in

Peraduan Menangi Album Terbaru Waheeda – Melodi Ahlan

Hi pembaca Sensasi Selebriti yang dimuliakan,

Ingin memenangi album terbaru Waheeda – Melodi Ahlan? Sertailah peraduan pertama anjuran Sensasi Selebriti ini!

Budiey ingin mencari:
2 orang pemenang yang memenangi album terbaru Waheeda
5 orang pemenang saguhati yang memenangi CD & VCD keluaran Metrowealth.

Terima kasih kepada Metrowealth Sdn Bhd kerana sudi menaja hadiah.

Anda hanya perlu menjawab 2 soalan mudah & mencipta serangkap pantun (4 kerat) dengan kreatif mengenai Waheeda.

Soalan 1:
Siapakah penerbit album terbaru Waheeda – Melodi Ahlan?

Soalan 2:
Namakan pelajar Akademi Fantasia 5 yang pernah menyanyikan lagu Waheeda. Apakah tajuk lagu tersebut?

Cipta Pantun:
Cipta serangkap pantun yang PALING kreatif mengenai Waheeda. Pemenang akan ditentukan berdasarkan kepada pantun PALING KREATIF.

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:
21 Mei 2007

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua nama pemenang akan disiarkan di blog Sensasi Selebriti & diberitahu melalui email.
  3. Hadiah akan dihantar melalui pos.
  4. Keputusan juri adalah muktamad.
  5. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Emilemilda di TV3 Bulan Mei Ini

Sekadar Foto-foto Tribute Pada Yang Tersingkir