in

Erra Fazira Keguguran Sebab Urut Kaki

Suami Erra Fazira, Engku Emran telah mengesahkan bahawa Erra Fazira telah hamil tetapi telah keguguran. Mungkin tidak ada rezeki lagi kot. Pada masa keguguran, Erra mengandung dua minggu, bukan tiga bulan sebagaimana yang didakwa di media sebelum ini.

Agak malang sekali kerana keguguran tu berlaku disebabkan Erra Fazira melakukan reflesologi kaki. La, rupanya urut kaki pun boleh menyebabkan keguguran ye? Ye la, kata doktor, mungkin ada terpicit urat yang salah dan tak sepatutnya kot masa urut kaki tu.

Peristiwa sedih ini berlaku dalam bulan Mac lalu. Tahun ini, mereka akan merancang untuk mendapatkan anak lagi.

Apa-apa pun, jangan berputus asalah ya untuk buat anak lagi selepas ini. Ingat, kalau dah hamil tu, jangan pergi urut kaki ya. Bahaya tu!

[tags]refleksology, erra fazira keguguran, isu, engku emran, gambar, Reflexology, urut kaki, bukit bintang[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Sepanjang Bulan Merdeka di TV3

Sekitar ‘Suprise Birthday Party For Deborah Henry’