in , ,

Peminat Dah Restu, Baru Umum Nak Kahwin, Ramai Pula Yang Mahu Taja Haqiem Rusli

Komposer dan penyanyi popular, Haqiem Rusli, 23, telah mendedahkan dia kini sudah mempunyai ‘calon isteri’ dan sedia berkahwin tidak lama lagi. Wah tiba-tiba je kan? Siapakah gerangan gadis yang bertuah itu?

Baru-baru ini penyanyi Haqiem Rusli mengejutkan ramai pihak serta peminat apabila mengumumkan mahu berkahwin menerusi IG Live pada pukul 2 pagi semalam.

Menurut Haqiem, dia seperti tidak percaya bahawa akhirnya mendapat kekuatan untuk berkongsi hasrat ingin mendirikan rumah tangga kepada peminatnya di media sosial.

Pada siaran langsung dibuatnya di Instagram sekitar jam 2 pagi ini, penyanyi lagu Tergantung Sepi itu mengakui dia akan mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati, tidak lama lagi.

“Tak ada apa yang saya nak rahsiakan. Perkahwinan adalah perkara yang baik dan saya mengaku sudah sedia untuk ‘mendirikan masjid’ seperti lelaki lain.

“Cuma setakat ini, saya masih belum ada tarikh yang tepat untuk melangsungkan majlis itu. Dan siapakah identiti wanita berkenaan, saya akan umum pada majlis nikah nanti,” katanya lagi.

Difahamkan, Haqiem dan ‘calon isteri’ sudah saling berkenalan dan menjalin hubungan rapat sejak dua tahun lalu. Ujar Haqiem, dia juga sudah mengikuti kursus kahwin pada tahun lalu.

Pengakuan mengejut Haqiem bagaimanapun mendapat penerimaan baik daripada peminatnya. Rata-rata bersetuju dengan keputusan dibuat Bintang Paling Popular Berita di Anugerah Bintang Popular BH Ke-33 (ABPBH 33) itu.

Mengulas juga populariti dirinya, Haqiem berkata dia percaya dan yakin keputusan nak berkahwin yang dibuat adalah tepat. Katanya, tiada apa yang akan berubah dalam kerjaya seninya termasuk populariti.

“Saya dah berfikir sebaik-baiknya dan segala rezeki datangnya daripada Allah. Saya reda dengan apa saja kemungkinan yang akan dilalui selepas berkahwin nanti.

“Apapun, alhamdulillah saya gembira peminat sudah tahu yang saya nak kahwin tidak lama lagi. Mereka (peminat) pun bersikap terbuka dan merestui keputusan besar saya ini,” katanya.

Setakat ini, Haqiem sangat berhati-hati berbicara soal peribadinya. Malah, dia lebih selesa berkongsi mengenai perkembangan karier berbanding percintaan.

Bagaimanapun, dengan pengakuan berani dan ikhlas dibuat, ternyata Haqiem cukup serius dengan keputusan diambil. Apapun, kebanyakan peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga segala urusan perkahwinan dirancang itu berjalan lancar.

Menurut pengurus Haqiem iaitu Fatulrahim Salleh, dia juga terkejut dengan pengumuman itu namun dia melihat penyanyi itu sudah lama memberi tanda isyarat mahu menamatkan zaman bujangnya.

“Dia pernah beri isyarat nak kahwin, tapi tidak sangka pula pengumuman itu dibuat pada pukul 2 pagi semalam. Dia memang jenis susah tidur di waktu malam dan hanya akan tidur selepas solat subuh.

“Maka disebabkan itu kami di pihak pengurusan juga terkejut, kenapa nak buat waktu sebegitu? Jika dia beritahu perancangan untuk berkahwin itu dengan pengurusan, kami boleh susun baik-baik, misalnya buat sidang media dan sebagainya memandangkan ramai bertanya,” katanya.

Dalam pada itu, katanya lagi pihak pengurusan tidak mempunyai sebarang masalah jika mana-mana artis mahu berkahwin. Ujarnya lagi, selepas mengumumkan tersebut ramai yang menghubunginya untuk menaja majlis perkahwinan Haqiem.

“Setahu saya, Haqiem belum ada sebarang persiapan setakat ini. Tempoh enam bulan itu masih panjang tetapi sejak dia umumkan berita itu, tak dinafikan ramai yang menghubungi saya dan nak taja majlis perkahwinan Haqiem,” katanya.

Terdahulu, Haqiem mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnnya pada hujung tahun ini namun belum mendedahkan identiti bakal isterinya kepada umum.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gadgetmodel Hiasan | 15

Gadis Didakwa Kutuk & Menghina Orang Negeri Johor Tampil Mohon Maaf

Sajat 2020 | 16

Setelah Lama Jadi Detektif, Netizen Ini Dedah Sudah Temui Lokasi Sebenar Sajat Sembunyi