in , ,

‘Wan Besi’ Nafi Bantu Sajat Lari Ke Thailand, Rupanya Ini Pekerjaan Sebenar

Seorang individu yang dikenali sebagai ‘Wan Besi’ menafikan bahawa beliau terlibat membantu usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat lolos ke negara jiran menerusi Padang Besar.

Peguam Zuhair Ahmad Zakuan yang mewakili lelaki berusia 51 tahun itu mendakwa bahawa anak guamnya hanya seorang penternak lembu dan sama sekali tidak terbabit dengan aktiviti yang meny4lahi undang-undang negara itu.

“Anak guam saya baru sahaja selesai menjalani pembed4han j4ntung dan beliau kini mengusahakan ternakan lembu. Penduduk setempat mengenali beliau sebagai Wan Besi,” katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis (IPD) Kangar pada Rabu.

Sebuah akhbar tempatan berbahasa Melayu mendakwa bahawa Wan Besi sebagai pengkhianat negara kerana membantu usahawan kosmetik itu melarikan diri ke Thailand.

'Wan Besi' Nafi Bantu Sajat Lari Ke Thailand, Rupanya Ini Pekerjaan Sebenar

Zuhair menyifatkan bahawa tuduhan itu adalah berat dan tidak berasas sama sekali dan anak guamnya tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Tujuan anak guam saya datang ke sini (IPD Kangar) untuk membuat penjelasan serta membersihkan namanya dan saya akan berbincang dengan Wan Besi sama ada ingin membuat laporan polis selepas ini,” katanya.

sajat wan besi

Jangan Buat Spekulasi Ganggu Siasatan Kes Nur Sajat – Polis

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang ramai tidak membuat spekulasi dan provokasi yang boleh menganggu siasatan melibatkan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, orang ramai juga diminta tidak berkongsi maklumat salah berkaitan dengannya yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni.

PDRM, katanya, dalam proses permohonan membawa balik Muhammad Sjjad atau dikenali Nur Sajat yang ditahan di Thailand pada 8 September lalu.

“Malaysia dan Thailand terikat dengan triti yang membolehkan proses untuk membawa pulang orang dikehendaki atau penjenayah buruan dilaksanakan.

“Permohonan ini akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan malam ini

Wan Besi Nafi Terlibat Seludup Sajat

Zuhair menyifatkan tuduhan terhadap anak guamnya yang didakwa terlibat membantu Sajat lolos ke negara jiran adalah tidak berasas sama sekali.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Mohd Anuar Junoh ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak mengeluarkan sebarang waran tangkap kepada individu tersebut kerana kes Muhammad Sajjad dikendalikan oleh Bukit Aman.

Sebelum ini media, melaporkan polis dalam proses memohon untuk mengekstradisi Muhammad Sajjad daripada pihak berkuasa Thailand.

Dipercayai Terima RM20k, Wan Besi Didakwa ‘Dalang’ Utama Pembolosan Sajat Ke Bangkok

Usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat dilaporkan telah ditahan oleh pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu bersama seorang lelaki yang berperwatakan seperti wanita warga Thailand di sebuah kondominium mewah di Bangkok.

Susulan daripada penahanan Sajat, pihak berkuasa di Malaysia sedang melakukan siasatan terhadap seorang lelaki yang dikenali sebagai Wan Besi. Lelaki tersebut didakwa sebagai pengkhianat negara kerana bertanggungjawab menyusun penyeludupan keluar Sajat dari Padang Besar, Perlis hingga ke Bangkok, Thailand.

Menerusi laporan Harian Metro, pihak berkuasa mendapati Wan Besi adalah dalang atau watak utama pembolosan Nur Sajat dari Malaysia ke Thailand. Memperincikan maklumat terkini hasil daripada siasatan tersebut, Wan Besi dipercayai membawa Nur Sajat menaiki sebuah kenderaan dan memulakan perjalanan mereka dari banglo usahawan tersebut di Petaling Jaya pada awal bulan Mac yang lalu.

Sebaik tiba di Padang Besar, Wan Besi dengan bantuan konconya menyeludup Nur Sajat ke dalam gerabak kereta api sebelum melepasi sempadan negara. Wan Besi ini kita percaya mempunyai dua kerakyatan dan dialah yang membawa Nur Sajat ke kondominium mewah di Bangkok.

Disoal mengenai kos perbelanjaan sebenar untuk membawa Nur Sajat keluar dari Malaysia, sumber tersebut memaklumkan RM20,000 dikenakan oleh Wan Besi terhadap usahawan kosmetik itu untuk membawanya keluar dari Padang Besar, Perlis hinggalah ke Bangkok. Di samping itu, kumpulan yang membawa Sajat dipercayai mengenakan bayaran tambahan yang lain semasa kegiatan tersebut dilakukan.

Wang ini dibahagikan Wan Besi dengan pihak tertentu di kawasan Padang Besar yang bersubahat dengannya.

Aktif Dalam Kegiatan Penyeludupan

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Harian Metro juga, Wan Besi sememangnya aktif dalam kegiatan penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand terutama di Padang Besar, Perlis dan menjadikan laluan utama penyeludupan keluarnya adalah di kawasan KTMB.

Laluan pagar KTMB juga sering menjadi laluan utama rakyat Thailand membolosi sempadan negara. Selain itu, kita juga percaya ada aktivis tertentu yang membantu menasihati Nur Sajat untuk memohon kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan berpindah ke Australia. Aktivis ini memberi nasihat berkaitan human right dan prosedur berhijrah ke Australia dengan alasan Nur Sajat menerima banyak ugutan bunuh dan lain-lain ugutan di Malaysia.

Terdahulu, Wan Besi pernah ditahan tiga kali oleh polis membabitkan kes penyeludupan ketum dan terbaharu kes tembakan di sempadan yang menyebabkan kematian anggota Pasukan Gerakan Am.

Sumber: Harian Metro (22 September 2021)

Serah Sajat Kepada Mahkamah Sebaik Dibawa Pulang – Jais

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menyerahkan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat kepada mahkamah sebaik diserahkan oleh polis.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, dengan penahanan itu, usahawan kontroversi berkenaan akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk dibicarakan susulan ia tertangguh selepas Nur Sajat melarikan diri.

Katanya, pihaknya menunggu untuk menyerahkan Nur Sajat kepada mahkamah dan hakim akan menetapkan tarikh perbicaraan yang baharu.

“Jais menunggu untuk menyerahkan Nur Sajat kepada mahkamah dan selepas itu terserah kepada hakim untuk membuat keputusan mengenai kesnya.

“Pihak kita hanya akan dirujuk kerana lebih tahu mengenai prosedur Mahkamah Syariah,” katanya ketika dihubungi.

Pada 23 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Nur Sajat kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab.

Perbicaraan itu membabitkan kes Nur Sajat dituduh berkelakuan dan berpakaian menyerupai wanita pada 2018 di Shah Alam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 10 (a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Harian Metro semalam melaporkan, misteri ‘kehilangan’ usahawan Nur Sajat kini terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.

Untuk rekod, Nur Sajat, ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki juga berperwatakan wanita warga Thailand ketika serbuan pihak imigresen jam 6 petang (waktu Thailand).

Pada 9 September atas kesalahan itu, Nur Sajat didakwa di mahkamah Thailand. Usahawan kosmetik itu bagaimanapun dibebaskan pada 10 September dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

Nur Sajat kini diarahkan melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari dan ketika ditahan, dia yang kini sudah menjadi pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) mendakwa mahu berpindah ke Australia selepas diburu pihak berkuasa Malaysia dan diugut bunuh kerana umum keluar daripada Islam.

Dalam perkembangan sama, Mohd Shahzihan berkata, pihaknya berharap akan terus bekerjasama dengan polis bagi membanteras kegiatan menyalahi peraturan sedia ada.

“Kita harap waran tangkap juga boleh dikeluarkan penguatkuasa agama dan juga Ketua Polis Negara. Sekarang, waran tangkap kita hanya boleh digunakan di Selangor, di luar Selangor tak boleh tangkap.

“Sekarang kita bekerjasama dengan polis dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) untuk melaksanakan waran tangkap selari dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menangani isu-isu seperti ini,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“InsyaAllah Bekalan Alam Kubur Daddy & Mommy,” – Anak Amar Baharin Rajin Ikut Solat

Haqiem Rusli Tunggu Masa Ke Pejabat Agama, Siapa Bakal Isteri Masih Dirahsiakan