in , ,

Polis Siasat Video & Mesej Lucah di Telegram Grup Firdaus Wong Yang Membabitkan Ebit Lew

Pihak polis mengesahkan bahawa satu kertas siasatan telah dibuka berhubung isu video serta mesej lucah tular di laman Telegram yang mendakwa melibatkan seorang pendakwah terkenal.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, siasatan mengenai kes tersebut dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamaman. 

Kes juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).

– Datuk Seri Abd Jalil Hassan

Dalam pada itu, Abd Jalil memaklumkan jika orang ramai mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan diminta untuk menyalurkan informasi tersebut ke Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Superintendan Junainah M Kasbolah atau Pegawai Penyiasat, Mohd Khabir Afandi. 

Walau bagaimanapun, pihak polis menasihatkan orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan tidak salah menggunakan platform berkenaan sehingga boleh mendatangkan kegusaran awam serta menjejaskan siasatan pihak polis. 

Sumber : Sinar Harian 

PU Syed Dihentam Desak Ebit Lew Buka Mulut

“Kena kecam doh ambe (saya). Tokleh (tak boleh) usik langsung. Kuat ‘back up’. Cuma ambe nak kena kabo satu benda, tentang ambe, kot terlupa, #AdeAmbeTakut (ada saya takut). 

“Kecamlah selagi boleh. Sebab masing-masing ada jari-jemari untuk menaip. Kelak di akhirat hanya kita dan Allah sahaja berhadapan untuk dihitung dan dihisab,” itulah tulis PU Syed berkata dia tidak takut dengan kecaman dilemparkan terhadap dirinya kerana setiap manusia boleh menulis apa sahaja namun percaya di akhirat kelak hanya Allah yang berkuasa.

PU Syed baru-baru ini telah menerima kecaman dek kerana mengeluarkan kenyataan mendesak pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew membuka mulut bagi menafikan segala dakwaan panas terpalit dirinya ketika ini.

Memuat naik status di Facebook miliknya, PU Syed bagaimanapun berkata, dia tidak takut dengan kecaman dilemparkan terhadap dirinya kerana setiap manusia boleh menulis apa sahaja namun percaya di akhirat kelak hanya Allah yang berkuasa. 

Semalam, PU Syed memuat naik status meminta Ebit Lew berhenti mendiamkan diri dan melakukan sesuatu mengenai segala dakwaan yang hangat diperkatakan di media sosial.

“Pendedahan demi pendedahan yang berani telah dibuat terhadap UEL (Ustaz Ebit Lew). Maka, saya minta UEL agar tampil ke hadapan dengan menafikan atau menyaman mereka yang anda anggap sebagai fitnah.

“Walaupun kes ini masih dalam siasatan polis, masyarakat khasnya followers (pengikut) anda perlu diberi pencerahan setuntasnya (tentang isu ‘panas’ yang sedang terpalit ini),” katanya.

Menerusi entri itu, PU Syed berkata dia sebolehnya enggan percaya dengan segala fitnah berkenaan namun melihatkan ramai mangsa tampil membuat laporan polis, kepercayaannya semakin mengendur.

Sumber: Malaysia Gazette

“Kita Tak Hidup Nak Sukakan Orang” – Ebit Lew Tenang Bercuti Dengan Keluarga

Pelbagai kenyataan dan pendedahan yang keluar daripada beberapa pihak, namun pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dilihat masih memilih untuk berdiam diri dan dilihat tenang bercuti bersama keluarga. 

Menerusi Facebook, Ebit sempat berkongsikan sekeping fotonya bersama isterinya bercuti di Langkawi. Ebit berkata akhirnya dapat bercuti bersama keluarga sebelum meneruskan misi bantuan.

&Quot;Kita Tak Hidup Nak Sukakan Orang&Quot; - Ebit Lew Tenang Bercuti Dengan Keluarga

Sementara itu di laman Instagram, Ebit ada memuat naik video memaparkan dirinya bersama bidadarinya melakukan aktiviti menaiki jet ski di pulau peranginan di sana.

Dalam entri tersebut, Ebit meluahkan rasa syukur dipertemukan pasangan baik dalam hidupnya serta menitipkan nasihat supaya menghargai orang yang kita cintai kerana Allah. 

&Quot;Kita Tak Hidup Nak Sukakan Orang&Quot; - Ebit Lew Tenang Bercuti Dengan Keluarga

“Bidadariku, baikkan Allah temukan kita. Dialah Allah yang temukan kita. Terima kasih Allah yang tak berhenti beri nikmat dalam hidup kita. Syukur pada Allah. Tak tahu nak ucap bagaimana. Hargailah orang kita cintai kerana Allah. Hargai keluarga.

“Bidadariku, abang akan terus memegang tanganmu sehingga mendapat Redha Allah. Hidup hanya untuk Allah sayang. Redha Allah. Kita tak hidup nak sukakan orang. Hanya untuk sukakan Allah. Maafkan semua orang. Doa keampunan.

“Doa hidayah dan kebaikan rahmat buat 8 bilion manusia seluruh Alam. Kita tak datang dalam dunia. Kita dihantar oleh Allah sebagai sebaik-baik umat. Sambung kerja Nabi saw. Bawa Islam dan kasih sayang,” tulisnya. 


Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Haqiem Rusli | 23

Haqiem Rusli Tunggu Masa Ke Pejabat Agama, Siapa Bakal Isteri Masih Dirahsiakan

Trending Viral Hiasan | 24

Firdaus Wong Kongsi Video Sumpah Laknat Abang Mangsa Pendakwah Terkenal