telah ‘diputihkan’ oleh bakal isteri,”

– Haqiem Rusli

Mesti tak sabar nak tunggu hari pernikahan Haqiem nanti kan? Apa-apa pun didoakan semoga majlis berjalan dengan lancar dan ikatan yang dibina kekal selamanya.

Sama-sama kita doakan semoga majlis nikah Haqiem Rusli itu nanti berlangsung dengan lancar dan sempurna. Amin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sajat 2020 | 22

‘Wan Besi’ Nafi Bantu Sajat Lari Ke Thailand, Rupanya Ini Pekerjaan Sebenar

Ebit Lew | 23

Polis Siasat Video & Mesej Lucah di Telegram Grup Firdaus Wong Yang Membabitkan Ebit Lew