in , ,

LimaLeTop di hurr.tv Kini Live Bersama Penonton!

Mendekatkan lagi hubungan penonton setia bersama hurr.tv, laman online berkenaan kini memberi peluang untuk mereka hadir dan menyaksikan secara langsung salah satu program hit hurr.tv iaitu LimaLeTop.

Bersiaran pada minggu terakhir setiap bulan, LimaLeTop LIVE dihoskan oleh Ain Edruce bersama tetamu jemputan terdiri daripada Instafamous dan selebriti terkenal Malaysia. Lima kandungan segar serta terkini akan dibincangkan iaitu Muzik LeTop, Topik LeTop, Viral LeTop, Movie LeTop dan Barang LeTop. Kelainan pada sesi live ini adalah hos akan membaca dan menjawab Soalan LeTop daripada penonton di studio dan oleh mereka yang bertanyakan di laman web dan mobile app hurr.tv.

Tetamu Jemputan, Ismail Izzani Dan Hos Limaletop, Ain Edruce (2)

LimaLeTop LIVE telah bersiaran pada 31 Januari 2019 dengan tetamu jemputannya adalah penyanyi terkenal Malaysia, Ismail Izzani. Program turut mendapat sambutan kira-kira 40 peminat terpilih yang hadir pada sesi live berkenaan yang diadakan di MyEG Tower. Selain itu peminat juga berpeluang mendapatkan barangan eksklusif hurr.tv.

“hurr.tv tidak akan berada di tahap ini tanpa sokongan penonton setia kami. Memulakan tahun 2019, kami tampil dengan beberapa idea dalam mendekatkan lagi penonton bersama program yang dihasilkan. Selain itu, nantikan juga beberapa program baharu disusun oleh hurr.tv semestinya memenuhi kehendak penonton yang mahukan kandungan menghiburkan, urban, relevan dan realiti.”

– Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly
Segmen Barang Letop

Untuk rekod, LimaLeTop kini telah bersiaran sebanyak 104 episod web yang boleh ditonton di laman web, YouTube dan mobile app hurr.tv. Jumlah tontonan terkini bagi semua episod web telah melebihi 9 juta dengan beberapa tetamu jemputan telah ditampilkan antaranya Elfira Loy, Sarah Suhairi, Nabila Razali, Naim Daniel, Jaa Suzuran dan Daiyan Trisha.

LimaLeTop LIVE dibawakan oleh jenama penjagaan wajah dan kulit, muca.

Penonton (2)
Ain Edruce Dan Ismail Izzani Bersama Penonton (2)
Ain Edruce Dan Ismail Izzani (6)
Ain Edruce Dan Ismail Izzani (1)

MENGENAI HURR.TV

Inginkan kandungan original yang berunsurkan hiburan, urban, relevan dan realiti? hurr.tv adalah definisi tepat dengan kandungan yang menggambarkan keunikan. hurr.tv adalah laman gaya hidup dan platform strim video liveMalaysia yang membolehkan anda menonton pada mana-mana peranti yang mempunyai internet secara on the go. Kami membawakan anda kandungan dalam talian yang memenuhi selera penonton muda Malaysia. Dengan memaparkan personaliti media sosial dan selebriti, tumpuan kami adalah untuk menyajikan hanya yang terkini dantrending. Kami memastikan segalanya realiti dengan mengutamakan kandungan yang menarik memfokuskan kepada isu trending, muzik, filem, fesyen, kecantikan, kesihatan, gaya hidup dan isu kontemporari dengan gaya yang lebih santai.

Dilancarkan pada 2016, hurr.tv sehingga kini telah mendapat lebih 42 juta tontonan dan hampir 265 ribu pengikut di YouTube. Dengan kandungan program original dan menghiburkan, hurr.tv muncul antara laman hiburan dan gaya hidup utama Malaysia dengan antaranya telah memaparkan personaliti terkenal seperti Ain Edruce, Faizdickie, Zack Merican, Sharifah Rose, Ismail Izzani, Naim Daniel, Tasnim Shah, Cupcake Aisyah dan ramai lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anugerah Oscar 2019 Takkan Ada Pengacara

Yang Menarik Tentang Filem BIKERS KENTAL 2