in , ,

Yang Menarik Tentang Filem BIKERS KENTAL 2

Setelah lama ditangguhkan, akhirnya filem B 2 lakonan Zizan Razak, Dato Afdin Sauki, Dato Awie dan Amerul Affendi siap untuk ditayangkan di pawagam mulai 14 Mac 2019. Apa yang best dan menariknya tentang filem ini?

Masih ingat lagi dengan filem BIKERS KENTAL? Ya, filem ini pernah ditayangkan pada 2013. Pernah mendapat sambutan yang mengalakkan dari penonton di pawagam. Kesinambungan dari sambutan yang menarik tersebut, filem arahan Helmi Yusof ini dilanjutkan kepada Bikers Kental 2 dengan membariskan wajah-wajah kental seperti Awie dan Zizan Razak. Memang lawak dan boleh gelak ketawa menonton filem ni.

Filem BIKERS KENTAL 2

Menurut pengarah filem Bikers Kental 2, filem ini disambung selepas melihat sambutan hangat yang diberikan oleh penyokong industri filem tempatan.

“Perancangan awalnya, filem Bikers Kental 2 dilakukan sejurus sahaja filem pertama ditayangkan. Namun oleh kerana pada tahun 2014 dan 2015 memperlihatkan industri filem tempatan mendapat kutipan dan sokongan yang kurang memberangsangkan, maka ia dilanjutkan tahun penggambaran. Kami menunggu masa yang sesuai untuk melalui proses penggambaran yang seterusnya,”

– Helmi Yusof

Facebook rasmi filem ini telah menyiarkan beberapa gambar menarik sekitar pengambaran dan juga poster serta movie stills.

Trailer Teaser 30 saat filem BIKERS KENTAL 2

“Pihak produksi dan para pelakon cukup bersemangat untuk meneruskan Bikers Kental 2 kerana melihat kepada permintaan dari peminat motosikal dan peminat dari bikers kental 1 khususnya terhadap kesinambungan filem ini. Malah memang ramai yang bertanya bila filem ini akan disambung semula,”

– Helmi Yusof

Sambungan dari kisah anak muda bernama Bidin Al-Zaifa dari‘Bikers Kental’, beliau kini sudah mempunyai sebuah pernigaan sendiri dalam bidang permotoran, Bidin memulakan perniagaan dalam air brush dan sticker motor secara kecil – kecilan secara sendiri.

Awie

Rentetan kisah cinta Bidin dengan gadis Thailand bernama Cherry Porntit melalui hubungan jarak jauh, kali ini Bidin bertekad untuk memperisterikan Cherry yang masih lagi menetap di Hatyai.

Sebagaimana kali pertama bertemu, Bidin sekali lagi akan ke
Hatyai dengan menunggang motosikal kesayanganya, Aprilla RSV4 untuk bertemu kekasih hatinya dan melamarnya. Kali ini Bidin akan Hatyai demi cintanya terhadap Cherry secara solo.

Bagaimanapun, Bidin kini sudah mempunyai musuh di Thailand, Pornthaliwat Thani yang telah dipenjarakan selepas ditangkap. Dengan ini secara rasminya, Porthaliwat menyimpan dendam terhadap Bidin Al Zaifa.

Adakah Bidin akan melalui pengalaman ngeri kerana dendam demi cintanya terhadap Cherry Porntit? Adakah Bidin berjaya memiliki gadis Thailand ini? Segala insiden dan gelagat akan berlangsung sepanjang perjalanan Bidin Al Zaifa ke Hatyai demi sebuah cinta.

Untuk filem ini, pengarah telah memilih filem Wild Hogs arahan Walt Becker sebagai rujukan.

Menjalani penggambaran di sekitar Danok, Songkla, Hatyai, Trang dan Phuket,  Helmi Yusof yakin bahawa filem ini akan terus mendapat dokongan padu masyarakat tempatan khususnya peminat sukan & hobi permotoran.

Picture1

SINOPSIS FILEM BIKERS KENTAL 2

Dimulakan dengan Pornthaliwat yang baru sahaja dibebaskan dari penjara dan disambut oleh Al Buqerk. Pornthaliwat bertanya mengenai Bidin tetapi sehingga sekarang, Al Buqerk masih tidak berjaya menjejaki Bidin. Mereka diculik oleh Khunna, ketua mereka. 

Afdin Sauki

Khunna meminta wangnya dikembalikan dan menembak mati Pornthaliwat untuk mnegugut Al Buqerk.

Sementara itu di Kuala Lumpur, Bidin masih bekerja di Red Garage yang kini telah diambil alih oleh adik kepada Aidil iaitu Aidid selepas Aidil berhijrah ke Los Angeles untuk mengejar impiannya bertemu dengan Paul Senior. Bidin merancang untuk melawat Cherry dan keluarganya di Hatyai untuk berkenalan dengan lebih dekat sebelum melamar kekasih hatinya itu.

Bidin mengajak Eddie menemaninya tetapi Eddie tidak dapat menyertai Bidin memandangkan terdapat beberapa perkara yang harus diselesaikannya di Kuala Lumpur. Eddie hanya dapat menyertai Bidin beberapa hari kemudian.

Bidin akhirnya bergerak seorang diri ke Hat Yai. Semasa di dalam perjalanan, beliau singgah di Dannok untuk berhenti makan tetapi dikejar Al Buqerk yang ternampaknya. Bidin berjaya melepaskan diri dan menyambung perjalanannya ke Hat Yai.

Segalanya bermula dengan perjalanan semula Bidin di Thailand. Nantikan filem Bikers Kental 2 yang akan ditayangkan di pawagam mulai 14 Mac 2019.

Zizan Razak
49058318_1990746017891139_572822519866720256_n
46440668_1964311623867912_6268464623452684288_n

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

LimaLeTop di hurr.tv Kini Live Bersama Penonton!

Aiman Tino Hadiah Emak, Ayah Restoran Baharu