in

Dollhouse di 8TV

DOLLHOUSE
Musim ke-2 kembali di 8TV!!
TARIKH SIARAN: 7 SEPTEMBER 2010
HARI SIARAN: SELASA
WAKTU SIARAN: 10.30 PM
TEMPOH: 1 JAM
EPISOD: 13
BAHASA: INGGERIS

Beliau adalah anak patung, “aktif” dan kini beliau kembali di 8TV! Eliza Dushku kini kembali beraksi sebagai Echo dalam Dollhouse musim ke-2.

Keghairahan 13 episod musim kedua rancangan bersiri fiksyen sains ini diteruskan dengan pengalaman Echo yang penuh cabaran sebagai “anak patung” di syarikat Dollhouse – sebuah organisasi rahsia yang mengambil manusia atau Aktif yang di program semula seperti Echo yang menyerah diri kepada organisasi tersebut selama 5 tahun, semasa personaliti asal mereka disimpan dalam cakera keras – sebagai penukaran untuk wang yang lumayan dan penyelesaian kepada pelbagai masalah yang mereka hadapi.

Dollhouse

Aktif ini diambil bekerja oleh mereka yang kaya dan berpengaruh dan Aktif ini bertukar menjadi sesiapa sahaja yang pelanggan mereka inginkan – samada sebagai kekasih, pembunuh, perunding ataupun rakan. Ini membuatkan tugasan mereka terlibat dengan semua perkara dari peristiwa romantik hinggalah terbabit dengan jenayah.

Sebaik memori asal Aktif ini dihapuskan, mereka akan menjadi buntu dan tidak mengetahui apa-apa sehinggalah memori dan personaliti baru dimasukkan untuk misi seterusnya. Sebaliknya, Echo tidak sama seperti Aktif yang lain.

Apabila Echo tidak aktif untuk bertugas, beliau tidak menjadi buntu tetapi beliau mula mencari identiti sebenarnya. Setelah pelbagai peristiwa pelik berlaku di Dollhouse, Aktif-aktif lain mula menyedari dengan keadaan sekeliling dan mula menjalin hubungan dengan sesama sendiri. Unsur-unsur pengkhianatan mula berlaku…

Dicipta oleh penulis/penerbit Joss Whedon, pengasas rancangan Buffy the Vampire Slayer dan Firefly –Dollhouse musim ke-2 ini pasti akan membuat anda lebih teruja dan tidak sabar-sabar untuk mengikut perjalanan siri yang penuh dengan teka-teki.

“Rancangan ini mesti ditonton! Saya dapati Dollhouse musim kedua akan membuat anda rasa tertanya-tanya, berharap dan juga teruja. Jalan ceritanya sangat bagus – anda boleh padamkan memori dan personaliti sesorang dan boleh membuat mereka menjadi sesiapa yang anda mahu” ulas Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim. Tambah Kim “Untuk musim ini, bersiap sedialah dengan plot yang lebih kukuh dan menarik. Pasti anda akan melekat di kaca televisyen anda!”

Demi mencapai matlamat untuk menghapuskan Dollhouse dan mencari identiti sebenar, personaliti asal Echo, Caroline Farrell, berkerjasama dengan bekas ajen FBI Paul Ballard yang terlalu memikirkan tentang khabar angin Dollhouse yang tidak berasas dan ia membawa risiko kepada kerjayanya. Adakah mereka akan berjaya atau usaha mereka hanya sia-sia?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan 13 episod rancangan bersiri Dollhouse musim kedua bermula 7 September 2010, setiap Selasa jam 10.30 malam, secara eksklusif di 8TV. 8TV juga terdapat di saluran Astro 708. Jangan lupa, anda juga boleh menonton program-program menarik di 8TV dengan melayari mobile.8tv.com.my hanya dengan menggunakan telefon bimbit anda atau layari laman sesawang rasmi 8TV www.8tv.com.my.

Dollhouse

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Expendables

Project Runway Season 6