in , ,

Engku Emran, Nabila & Erra Hadir Di Majlis Sama, Ramai Sayu Lihat Aleesya

Sejak beberapa bulan lalu, rumahtangga yang dibina oleh kakak kepada Neelofa laitu Noor Nabila dan juga suami, Engku Emran sempat menjadi bualan ramal.

Mana taknya, foto-foto pasangan tersebut di media sosial dilihat seperti sudah pun dipadam menjadikan ada yang menyangka berlakunya keretakan dalam perkahwinan.

“Biasalah dalam perkahwinan ada up and down…Tengah geram, tak buat apa archive je,”

Walau bagaimanapun, semua gosip liar tersebut akhirnya ditepis semalam selepas kedua-duanya dilihat sama-sama hadir ke sebuah majlis perkahwinan seorang pakar saham terkemuka. 

Ketika ditemui pihak media, Nabila sempat menjelaskan tindakannya padam gambar sebelum ini adalah kerana sedang merajuk dan geram dengan suaminya.

Di majlis tersebut juga, bekas isteri serta anak kepada Engku Emran Erra Fazira dan juga Engku Aleesya turut ada bersama. 

Namun sebuah rakaman daripada rakan media yang sempat tular di TikTok malah memaparkan satu situasi yang cukup awkward. 

Remaja tersebut yang duduk meja bersama ibunya seakan-akan mempunyai reaksi sedih ketika ayah dan juga tiri berjalanan beriringan belakang.

Nampak disitu Aleesya sedih macam Erra dulu-dulu dalam cerita Sembilu… Ada maksud yang tersirat di situ ya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan Era sendiri apabila terlihat cukup kuat sejak dari dulu lagi. Dalam pada itu, ramal juga berharap Engku Aleesya juga akan menjadi seorang yang tabah seperti ibunya juga.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tony Fernandes Airasia-2020

AirAsia X Kembali Hubungkan Sydney ke Kuala Lumpur & Rantau Asean

Chezkamya

ChezKamya Professional; Perkongsian Pintar Erna & Chez Hamdan