in , , , , ,

Tiada Lagi Gedik Dekna Dalam Akademi Fantasia

Keputusan undian sebelum konsert:
Ebi 15%
Dafi 13%
Heliza 11%
Aswad 11%
Shawal 11%
Rizal 9%
Candy 6%
Dekna 6%
Mila 5%

Keputusan undian selepas konsert:
Ebi 16%
Aswad 11%
Shawal 11%
Heliza 10%
Dafi 10%
Mila 10%
Candy 9%
Rizal 8%
Dekna 8%

Baru sahaja nak bertapak, Dekna terpaksa akur dengan penyingkiran. Baru sahaja kemesraan Dekna nak berputik bersama Rizal. Dekna mengusung beg keluar dari Akademi. Baru sahaja suara huskynya mendapat perhatian, Dekna kini keluar sebagai bekas pelajar.

Saya rasa terkilan atas penyingkiran Dekna kerana pada saya Dekna memberikan warna-warni yang meriah dalam Diari AF. Dekna lucu dan kelakar terutamanya masa dia memberi tips-tips & petua-petua bernas untuk nyanyian kawan-kawannya. Dari reaksi wajah Dekna, saya dapat rasa Dekna masih tidak puas belajar dalam Akademi. Masa berpisah dengan budak-budak lain, Dekna sempat lagi dia berseloroh dengan lawak spontannya.

Karakter Dekna yang mulanya dikatakan gedik itu mula diterima oleh penonton. Mula-mula, ramai yang tidak suka dan menyampah dengan Dekna. Lama-kelamaan, penonton dah boleh terima hakikat, itulah kejujuran Dekna. Tidak seperti pelajar yang lain, ada yang ‘fake’ dan malu-malu pada mulanya.

Menambah rasa terkilan apabila kita tidak dapat melihat persembahan Dekna dalam genre-genre lagu yang lain. Dekna belum membawa lagu irama etnik dan retro. Tiada lagi suara-suara husky serak-serak basah Dekna, tiada lagi usik dan gurauan Dekna, tiada lagi karakter ‘ganas’ Dekna yang lain dari yang lain.

Tinggal 3 orang pelajar perempuan dengan 6 orang pelajar lelaki untuk 5 minggu lagi bersiaran. Akademi Fantasia musim ini jelas membuktikan wujudnya satu ‘penganiyaan’ dan ‘diskriminasi’ gender dari sudut pola undian pelajar. Buang seketika isu-isu hangat di mana ada pelajar yang diundi oleh keluarga sendiri, buang seketika faktor fizikal dan rupa jadi keutamaan pengundi… yang saya ingin perlu tekankan, andai minggu hadapan Candy, Heliza dan Mila disingkir secara berturut-turut maka… apa akan jadi dengan konsert akhir nanti? Kesemuanya finalis adalah lelaki?

Akademi Fantasia kali ini tidak berjaya menimbulkan hype apatah lagi fenomena luar biasa seperti fenomena Mawi atau semacam fenomena Sanjaya Malakar dalam American Idol. Bertambah parah lagi dengan prestasi pelajar pada konsert semalam yang sangat-sangat lembap dan suram. Lembap tu mungkin tak letak moisturiser kot. Ntah la, kan.

Setelah perkataan GALI diperkenalkan, kini Ogy Ahmad Daud mula mencari dan menyentuh perihal apakah kreativiti yang mahu ditonjolkan. Hakikatnya, semua pelajar yang melakukan persembahan semalam tidak berjaya melakukan satu kejutan pada penonton. Untuk mencari satu keistimewaan pun susah.

Gaya kebolehan vokal Mila ada peningkatan yang sangat ketara. Jelas, bersih, besar dan sudah ada teknik & identiti tersendiri. Walaupun begitu, Mila masih goyah ketika membawa nada rendah.

Ebi tidak berjaya meningkatkan prestasinya minggu lepas. Candy pun buat biasa-biasa sahaja. Tidak ada daya penarik sangat pun. Heliza masih lagi tidak dapat mengawal suara kerana terlalu fokus pada pergerakan badan dan lakonannya bersama Shawal. Dafi ada kelainan dengan tarian gelek pinggangnya ala-ala retro-seksual. Suara dan vokal Dafi masih sama seperti minggu-minggu lalu. Percubaan yang baik dan ada graf persembahan.

Shawal pula tidak kurang dengan tarian erotik tapi melakukan kesilapan masa rapping. Momentum konsert kali ini agak kurang hebat. Rizal pun saya rasa dengar macam biasa saje. Saya sebenarnya dah bosan dengan lagu-lagu yang genre macam ni dipilih oleh Rizal. Pilih la rentak dan genre lain pulak.

Pelajar harus akur dan faham, mereka sekarang dalam pertandingan nyanyian. Yang diutamakan adalah nyanyian. Bukan lakonan. Jadi, banyak kritikan diterima kerana nyanyian lemah sebab terlalu fokus kepada lakonan dan pergerakan badan.

Pilihan Sensasi Selebriti:

  1. Mila – Puncak Kasih (Ziana Zain)
  2. Shawal – Cinta Tak Karuan (Amigos)
  3. Candy – Berdua Lebih Baik (Acha Septriasa)
  4. Ebi – Layu Sebelum Berkembang (Broery Marantika)
  5. Rizal – Pada Syurga Di Wajah Mu (Nash)
  6. Heliza – Diam-Diam Jatuh Cinta (Ramlah Ram) 
  7. Dekna – Unfaithful (Rihanna)
  8. Dafi – Bibir Mesra Jiwa Parah (Zam Zam)
  9. Lagu Bonus – Aakhein Khuli
  10. Aswad – 60’s TV (OAG)

Tribute to Dekna:

  1. Karakter Dekna mula menonjol dan diperkatakan ketika siaran Tirai AF lagi di mana Dekna menangis menerima kejutan macam ibu hilang anak.
  2. Dekna selalu tampil dengan kain selendang petak-petak macam kain pelikat yang diikatnya di pinggang seperti selendang.
  3. Dekna meminati lagu-lagu dari nyanyian Ella. Lagu Rama-Rama menjadi pilihan utama Dekna.
  4. Dekna pernah mendapat kejutan dalam Diari di mana beliau bertemu Amy Mastura yang berlakon sebagai doktor.
  5. Pelajar yang berasal dari Pulau Pinang ini dikaitkan dengan Noni kerana karakter yang gedik-gedik itu memeriahkan lagi suasana dalam Diari.
  6. Dalam Akademi, Dekna kelihatan rapat dengan Noni dan Candy. Dekna juga merupakan seorang kakak angkat pada Dafi.
  7. Dekna telah meminta lagu Goyang dari Inul Daratista & Dekna menyerahkan lagu dangdut tersebut pada Candy.
  8. Dekna merupakan antara pelajar yang sangat lambat untuk menonjolkan kebolehannya di pentas. Namun, sekiranya dilihat dalam diari, persembahan Dekna di diari lebih elok daripada apa yang Dekna buat di pentas Dewan Sivik. Itu pada pemerhatian saya yang menontonnya diari di TV.
  9. Sebelum guna tagline Mmmm… mengheliiits, Dekna menggunakan tagline….. Cuba teka sendiri sebab dah tak ingat.
  10. Karakter Dekna yang mempunyai rambut yang mengerbang itu pernah disamakan dengan karakter Mas AF2. Suara mereka pun lebih kurang sama kan? Tapi Dekna lebih power sikit dari Mas.
  11. Persembahan terbaik Dekna ialah ketika membawa lagu Salam Untuk Kekasih dari Nadia. Selain mendapat tepukan gemuruh, Dekna dipuji oleh pengkritik.
  12. Di konsert pertama, Dekna membawa lagu Tanpamu dari Farawahida dengan menerima kritikan yang agak pedas juga.
  13. Selain lagu Kembara Di Tanah Gersang dari Al Jawaher di konsert sempena Maulidur Rasul, Dekna membawa lagu Cinta dari Amy Mastura di minggu kedua. Setakat minggu kelima, graf prestasi Dekna hanya meningkat pada minggu ke-4.
  14. Dekna membuat pengakuan yang dia memang menyukai gaya Rizal secara eksklusif di Muzikdiria. Kata Dekna, Rizal seorang yang jujur, baik, rileks, fokus ketika belajar walaupun nampak macam main-main. Dekna sanggup menerima tawaran berlakon sekiranya digandingkan bersama Rizal.
  15. Dekna ada seorang abang yang sebaya umur dengannya kerana lahir pada awal tahun.
  16. Bekerja di kedai cermin mata sebelum menyertai AF5.
  17. Rumah Dekna berhadapan dengan tempat makan yang terkenal di Pulau Pinang iaitu Padang Kota Lama.
  18. Merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Light Street.
  19. Pertama kali menghadiri uji bakat AF dan terus terpilih.
  20. Menyanyi secara sambilan bersama seorang lagi peserta AF5, Mila di sekitar hotel-hotel di Pulau Pinang.
  21. Semasa di akademi, selain Rizal, Dekna juga rapat dengan Dafi.

Semoga Dekna berjaya di dunia luar. Budiey really, really, really miss you, Dekna!

Jom baca ulasan lain yang lebih mengheliiits:

  1. Mr. Manager
  2. Pakcik MMA
  3. Klubbkidd
  4. Sultanmuzaffar
  5. Penglipurlara
  6. Mentally Disturbed
  7. Noumad
  8. Muat turun & download MP3 Konsert AF
  9. Faidhi
  10. Nakaltitude
  11. F41dh1
  12. Leofantasia
  13. Kalau ada sesiapa yang buat ulasan, sila kasi link anda. Terima kasih.

What do you think?

3.8k Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Foto Sekitar Reader’s ToGether Gather Pertama Sensasi Selebriti

Drama Emilemilda di TV3 Bulan Mei Ini