in ,

Drama Tipah Vavavom & Stairway To Heaven

TAYANGAN SIRI DRAMA HEBAT DI 4 SLOT

Dalam kemeriahan menyambut bulan Syawal yang penuh istimewa ini, TV3 tidak ketinggalan untuk terus menyajikan siri drama yang menarik menerusi jenama Inspirasi Wanita seperti Tipah Vavavom di slot Senda Pagi; siri hebat dari Filipina, Stairway To Heaven di slot Telenovela; Siti Kelembai di slot Lagenda serta Chinta di slot Akasia.

4 drama baru yang mengisi slot Senda Pagi, Telenovela, Lagenda dan Akasia ini membariskan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Wan Sharmila dan Kamal Adli dalam Tipah Vavavom, pelakon handalan dari Filipina iaitu Dingdong Dantes dan Rhian Ramos dalam Stairway To Heaven, gandingan Liyana Shamsudin dan Fizo Omar dalam Siti Kelembai serta pelakon Sensasi Fasha Sandha dan Ady Putra dalam Chinta.

Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama, TV3 & TV9, “Menerusi jenama Inspirasi Wanita, TV3 berjaya mengukuhkan peratusan penonton wanita berumur 15 ke atas dan meningkatkan rating stesen dalam susunan program yang strategik dalam slot-slot program yang sedia ada. Kami memberikan kepelbagaian genre drama untuk pilihan para penonton seperti komedi, drama berat yang memain emosi, cerita dongeng dan fantasi juga siri drama hebat di rantau Asia seperti Thailand dan Filipina. Selain elemen hiburan, kami juga menekankan aspek keagamaan dan nilai-nilai murni yang boleh dijadikan pengajaran dan iktibar oleh para penonton.”

Senda Pagi : Tipah Vavavom, mulai 23 September, setiap hari Khamis, jam11.00pagi.
Pelakon: Wan Sharmila, Kamal Adli, Liza Abdullah, Ropie Cecupak, Siti Saleha, Raja Farah, Bob AF.
Drama komedi 13-episod hasil arahan kreatif Along Kamaruddin mengajak para penonton untuk sama-sama mengikuti kerenah dan telatah si gadis yang lurus-bendul, Tipah (Wan Sharmila) yang sering dibuli dan ditertawakan rakan-rakan dan teman sekerja kerana penampilannya yang agak selekeh dan kurang bergaya. Kebetulan, Tipah merupakan salah-seorang pekerja di sebuah resort yang dimiliki oleh usahawan muda yang berjaya, Imran (Kamal Adli), yang turut gemar mengusik Tipah kerana sudah biasa dengan perangainya yang pemalu dan penakut.

Bosan dengan layanan dan persepsi orang di sekeliling, Tipah juga tidak mahu hidup dalam kesepian dan inginkan kehidupan normal seperti gadis-gadis lain. Justeru, Tipah nekad dan mendaftarkan diri untuk mengikuti kursus motivasi seperti yang disarankan oleh Chef Joe (Bob AF), satu-satunya rakan yang memahami dan menghormati dirinya seadanya. Namun, tiada siapa yang menyangka akan perubahan mendadak yang berlaku seterusnya!

Sekembalinya daripada kursus motivasi, si ‘itik hodoh’ yang sering diejek dan dibuli kini telah berubah menjadi seorang ‘ratu’! Tipah umpama gadis baru yang muncul di resort kerana kelihatan lebih menawan dengan penampilan lebih menarik dan gaya yang lebih berani. Jika dahulu, semua rakan lelaki cuba mengelak dan sering mentertawakan Tipah, kini mereka semua berebutkan perhatiannya termasuklah bos Tipah sendiri, Imran, yang mula menaruh hati padanya. Benarkah cinta itu buta dan tidak mengenal erti kecantikan luaran? Antara Imran dan Chef Joe, siapakah agaknya jejaka yang berjaya memenangi hati Tipah Vavavoom?

Tipah Vavavom

Telenovela: Stairway To Heaven, mulai 20 September, Isnin – Khamis, jam 3.00petang
Pelakon: Dingdong Dantes, Rhian Ramos, TJ Trinidad dan Glaiza de Castro.

Siri drama Filipina yang mempunyai 30 episod ini mengisahkan perebutan kasih di kalangan adik beradik tiri, saksikan kegigihan Jodi dalam menempuh segala dugaan dalam hidupnya. Jodi dan Cholo saling menyayangi sejak zaman kanak-kanak. Cholo telah melamar kepada Jodi sebelum dia berangkat ke Amerika Syarikat. Jodi amat teruja dan mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang indah bersama Cholo. Namun, ibu tirinya, Maita dan adik tirinya, Eunice yang dengki terhadapnya telah merancang sesuatu bagi memusnahkan hidupnya. Tristan pula menyimpan perasaan terhadap kakak tirinya, Jodi.

Malangnya Jodi telah hilang ingatan selepas suatu kemalangan yang teruk. Kematian Jodi telah dipalsukan dan Cholo terpaksa menerima hakikat tersebut walaupun perit. Tristan mengambil kesempatan ini untuk memulakan kehidupan baru bersama Jodi yang dikenali sebagai Jenna. Manakala Eunice berusaha memenangi hati Cholo dan akhirnya mereka telah bertunang.

Walaupun begitu, Cholo masih tidak dapat melupakan Jodi kerana cintanya terhadap Jodi begitu mendalam. Takdir telah menemukan semula Cholo dan Jenna. Cholo amat yakin bahawa Jenna ialah Jodi dan dia tidak akan berputus asa untuk membuktikannya. Tiada halangan bagi Cholo untuk membongkar penipuan Maita dan Eunice demi cinta sejatinya. Jangan lepaskan peluang untuk menonton siri drama Filipina yang hebat ini, Stairway To Heaven di slot Telenovela.

Stairway To Heaven

Wan Sharmila in Tipah Vavavom

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

List Data Plan Price iPhone4 Malaysia Maxis

Telemovie Catatan Kelmarin Lakonan Iqram Dinzly