in

Drama PADAMU AKU BERSUJUD Lakonan Shiqin Kamal

“Hanya pelajaran yang dapat mengubah kehidupan kami.” Begitulah pesanan seorang ayah kepada anaknya supaya berjaya dalam pelajaran sebagai jaminan untuk menikmati kehidupan yang senang kelak. Saksikan dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi Amin menerusi drama bersiri terbaharu di slot Azalea, PADAMU AKU BERSUJUD bermula 26 Mei 2015, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 4.00 petang,

Padamu Aku Bersujud (Pix2)

Drama bersiri 24 episod terbitan A – Ten Alliance (M) SDN BHD yang diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin membariskan pelakon-pelakon popular seperti Syazwan Zulkifly (Amin), Leez Rosli (Sakinah), Bil Azali (Khairi), Shenty Feliziana (Rihanna), Shiqin Kamal (Ika), Reza Hasbi (Iqram), Mubarak Majid (Pak Leman), Ku Fridah Ku Shafie (Mak Siah), Zaidi Omar (Datuk Jamil), Aleeza Shahdan (Datin Zulaika), Fikhree Bakar (Taufiq) dan ramai lagi.

Mengisahkan tentang Pak Leman yang meletakkan harapan tinggi di atas anaknya, Amin untuk mengubah nasib keluarga mereka. Selama ini, Pak Leman bekerja keras di bendang yang dipajak kepada abangnya, Datuk Jamil. Bagi Pak Leman, hanya dengan pelajaran saja dapat mengubah kehidupan mereka.

Sayangnya, Amin gagal memperoleh keputusan yang cemerlang di SPM dan juga peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan juga tipis. Pak Leman amat kecewa dengan keputusan SPM Amin yang hanya meraih pangkat dua. Dia mula mengungkit bahawa Amin memang tidak boleh diharap.

Amin meninggalkan kampung untuk mencuba nasib di Kuala Lumpur. Mak Siah memintanya pergi berjumpa dengan Datuk Jamil, adik kepada Pak Leman tetapi Amin ralat dengan permintaan Mak Siah kerana Datin Zulaika memang memandang rendah atas keluarga.

Selama ini, Datin Zulaika tidak suka apabila anaknya, Ika rapat dengan sepupunya, Amin. Tambahan lagi Datin Zulaika masih berdendam dengan Mak Siah. Datin Zulaika menuduh Mak Siah menggunakan khidmat bomoh untuk memisahkan hubungannya dengan Datuk Jamil. Datin Zulaika dan anaknya, Ikram selalu berlagak dan menghina keluarga Amin.

Amin telah meminta tolong secara rahsia daripada Ika. Malangnya, Iqram telah melakukan sabotaj dan Amin tidak dapat menghubungi Ika setelah tiba di Kuala Lumpur. Amin mati akal dan bercadang mahu pulang ke kampung sahaja. Ketika itulah Amin sedar bahawa Pak Leman telah menyelitkan duit dalam beg pakaiannya. Terharu dengan perbuatan bapanya, Amin mula mencari kekuatan untuk menempuh hari-hari baharu di dunia yang sangat asing baginya.

Perkenalannya dengan Taufiq merupakan titik perubahan hidupnya apabila Amin diberikan peluang bekerja di bengkel kereta milik Mr. Ooi. Berjayakah Amin mengecapi kejayaan yang diidaminya? Bagaimanakah Amin berhadapan dengan pelbagai dugaan dan godaan nanti? Ayuh, jangan ketinggalan untuk menonton siri drama terbaharu menerusi slot Azalea bermula 26 Mei 2015, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 4.00 petang di TV3.

Layari laman web www.tv3.com.my serta Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Penonton yang terlepas menyaksikan drama bersiri ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Padamu Aku Bersujud (Pix3)

Padamu Aku Bersujud (Pix4)

Padamu Aku Bersujud (Pix1)

Padamu Aku Bersujud (Pix5)

Padamu Aku Bersujud (Pix6)

Padamu Aku Bersujud (Pix7)

Padamu Aku Bersujud (Pix8)

Padamu Aku Bersujud (Pix9)

Padamu Aku Bersujud (Pix10)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Muzik BAD BLOOD Trending di Youtube Malaysia

Tesco Malaysia Selects NCR Technology to Bring Self-Checkout to the Country